BAB 47

1.1K 69 3
                                    

BAB 47

Kiara POV

Kiara berada di dalam tangki air kaca lut sinar berbentuk silinder. Kaki dan tangannya diikat dengan rantai besi dan di mangga.

Dia memerhati keadaan sekeliling bilik itu. Tiada tingkap, pintu besi, udara dingin dan dinding berwarna putih. Paip getah diletak di dalam tangki silinder dan ada banyak wayar berwarna-warni menyambungkan tangki itu dengan punca elektrik di dalam bilik itu.

King, Spade, Heart dan Dahlia berdiri menghadapnya di luar tangki.

Badan Kiara penuh dengan lebam dan luka-luka. Pakaiannya koyak-rabak dan ada tompokan darah yang sudah kering. Dirinya sudah kepenatan melawan musuhnya. Dia memberi jelingan maut kepada empat orang yang berdiri di hadapannya.

"Dah lepas dua hari dan kau masih tak bagitau lokasi rantai itu. Kau memang nak mati?" kata Dahlia.

"Cakap je lebih, kau tahu ke cara nak bunuh orang, ex bodyguard?"

Suara Kiara bergema di dalam tangki. Dahlia yang mendengar terasa tergugat. Dia menahan geram.

"Korang hanya buat masalah kat sini, korang yang patut mati"

Suara Kiara seperti tiada tenaga tapi dia masih tidak mahu mengalah.

"Ni bandar Eclipse. Kau seorang nak lawan kitorang semua? Stupid girl" kata Dahlia dengan senyuman sinis.

"Kau betul ke nak ambil dia jadi ahli Eclipse? You got to be kidding me"

Kiara memandang King. King hanya mengeluh.

"Dahlia mungkin, tak banyak membantu. Dia akan 'dihapuskan' kemudian, memandangkan dia tak ada skill nak bunuh orang" kata King.

Dahlia yang mendengar rasa terkejut.

"Apa? Aku khianat GS sebabkan syarikat Eclipse. Semua pengorbanan aku disia-siakan?" kata Dahlia dengan nada yang tak puas hati.

"Mungkin sebab kau banyak cakap"

Kiara beri senyuman sinis. King arahkan Afiq, kawan Heart untuk heret Dahlia keluar dari bilik. Dahlia menjerit tidak puas hati.

"By the way, kitorang dapat tahu yang pasukan penyelamat kau datang ke arah ni. Sebab tu kau cuba lengahkan kitorang?" kata Heart.

Spade yang mendengar hanya mengeluh perlahan. Kiara tak dapat baca riak muka lelaki itu.

"Berapa ribu kali kau nak aku jawab tentang rantai tu?"

Lucy nak sampai, aku harap dia dapat jumpa Clover dan Joker. Malam ni, semua akan tamat.

"Well then, kalau macam tu, kau akan mati malam ni. Kawan-kawan kau mungkin akan kecewa bila nampak kau dah tak bernyawa. Mungkin kawan-kawan kau tahu lokasi rantai tu" kata King.

"Malangnya, kau takkan dapat tolong kawan kau. Kitorang akan hapuskan diorang kalau diorang tak bagitau lokasi" kata Heart.

"Sekali kau sentuh diorang, jari-jari kau aku akan potong"

Heart ketawa. "Macam mana kau nak serang kitorang, kalau kau sendiri tak boleh lepaskan diri?" katanya.

Kiara pandang Heart dengan penuh kebencian. Kiara sudah tiada tenaga, dia penuh luka-luka dan apa yang bagi dia motivasi untuk hidup ialah perasaan benci dan dendam.

"Apa-apa pun, good luck lepaskan diri. Too bad you can't join the fun" kata King. Dia beri isyarat kepada Heart dan Spade.

King keluar dari bilik itu. Heart hanya senyum sinis. Spade nampak tidak puas hati.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now