BAB 43

876 65 4
                                    

BAB 43

Hari 13

Sarah sedang menonton TV dengan Tasha. Siaran berita pukul sembilan pagi.

"Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua rakyat Aqua City. King, penjenayah yang dikejar akhirnya dapat ditangkap bersama Heart dan Spade. Tapi malangnya Heart dan Spade dapat lepaskan diri sebelum dimasukkan ke dalam lokap. Anda di minta untuk berhati-hati ketika keluar dari rumah."

"King akan disoal siasat petang ini, identitinya masih tidak diketahui. Dua lambang yang diconteng di sekeliling bandar masih disiasat. Lambang bulan merupakan logo Luna iaitu syarikat pembunuh upahan. Syarikat itu berjaya ditangkap dan dihentikan. Tindakan selanjutnya masih dibincangkan"

Tasha keluh perlahan. Sarah senyum kelat.

"Jadi, maksudnya kita dah menang? King dah ditangkap" kata Sarah.

"Eclipse masih belum ditangkap. Kita baru dapat jaguh syarikat tu. Tapi apa-apa berlaku, kitorang dah bersedia" kata Tasha.

Lucy turun ke ruang tamu dan duduk sebelah Tasha.

"Dah keluar berita eh? Bila fikir balik, GS dah tangkap King, maksudnya Kiara kena bagitahu siapa anak Ace dan Diamond" kata Lucy.

"Tu hal dia. Of course, Kiara tak pernah mungkir janji. Sejak semalam, dia diamkan diri je, pelik" kata Tasha. Lucy pandang Sarah sebelum pandang Tasha semula.

"Umm, macam mana dengan Sarah?" bisik Lucy perlahan.

"Laura ada rancangan, nanti dia akan tanya budak tu sendiri" kata Tasha. Sebut je nama Laura, Laura turun ke ruang tamu.

"Panjang umur" kata Lucy perlahan. Laura panggil Sarah naik ke biliknya. Sarah ikut Laura naik atas.

Di bilik Laura, Sarah duduk di hujung katil. Laura duduk di meja belajar.

"Sarah, sebab semuanya dah berakhir, Sarah dah boleh pergi tapi sebab 'keadaan' Sarah sekarang, Kak Laura terfikir satu benda"

Laura bahasa kan dirinya 'kak' untuk pujuk Sarah.

"Apa?" tanya Sarah.

"Abang Haiqal dan Kak Qaisara akan jaga Sarah lepas ni, tu pun kalau Sarah setuju" kata Laura.

Haiqal ialah abang kandung kepada Ryan. Dia dan tunangnya Qaisara yang cadangkan rancangan ini.

"Tapi, saya suka tinggal sini. Kenapa Kak Laura, Kak Kiara..yang lain tak boleh jaga saya?" tanya Sarah.

"Sarah, kitorang sendiri tak ada keluarga. Kitorang tak layak jaga Sarah. Biarlah orang yang ada pengalaman jaga Sarah"

Sarah bangun dan keluar dari bilik. Laura mengeluh perlahan. Semua orang risaukan Kiara sebab Kiara cuma ada sehari lagi untuk serahkan rantai itu.

Dalam rantai itu ada maklumat rahsia tentang Luna dan GS. Luna dah dihapuskan, jadi kalau Kiara beri King rantai itu, Eclipse akan jatuhkan GS pula.

GS tak datang rumah ataupun hubungi mereka. GS sibuk berbincang dan tolong polis selesaikan kes Luna dan King.

Kiara tak keluar bilik hingga tengah hari. Mereka mula risau.

"Kau pergi tengok Kiara tu. Takut dia buat benda bodoh" kata Amanda kepada Lucy. Mereka order pizza untuk makan tengah hari. Lucy ambil sekotak dan naik ke bilik Kiara.

Dia baru je nak ketuk pintu, tapi dia dengar suara Kiara bercakap dengan seseorang. Mungkin dia bercakap dengan seseorang melalui telefon.

"Tak, aku tahu"

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now