BAB 49
Luna POV
Keesokkannya, Kiara bangun awal. Selepas bersihkan diri, dia turun ke dapur.
Yang lain sudah bangun dan duduk di meja makan. Sarapan sudah ada atas meja. Tasha yang masak sarapan.
Sebelum sempat Kiara duduk, Tasha berlari ke arah Kiara dan peluk dia. Kiara terkejut.
"OMG Kiara, bila balik?! Rindu kau, kenapa kau buat camtu? Jangan-"
"Chill please, kenapa kebelakangan ni korang suka peluk-peluk?" kata Kiara.
Tasha lepaskan pelukannya sambil tersengih. Dia rasa gembira, Kiara sudah bercakap dengannya daripada diamkan diri.
"Dia baru balik semalam" kata Lucy. Laura yang duduk di sebelah Lucy pun tersenyum.
Selama tiga bulan, mereka jarang tengok muka Kiara.
Kiara ambil tempat di sebelah Tasha. Dia mula makan sarapan. Kiara rindu masakan Amanda. Bukan sebab masakan Tasha teruk, sebab dia dah terbiasa Amanda yang menjadi tukang masak.
"Oh ya, aku terserempak dengan Evan semalam kat Stargaze Tower" kata Kiara.
"Oh, Shah cerita yang Evan pun senyap kebelakangan ni" kata Lucy.
Kiara cerita kejadian semalam. Lepas habis cerita, Laura, Lucy dan Tasha berkerut.
"Aku tak tahu sama ada Evan ni bodoh atau memang buta?" kata Laura.
"Kau nak aku tumbuk dia biar sedar?" kata Tasha.
"Jom, kita tumbuk dia ramai-ramai" kata Laura. Kiara hanya ketawa perlahan tengok perangai mereka.
"Kau suka dia ke tak, Kiara" tanya Lucy.
"Patut ke? Aku memang nak bunuh dia..tapi..aku pun tak faham kenapa aku selamatkan dia. Aku sendiri yang keliru " kata Kiara sambil tekup muka.
"This is the most complicated love story" Tasha tersenyum.
"Kau cuba bunuh dia dulu sebab dia musuh. Sekarang, kau mengelak sebab kau takut" kata Lucy.
"Kiara takut Evan? Tak mungkin, tak mungkin" kata Tasha sambil ketawa. Laura tendang kaki Tasha sebagai isyarat suruh senyap.
"Kau tak biasa orang ambil berat pasal kau atau 'suka' kau. Kau susah nak percayakan orang, betul?" tanya Lucy kepada Kiara.
Mulut Kiara terbuka luas. Dia tak sangka macam tu. Bila Lucy ungkapkan dalam bentuk kata-kata baru dia faham.
"Ohh ok aku faham, Kiara dah biasa orang yang dia ambil berat keluar dari hidup dia dan sekarang dia takut Evan pun akan keluar. Jadi, Kiara fikir baik Evan pergi sekarang daripada nanti" kata Laura.
"Tak pun sebab dia memang tak suka Evan dan hanya permainkan lelaki tu" kata Tasha.
"Jangan buat konklusi sendir boleh? Aku cuma nak menikmati hidup aku yang tak terikat dengan seseorang" kata Kiara sambil silang tangannya.
"Jadi kau tak nak kahwin?" tanya Tasha. Kiara tersedak teruk dan Laura beri dia air.
"Soalan apa tu?" Kiara menjeling.
"You know what, forget about boys. Kita ada rancangan yang lagi hebat" kata Lucy.
Hanya Kiara seorang yang tak tahu tentang rancangan ni.
"Apa dia?" tanya Kiara.
"Memandang kita masih ada banyak duit yang tak dibelanjakan, jom pergi bercuti" kata Tasha.
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
General FictionKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...