Tok Tok Tok!!!
Semua pelajar kelas Wahid terkejut dek ketukan tersebut.Seorang pelajar perempuan berada di luar kelas .
"Ya ada apa?" soal Cikgu Rogaya.
"Assalamualaikum, saya ingin meminta borang yang telah diberikan oleh Cikgu Zafwan kepada Balqish dan Eka kelmarin." kata pelajar itu.
"Waalaikumsalam,baik la . Balqish dan Eka kamu boleh bergerak sekarang , apa kamu ada membawa borang tersebut?" soal Cikgu Rogaya . Risau jika dua orang pelajarnya itu terlupa membawa borang tersebut .
"Ada cikgu." seperti berpakat , Balqish dan Eka menjawab dengan serentak .
Kerusi menghasilkan bunyi menandakan Eka dan Balqish bergerak dari tempat duduk mereka ke depan pintu.
"Nanti selepas rehat , kamu berdua di minta untuk berada di dewan sehingga balik . So bag kamu bawa sekali sebab kamu akan berada di dewan sehingga balik."terang pelajar perempuan tersebut .
"Baiklah ." Eka dan Balqish mengangguk serentak.
Balqish sempat menjeling Eka yang berada di sebelahnya.
"Kau ni , sedar tak diri kau tu tak layak nak jadi PA bola baling. Kau dah la tak cantik, dah la pakaian tak teratur."Balqish terus menyindir Eka , panas hati Balqish bila mengetahui budak yang bagai langit dengan bumi jika di bandingkan dengan dirinya.
Eka tidak mengambil pusing dengan ayat Balqish yang menyakitkan hati itu. Dia malas nak bertarik tudung dengan perempuan itu.
Dia dengan Balqish memang merupakan musuh tradisi dari tingkatan 2 lagi .
"Assalamualikum cikgu, boleh saya masuk?" soal Eka apabila ingin masuk ke kelasnya semula.
"waalaikumsalam, dah selesai? Masuk lah!"pelawa Cikgu Rogaya.
Eka terus bergerak ke tempat duduknya. Dia meletakkan kepalanya di atas meja, memandangkan cikgu Rogaya keluar sebentar.
Eka teringat semula kisah bagaimana dia mengambil keputusan untuk mengisi borang tersebut.
Flashback
"Umi akan support apa sahaja yang Eka buat.Tapi bagi umi ,baik Eka isi borang ni. Umi tahu Eka sebenarnya masih tak boleh move on dengan sukan bola baling ni kan? Eka .......... Umi sarankan Eka isi borang ni." puan Firdahayu memberikan kata semangat kepada anak bongsunya .
"Abang pun sokong apa yang umi cakap. Eka kan memang berbakat tentang sukan yang bernama bola baling ni ! Go Eka Go!!" Fie seperti orang yang terputus wayar . Sebenarnya dia tak nak suasana ini menjadi suram.
"Eshh!! Main-main lah pula abang ni! Orang tengah serius , boleh pula buat lawak hampar tu. HHAHAHAHAHAHAHAHAHA." Eka menyakat abangnya yang dari tadi menatapnya bagai nak tembus.
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Roman pour AdolescentsPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...