BAB 10

1.1K 74 0
                                    

BAB 10

Gold Star POV

"Lokasi pun tak jumpa. Dah malam dah ni" kata Shah. Mereka masih di rumah.

"Eclipse ramai kat sini. Tengah jalan kita pun boleh terserempak dengan ahli Eclipse. Apa kata kita ikut diorang sampai ke pangkalan" cadang Airil.

Mereka semua angguk. Mereka semua memakai baju warna hitam.

"Jom gerak" kata Nazrul sambil melihat jamnya yang menunjukkan pukul 11 malam.

Mereka semua naik motorbike milik GS dan bergerak ke tengah bandar.

Waktu malam ialah waktu semua benda bahaya dalam gelap keluar. Pembunuh, pencuri dan makhluk-makhluk lain yang aktif pada waktu malam.

Cahaya bulan menerangi langit yang gelap. Suasana sejuk kerana angin bertiup kencang. Mereka tinggalkan motorbike di tempat yang tersorok supaya tidak dicuri.

Mereka terdengar lagu yang dipasang kuat. Lagu itu datang dari kelab malam.

"Tengok tu" kata Nazrul sambil tunjuk ke arah seorang lelaki. Lelaki itu keluar dari kelab itu terhuyung-hayang.

"Dia mabuk" kata Shah sambil memerhati lelaki itu.

"Dia ada tattoo lambang Eclipse" kata Evan.

Mereka mengambil keputusan untuk ikut lelaki mabuk itu.

"Kau tahu kan yang lelaki ni mabuk dan tak pasti dia akan pergi ke mana" kata Ryan.

Semua menjeling ke arah Ryan.

"Aku cakap benda betul" kata Ryan.

Tiba-tiba, Shah perasan seseorang berada di atas bumbung bangunan yang berdekatan dengan mereka. Malangnya, Shah hanya nampak bayang sahaja. Orang itu sedang memerhati lelaki mabuk itu.

Sudah pastinya, bayang-bayang itu milik seorang perempuan.

"Apa tu?" bisik Shah.

Pandangan mereka semua beralih kepada bayang-bayang seorang gadis di atas bumbung itu.

Lepas beberapa saat, mereka perasan yang bayang-bayang itu tak keseorangan. Ada tiga lagi bayang selain dari gadis itu.

Dua orang berada atas bumbung bangunan yang jauh. Seorang lagi di lorong berdekatan dengan lorong yang dilalui lelaki mabuk.

"Gila apa perempuan keluar malam-malam" kata Airil.

Lepas beberapa minit memerhati, bayang-bayang itu melompat bumbung ke bumbung. Hanya cahaya bulan menyinari bayang-bayang tersebut.

"Jom ikut diorang. Aku rasa diorang Eclipse" kata Evan.

Mereka naik motorbike dan ikut bayang-bayang itu.

***

Luna POV

"Kiara, lelaki mabuk tu Eclipse. Cuba ugut dia bagitau lokasi pangkalan dia untuk kepastian" kata Lucy.

Laura dan Tasha perasan sesuatu. Sekumpulan lelaki berpakaian hitam dan berhelmet sambil menunggang motorbike mengikuti mereka.

Amanda dan Izz tidak ikut mereka. Mereka berdua sibuk bersedia dengan pasukan backup.

"Ada orang ikut kita" kata Laura.

"Siapa?" tanya Kiara.

"Lima orang. Diorang ikut kita dari belakang" kata Lucy. Kiara toleh kepalanya. Sekumpulan lelaki itu ikut dari belakang.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now