Bab 1

9.3K 155 8
                                    

Goal!!!

Eka dengan mudahnya memasukkan bola ke dalam jaringan. Dia lap peluhnya dengan lengannya. Memang sudah menjadi rutin Eka , setiap kali balik sekolah dia akan pergi ke gelanggang bola baling.

Eka memandang ke arah jam tangannya. Jam sudah menunjukkan jam 3 petang.

Eka akhirnya menjejakkan kakinya ke pagar sekolah. Dia akan pulang ke rumah dengan menaiki kereta abangnya 'Fie'.

Pinnnn!!

"Ye la, orang nampak juga. Tak perlu la nak hon bagai" bebel Eka. Geram sangat, bising tau tak!!

****

"macam mana sekolah hari ni? " soal Fie namun matanya masih fokus terhadap pemanduannya.

"ok je" balas Eka lalu menghalakan pandangannya ke luar tingkap.

"Aik? Ok je Hada? Biasanya hada banyak mulut kalau abang tanya . Ni Hada jawab ok jer!! " bicara Fie sambil matanya curi-curi memandang adik bongsunya. Memang setiap kali Fie menyoal Eka, wajib bagi Eka untuk membalasnya.

Namun hari ini lain!

"Jadi nak Hada jawab apa? Nak kata
hari ni best sangat sampai Hada tak boleh lupa! Macam tu ke abang ku sayang? " jawab Eka lalu memandang ke luar tingkap.

"Kau datang bulan ehh? Mood tak tentu alah jer abang tengok! " saja Fie menyakat adiknya itu.

"Tak ada la" balas Eka.

Fie hanya diam setelah mendengar jawapan Eka.

Perjalanan pulang ke rumah Eka hanya memakan 10 minit.

"Assalamualikum umi"laung Eka sebaik sahaja kakinya menjejaki lantai rumahnya.

"Waalaikumsalam. Wahh!! Balik dah anak umi ni. " balas puan Firdahayu.

"Hada naik dulu ya umi. " kata Eka lalu naik ke biliknya .

"Dah kenapa dengan adik kamu tu Fie?"soal puan Firdahayu. Pelik dengan perangai Eka, biasanya kalau balik je mesti riuh - rendah rumah dibuatnya.

"Entahlah umi, Fie pun hairan dengan si Hada tu " balas Fie lalu mengikut jejak Eka.

***
Sejurus memasuki ruang biliknya, Eka duduk di bucu katilnya. Dia teringat tentang perkara yang telah merosakkan moodnya hari ini.

Flashback

"Pengumuman kepada semua pelajar! Sesiapa yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bola baling sila datang ke pejabat sekarang."bunyi pengumuman dari pejabat.

"Ehh Eka kau kan dulu pemain bola baling? "Kuat suara Erah kedengaran .

Eka mengigit bibir bawanya kerana geram apabila perkara yang di tutup kemas akhirnya terbongkar disebabkan mulut celupar Erah .

"Lah ya ka? Kalau macam tu Eka pergi pejabat sekarang ! Rasanya ada hal penting la tu sampai buat pengumuman bagai!" arah cikgu Rogaya.

She is Mine ✔Where stories live. Discover now