BAB 39
Hari 9
Semua orang di banglo Luna sudah lama terjaga dan mereka sedang duduk berbincang di ruang tamu tentang misi mereka.
"Ada idea tak kita nak hancurkan Luna macam mana?" tanya Laura.
Mereka masih tidak pasti apa yang mereka patut rasa tentang Luna. Luna telah menjaga mereka sejak kecil dan mereka perlu hancurkan Luna.
Tapi Luna tipu mereka selama mereka tinggal di situ.
"Mungkin bagitahu orang ramai tentang Luna? Biar polis jejak" cadang Lucy.
"Yelah tapi macam mana? Satu-satunya bukti kita ialah rantai Kiara. Takkan la kita nak serahkan rantai tu kat polis?" kata Amanda.
"Aku boleh copy fail-fail pasal Luna dari rantai ni. Tapi tak semua, yang patut polis tengok je" kata Kiara.
"Betul juga, aku ada pendrive lebih" kata Laura.
"Orang ramai tak tahu kewujudan Eclipse dan Luna kan? Kalau semua orang tahu, masyarakat akan boikot" kata Amanda.
"Macam mana nak bagitahu diorang?" tanya Lucy.
"Melalui berita?" cadang Tasha.
"Diorang mesti nak bukti. Eclipse boleh senang batalkan siaran sebab kebanyakan diorang pemimpin dan orang politik" kata Kiara.
Mereka diam sementara. Otak masing-masing dah buntu.
"Apa kata korang buat graffiti? Lukis logo Eclipse dan Luna kat seluruh bandar. Orang ramai akan takut kalau nampak lambang yang tak diketahui tersebar" cadang Sarah.
Tasha peluk Sarah dengan erat dan gosok kepala gadis kecil itu.
"Sarah, you're a genius! Orang ramai akan anggap tu macamm gerakan geng-geng gelap besar-besaran. Bila diorang panik, ahli berkuasa kena masuk campur" kata Tasha.
"Polis akan cari maksud lambang tu, lepas tu kita bagitau bukti-bukti kesalahan Eclipse dan Luna" kata Lucy.
"Luna dan Eclipse mungkin akan bertindak. Diorang takkan duduk diam. Ahli Eclipse mungkin akan rasuah untuk tak kecohkan keadaan" kata Kiara.
"Kita ada Gold Star. Diorang kerja dengan polis juga. Lagipun, bos Eclipse, GS dan Madam Serena adik beradik. Bos GS boleh jadi saksi" kata Tasha.
Mereka semua dah senyum kemenangan.
"Lucy pandai lukis, dia boleh ajar kita lukis lambang Eclipse dan Luna" kata Tasha. Lucy hanya senyum senget. Dia tak selesa bila orang sebut tentang bakatnya.
"Bagus, aku bagitau Airil pasal rancangan kita. Sekarang, siapa nak beli spray paint? " kata Laura.
"Aku dan Kiara boleh pergi beli" kata Lucy.
"Nak ikut" kata Sarah. Lucy pandang Kiara untuk kepastian.
"Ok, ikutlah" keluh Kiara. Sarah senyum gembira.
"Laura, kau tengok kawasan mana yang jadi tumpuan orang rmai. Lepas tu kita bahagi tugas kita check kawasan tu. Esok baru kita cat" kata Kiara.
"Tak ke ni dikira vandalism?" kata Amanda.
"Sometimes you have to do what's wrong to do what's right" kata Tasha.
"Berhenti la sebarkan ajaran sesat, Tasha. Ada budak kecil kat sini" kata Kiara.
Laura ambil laptopnya dan tengok peta bandar. Dia cetak peta dan bulatkan kawasan tumpuan orang ramai dengan marker pen Sharpie merah.
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
General FictionKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...