BAB 2
Luna ada sediakan tempat tinggal khas di pangkalan bagi ahli-ahli mereka. Tujuannya untuk low profile dan tidak diketahui oleh orang ramai.
Kiara dan Laura kongsi bilik dorm. Kiara duduk di atas katilnya. Tangannya memegang rantai yang digantung pada lehernya. Loket rantainya simbol bulan dan matahari.
Simbol matahari pada jaket bodyguard semalam sama dengan simbol pada rantainya. Simbol bulan pada rantainya sama dengan lambang syarikat Luna.
Banyak soalan mula bermain dalam kepalanya sebab dia tak ingat apa-apa sebelum dia menjadi ahli Luna. Kiara berkerut dan geleng kepalanya.
Rantai ini menjadi miliknya dari hari pertama dia menjadi ahli Luna.
"Kiara, hello? KIARA!" kata Laura.
Kiara toleh ke arah Laura yang duduk di katil sebelah. Laura pandang rakannya itu dengan pandangan pelik.
"Apa dia?" kata Kiara dengan nada mendatar.
"Aku tanya kau, kenapa kau lambat semalam selesaikan misi?" tanya Laura.
"Orang tua tu banyak cakap" jawab Kiara.
Laura pandang rantai yang dipegang Kiara. Dia pernah nampak rantai tu tapi dia tak pernah ambil kisah tentang latar belakang Kiara.
"Kau dari tadi belek rantai tu, Queen" kata Laura.
"Aku tengah fikir sesuatu. Kita bukan tengah buat misi sekarang ni, jangan panggil Queen" kata Kiara tanpa melihat rakannya.
"Aku terdengar Bella sembang dengan Rezza pasal Ace" kata Laura.
Dengar saja nama Ace, Kiara pandang Laura dengan muka berkerut. Ace pembunuh upahan lagenda di Luna, tiada siapa boleh kalahkan dia tetapi sejak dia mati, tiada siapa berani sebut namanya di pangkalan Luna.
Bella dan Rezza ahli atasan. Bila ahli atasan bercakap tentang Ace, tu perkara paling pelik.
"Dia cakap apa?" tanya Kiara.
"Bella tanya Rezza kenapa tak ada orang gantikan Ace" kata Laura.
"Maksud kau ambil nama samaran Ace?"
"Yes, well..lepas Queen mati, kau ambil nama dia kan? Kenapa tak ada siapa ambil nama samaran dia?"
"Apa teori kau?" tanya Kiara. Dia cepat tangkap yang Laura buka topik ini bukan untuk tanya pendapatnya, tapi untuk beritahu sesuatu.
"Aku rasa sebab Ace khianat Luna. Madam Serena mesti marah jadi nama Ace tu macam haram digunakan" kata Laura.
Kiara berkerut. Dia tak faham apa yang Ace buat sehingga seluruh syarikat Luna tidak sebut namanya yang dulu disanjung tinggi.
"Apa yang Ace dah buat?" tanya Kiara.
"Seriously? Kau tak tahu?" Laura terkejut.
"Aku tak ikut sangat gossip dan khabar angin kat sini" kata Kiara selamba. Laura geleng kepalanya.
"Ace langgar peraturan Luna"
Mereka berdua tahu dan hafal peraturan Luna. Peraturan itu senang diikut kalau mereka setia dengan Luna.
Peraturan di Luna.
1) Mesti guna nama samaran yang didaftar untuk sorok identiti ketika sedang lakukan misi.
2) Tidak boleh berkeluarga.
3) Tiada belas kasihan.
4) Ahli yang tidak boleh bekerja akibat cedera parah, tua ataupun berhenti kerja akan dibunuh untuk mengelakkan rahsia Luna akan terbongkar.
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
General FictionKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...