"Eka kita orang balik dulu tau. Sorrylah tak dapat nak teman kau petang ni."serba salah dibuatnya kerana tidak dapat menemani Eka.
"Ee tak apa Emi. Korang pun ada hal yang nak di uruskan."Eka cuba menenangkan hati rakan-rakannya itu dari diterjah rasa bersalah.
"Kita orang balik dulu ye. Aku ada baju sukan lebih kat loker,kau ambillah nanti."ujar Erah.
'Terima Kasih.Bye.... Muah!!!" ucap Eka lalu melambai-lambai rakannya.
******
Di gelanggang bola baling.....
"Mana Eka ni?"soal Hafiz dengan muka yang monyok.
"Entahlah, nama jer PA tapi lambat!" sampuk Izz yang sedang scroll ig di telefon Iphone 8 miliknya.
"Korang ni,mungkin dia ada urusan tu yang lambat."Kifli bersuara membela Eka.
"Ha! Betul tu kata Kifli, janganlah asyik nak salahkan dia jer."tambahan Syah.
"Dah jangan nak bising,baik korang buat pemanasan badan dulu. Ada faedahnya daripada bertekak kat situ."arah Zai, sakit telinganya mendengar mereka bertekak.
Semuanya akur dan mula melakukan pemanasan badan yang diketuai oleh Ilman.
"Sorry lambat sikit sebab mencari baju sukan. Sorry!!" kata Eka yang baru muncul,muka tembok ditayangkan.
"Lain kali tepati waktu,jangan asyik nak di tunggu jer."sungguh pedas perlian yang keluar dari mulut Izz.
Muka Eka mula berubah,
'Amboii! Mulut tu nak jer aku cili-cili bagi lumat.Baru tahu langit tu tinggi ke rendah.'kutuk Eka di dalam hatinya.
"Arahan daripada Cikgu Zafwan pun diberitahu baru jer tadi. Aku langsung tak bawa baju sukan dan kau boleh pula nak salahkan aku?" tak sah kalau manusia yang bernama Syazalieka itu tidak melawan.
"Alasan jer lah yang kau beri."kali ni Hafiz pula yang sengaja memanaskan Eka.
"Cup...cup....cup... Kita nak latihan bukan nak berperang ok! So,please behave ." cepat-cepat Khai menghalang daripada berlakunya perperangan.
"Ok sekarang aku nak dengar strategik kita untuk tahun ni."arah Zai yang sedang bersandar di dinding bangunan manakala kaki yang panjang miliknya itu disilangkan.
"Ok stategik kita tahun ni........"
Maka bermulanya peranan Eka sebagai PA.
******
"Ah...ah...ah... Penatnya!!!" rengek Syah.
"Kau ni asal lembik sangat? Baru tiga jam latihan dah penat."sakat Kifli.
"Aku ni manusia juga tau,ada rasa penat. Lain lah dengan kau, robot mana rasa penat."
"HAHAHAHAHAHAHAH" pecah ketawa Eka,Ilman,Syah dan Kifli.
Izz,Hafiz dan Zai tidak mengambil peduli sebaliknya melayan hal masing-masing.
"Eka nak air."Pinta Khai dengan manja.
Eka hanya menurut, box yang bersaiz kecil itu dibuka dan tiga botol air mineral di keluarkan dan di berikan kepada tiga jejaka dihadapannya.
"Terima Kasih Eka." Ucap Syah lalu meneguk air mineral itu.
"Eka kau balik naik apa?"soal Khai.
"Aku naik GRAB jer!"jawab Eka yang sengaja dikuatkan agar Zai mendengar kata-katanya.
"Oklah kita orang balik dulu."pamit Khai.
Mereka semua membonceng motosikal masing-masing.
Baru saja Eka ingin menekan aplikasi GRAB telefon miliknya dirampas.
"Bagi balik arhh aku punya telefon!" pekik Eka.
"Kau nak telefon kau ni? Kau ikut aku hantar kau balik"ugut Zai dengan telefon milik Eka di goyang-goyangkan di tangannya.
"Ishh!! Iyelah"jawab Eka,pasrah dengan paksaan Zai.
Enjin kereta dion kan dan kereta yang berwarna hitam itu bergerak meninggalkan perkarangan Sekolah.
"Kenapa kau nak hantar aku?"soal Eka dengan nada tidal berpuas hati.
"Mumny suruh aku."ringkas saja jawapan yang Zai berikan.
Eka malas ingin memanjangkan perbualan mereka.
Pemandang di luar dilihat dengan muka cemberut.
'Ni bukan jalan ke rumah aku.'bisik hati Eka apabila menyedari kereta membelok ke kiri sedangkan rumahnya di sebelah kanan.
"Kau nak bawa aku pergi mana? Dah jam 4 petang ni. Nanti Umi dangan Abi aku marah."panik Eka dibuatnya.
"Kita peegi rumah aku. ..."
"WHAT!!!!" boleh pecah gegendang telinga Zai mendengar pekikan Eka.
"Umi dan Abi kau tahu aku bawa kau pergi rumah aku. Mummy pesan katanya nak jumpa kau."jawab Zai namun matanya tidak lari dari memandamg jalan raya.
"Kau ni lain kali bagitahulah aku, bolehlah aku bawakan Mummy buah tangan"bebel Eka lalu memandang ke luar tingkap semula.
"Mummy nak jumpa kau bukan nak buah tangan dari kau."sampuk Zai dengan muka tidak bersalah.
Eka tidak membalas kerana matanya memerhati rumah banglo 4 tingkat dihadapannnya ini.
"Dah masuk lah mummy tengah tunggu kau kat ruang tamu."jelas Zai .
Mereka melangkah masuk akhirnya setelah Zai memaksa Eka.
Sebaik saja kakinya melangkah masuk ke rumah agam itu badan Eka di dakap oleh seorang ibu yang merindui anak perempuannya.
"Milda.. Mummy rindu dengan Milda. Milda tidur sini malam ni eh!"
Double Update!!
Semoga korang enjoy!
Keep reading 🌸
Vote💋
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Teen FictionPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...