Bab 4

3.4K 106 2
                                    

Sinar mentari yang masuk menyelip di langsir membuatkan Eka terjaga daripada lenanya.

EKA POV

Aku memandang jam locengku,arhhhh jam 6 dahhh

Aku dengan segera bangun dan pergi ke tandas.Aku memakai baju seragam sekolahku.Aku melihat cermin yang memantulkan imej diriku.Tudung di kemaskan, baju di bahagian lengan aku lipat hingga di bahagian bawah siku .

Aurat? Aku tak pernah kisah dengan auratku. Balik sekolah jer,sambil menunggu kereta aku dah buka tudung and sekolah aku tak pernah nak marah so, aku buat je lah.

Tuk tuk!!!

"Hada cepat nanti lewat pergi sekolah,hari ni ada perhimpunan kan?"suara Umi kedengaran di sebalik pintu .

"Iye Umi,kejap lagi Hada turun!"

Aku ambil beg ku dan berjalan menuju ke arah dapur.

"Good morning " laungku dengan kuat sehingga abi yang sedamg membaca surat khabar terkejut.
Aku melihat Abi mengelengkan kepalanya.

"Hada cuba lah bagi salam, kita ni dekat Malaysia bukan dekat negara barat, ok?"nasihat abi sambil mengusap kepalaku.

"Manjanya Hada hari ni , abang yang nampak pun naik menyampah"kata Abang Fie lalu duduk di hadapanku.

"Alah! Jeleslah tuuu!!! Abi Umi abang Fie jeles dengan Hada!!"kata dengan lantang , saja nak panaskan lagi hati abang Fie.

"Mana ada orang jeles!"bangkang Abang Fie

"Alah jujur jer lah yang abang jeles, abang jeles! Abang jeles! Abang jeles!" Sengaja aku berkata begitu untuk membalas Abang Fie.

"Dah la tu Hada, Fie. Kalau nak dengarkan kamu dua ni entah bilanya kita nak sarapan.Sorang nak ke university sorang lagi nak pergi sekolah dan Abi nak pergi kerja!"apabila umi bersuara kami terus diam .

Sebenarnya bukan takut tapi menahan ketawa daripada terkeluar. Dengan nama abi sekali umi sebut.

"Aikk nama abang pun ada ?!" Abi memandang umi lalu jari telunjuk ditunjukan ke dada.

"HAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!" akhirnya terkeluar juga suara kami. Mana taknya abi buat muka sedih lagi ! Muka seposen😂

"Ala abang,Fir tak maksudkan pun. Dah!! Kamu berdua ni memang nak Umi tarik telinga kamu kan!! Mari sini Umi buat" umi melangkah ke arahku dan abang Fie.

Aku dan abang Fie lari lintang pukang kerana takut dengan Umi.Kalau umi tarik telinga macam nak putus telinga di buatnya.

"Umi kitaorang minta ampunn!!!"serentak aku dan Abang Fie memohon. Takut karang lambat ke sekolah.

"Dah! Mari sini sarapan. Fie nanti hantar adik kamu ke sekolah ya. Abi tak dapat hantar hari ni sebab ada masyuarat."kata abi ingin menghentikan keributan yang sedang berlaku.

"Iyelah Abi, nanti Fie hantar budak kecil sorang ni"Abang Fie menurut kata-kata Abi sambil tangannya mengusap kepalaku .

Rosak tudung Hada!!!!

******

Perjalanan ke sekolah riuh dengan suara ketawa Eka dan Abangnya Fie.

"Hada nanti sampai sekolah belajar sungguh-sungguh, kalau ada lelaki yang kacau Hada cakap dekat abang tau." dengan lembut Fie menasihati adiknya.

Dia lelaki jadi dia tahu apa yang dirasakan oleh lelaki sebaik saja melihat wajah adiknya ini.

"Baik kapten!" balas Eka dengan nada mengejek .

Dia tahu abangnya amat menyayanginya kerana dia sorang jer adik yang abangmya ada.

Tanpa disedari,mereka sudah berada di kawasan sekolah Eka.

Fie keluar dari kereta dan membukakan pintu kereta untuk adiknya,Eka.

