BAB 6

1.3K 84 1
                                    

BAB 6

Tasha ambil skarf miliknya yang diikat pada Lilian. Dia keluar dari bilik mesyuarat itu. Tiba-tiba, dia terdengar satu suara menegurnya.

"Kenapa tak kumpul kat luar dorm?"

Dia pusing dan memandang sepasang mata berwarna coklat.

Ryan, lelaki yang aku jumpa kat kafe pagi tadi.

Dia pusing kembali ke hadapan. Nasib baik Ryan tak perasan mukanya. Lampu di koridor itu malap. Topengnya ada dengan Laura bersama jaketnya.

"Kenapa baju kau berdarah?" tanya Ryan.

"Umm, I period?"

Ryan pandangnya pelik. Tasha mula lari turun tangga. Ryan mengejarnya dari belakang.

"Aku perlukan backup. Dah jumpa pembunuhnya" Ryan cakap pada alat komunikasinya.

Tasha mencarut-carut dalam hati dan sorok mukanya dengan skarf. Dia lari sekuat hati. Tiba-tiba dia dapat satu idea. Tiba di satu tingkat, dia naik lif.

Dia ke bumbung dan kunci pintu masuk. Dia nampak Laura sedang keluar dari pintu utama. Ramai bodyguard rebah sebab kena tembak.

Pintu utama meletup. Api marak dan asap tebal. Laura jalan dengan laju keluar dari akademi. Mereka berdua tak pasang bom pada pintu masuk. Maksudnya ada pembunuh lain selain dari mereka berdua.

Tiba-tiba, pintu masuk bumbung terbuka. Ryan berdiri di situ dengan beberapa bodyguard.

"Berhenti!"

Tasha buat tak tahu dengan arahan Ryan. Dia tembak bodyguard hingga rebah.

Ryan ditembak di bahu tetapi dia sempat elak. Dia keluarkan pistolnya dan cuba tembak Tasha.

Peluru terkena tangan Tasha yang memegang pistol. Pistol terlepas dari genggaman gadis itu. Tasha tendang tangan Ryan dan ambil pistol lelaki itu. Dia tembak dada Ryan. Sepatutnya peluru terkena pada jantung lelaki itu tetapi terlepas.

Tasha lari dan terjun dari bumbung akademi. Ryan terkejut dengan tindakan gadis itu. Tasha mendarat ke tanah dengan kakinya. Dia lari ke lorong gelap.

Tasha sudah mula cuak kerana dia tahu yang Madam Serena akan marah dia dan Laura. Laura nampak Tasha lari ke lorong gelap. Laura kejar Tasha.

"Kau dah selesaikan ke?" tanya Laura.

Tasha cuma angguk menjawab pertanyaan Laura.

"Aku nampak Ryan"

"Siapa tu?" Laura berkerut.

"Alah, kawan mamat yang langgar kereta Lucy tu" kata Tasha.

"Dia nampak muka kau?" tanya Laura dengan nada risau. Tasha geleng. Laura mengeluh lega.

"Wei, kau sedar tak yang Madam mesti mengamuk?" kata Laura.

Laura beri topeng putih kepada Tasha. Tasha pakai topeng itu.

"Habistu nak buat macam mana?" kata Tasha.

Laura diam fikirkan rancangan seterusnya.

"Mungkin Queen boleh tolong.." kata Laura.

***

"Diorang dalam masalah. Mesti kecoh satu bandar" kata Lucy.

Kiara dan Lucy perhatikan dua orang kawannya itu dari jauh. Mereka sudah rancang untuk ikut Laura dan Tasha.

"Diorang tak patut letupkan pintu masuk. Tu cuma cetuskan drama. Habislah, perkara ni mesti tarik perhatian Eclipse dengan Gold Star"

"Aku tak rasa yang bom tu diorang. Luna tak guna bom" kata Kiara perlahan. Lucy geleng kepalanya seperti tidak percaya.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now