BAB 19

984 65 0
                                    

BAB 19

Gold Star POV

"Wei, perempuan-perempuan tu macam pernah nampak kan?" tanya Shah.

Shah dan Evan sedang duduk di meja sambil memerhati keadaan sekeliling. Mereka tidak lupa untuk peka terhadap suasana dia dewan.

"Ya, tapi aku lupa kat mana kita pernah jumpa" kata Evan.

Airil dan Ryan tengah bersembang dengan gadis dress merah dan kelabu. Nazrul bersembang dengan gadis dress ungu.

Evan dan Shah pandang dua orang gadis yang mereka bersembang tadi. Ada lelaki bertopeng hitam bersama mereka.

Tiba-tiba, Shah dapat tangkap Qasrina memegang sesuatu yang bersinar. Qasrina memegang pisau belati.

"Jap, mana dia dapat pisau belati tu?" tanya Shah dengan nada risau.

Evan pusing menghadap situasi itu. Belum sempat Shah dan Evan bertindak, gadis itu baling pisau itu tepat kena wayar lampu chandelier yang tergantung bawah meja VIP.

Tempat Tuan Hazim dan keluarganya duduk.

Krashhh

Serpihan kaca bertaburan. Mereka berdua berdiri dengan tegak melihat situasi itu. Mereka terkejut dan berasa bersalah kerana tidak sempat menyelamatkan mereka.

Satu dewan menjadi senyap.

"No!" jerit Shah.

Nasib baik Airil dan Nazrul lari cepat dan sempat tolak Tuan Hazim jauh dari kawasan itu. Airil dan Nazrul berada dekat dengan Tuan Hazim pada masa itu.

Tuan Hazim dan sesetengah orang yang duduk di meja itu selamat. Ada yang terperangkap dibawah rangka besi lampu itu.

Shah dan Evan cepat-cepat tolong mereka. Nasib baik mereka hanya luka-luka dan calar. Ambulans dipanggil dengan segera. Ryan minta tetamu-tetamu kosongkan dewan.

"Macam mana lampu tu boleh jatuh?" tanya Ryan.

"Ada musuh dalam dewan ni" kata Evan.

Dia tidak sangka gadis yang dia tertarik tadi ialah pembunuh. Mula-mula Queen, kemudian Qasrina. Kenapa Evan tertarik dengan pembunuh?

"Tuan ok?" tanya Shah.

"Saya ok" jawab Tuan Hazim.

Lima orang gadis yang memakai topeng mengelilingi mereka. Senjata mengeluarkan.

"Apa yang korang nak?!" kata Airil.

"We want that guy. Serahkan dia kepada kitorang dan korang tak akan cedera" kata Laila.

"Kitorang tak akan buat macam tu" kata Ryan. Mukanya merah tahan marah.

Ryan tak pernah marah.

"Give him to us or we kill you" kata Maria.

"Kitorang tak takut dengan ahli Eclipse macam korang" kata Nazrul.

"Diorang yang bodoh ni tak akan menyebelahi kitorang" kata satu suara lunak.

Mereka pusing ke arah ke pintu masuk. Seorang perempuan berambut panjang berwarna merah masuk. Dia memakai topeng mulut. Disisinya ada dua orang lelaki.

"Ryna?" kata Qasrina.

***
K

iara POV

"Jadi kau la yang ambil fail aku?" kata Ryna.

Bukan diorang bertiga ni dah mati ke?

"Okay straight to the point. Kitorang nak lelaki tu, sebab dia ada benda penting yang kitorang nak" kata Ryna sambil menghadap ahli GS. Jari telunjuknya ditunjuk ke arah Tuan Hazim.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now