"Dipersilakan permaisuri ."Fie melayan adiknya seperti melayan seorang ratu.

"Bantu beta bangun dari kereta ini."Eka seperti menyukai lakonan abangnya dan akhirnya dia pun ikut melayan.

"Pegang tangan hamba ini yang mulia."Fie menghulurkan tanganya untuk membantu adiknya keluar.

"Terima kasih, sekarang rasanya tuan hamba boleh pergi dari pandangan beta."Eka memantapkan lakonannya di hadapan abangnya.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

pecah ketawa mereka berdua apabila tidak dapat tahan melihat lakonan mereka yang agak 'over' itu.

"Dah la abang,nanti abang lewat sampai ke U abang."Eka ingin menghentikan drama yang tak berbayar itu.

"OK abang nak gerak dah.Hada ingat apa yang abang cakap tadi ya,nah ni duit saku untuk adik abang!"Fie menghulurkan beberapa  not berwarna merah kepada Eka.

Mereka berpeluk seketika kemudian Fie membawa keretanya membelah jalan raya yang sesak pada masa itu.

Eka Pov

Aku tersenyum mengingat perkara yang baru saja berlaku.
Aku melangkah densn bersemangat ke kelas .

"Assalamualikum."Aku memberi salam sebaik saja tiba di kelasku.

"Waalikumsalam Eka."Enam orang sahabatku menjawab dengan serentak.

Aku mengambil tempat duduk ku dan mengeluarkan buku latihan Add Math .

Aku tak siap lagi sebab semalam aku tak ada mood nak belajar.

"Erah minta buku latihan Add Math kau,aku nak tengok."selamba saja Eka meminta.

"Kau ni memang pemalas kan! Kerja asyik nak tiru jer."balas Erah namun dia tidak bermaksud memarahi Eka tetapi sebaliknya,ingin mengusik Eka.

Eka walaupun kerja asyik meniru tapi result exam dia Terbaik sangat.

"Aku tak tiru lah! Aku copy and paste jer ya!"Aku membela diriku.

Semua kawanku terlopong mendengar apa saja yang baru aku ungkapkan.

"Harap baik jer dekat depan tapi kat belakang peluk-peluk lelaki la babe... Aku yang nampak pun geli la dan aku tengok lelaki tu siap bagi dia duit lagi babe…" terdengar suara sumbang yang menyapa telingaku.

Aku tahu yang di maksudkan itu aku tapi aku dah tak ada mood nak berperang dekat minah senget tu.

"Kat depat tunjuk diri tu bak malaikat tapi kat belakang merupai syaitan la." tidak habis mulut puakanya menghasilkan racun.

"Siapa nama dia babe!"

"Syazalieka kalau aku tak silap. Budak kelas kita la!!"terdengar sahabatnya menyahut.

Aku yang mendengar kian terasa hati ini seperti ingin terbakar. 'Tak pa Eka sekali lagi mulut puaka tu buka mulut kau terus pergi sumbat mulut dia.' bisik hatiku.

"Ouh!Eka kan budak tu! Pelajar contoh ke macam tu?!"

End pov

Muka Eka kian memerah,merah bukan disebabkan malu tapi marah yang meluap-luap.

Strekkkk!!

Terlihat Eka berdiri dari tempat duduknya.

"Hey kau perempuan jangan nak kurang ajar sangat mulut tu!KAU ADA BUKTI KE AKU BUAT SEMUA YANG KAU KATA TADI HAH?!!! Kau ni memang suka menguji kesabaran aku la!!"suara Eka memetir menyebabkan kelas yang tadinya bising menyaingi pasar malam terus senyap seperti bilik tidak berpenghuni.

Eka memang pelajar yang amat digeruni oleh semua pelajar  malah guru-guru turut bangga memiliki anak murid yang amat  tegas seperti Eka.

Eka memang terkenal dengan suaranya yang boleh menyebabkan gegendang telinga pecah dan amat tegas dalam perkara yang penting.

Balqish terdiam sebaik saja terdengar suara Eka memetir.

"Aku ada bukti la! Tadi yang hantar kau lelaki kan? Siap salam lagi ! SIAP DI BUKAKAN PINTU LAGI!" Balqish tidak mahu dilihat lemah.

Eka tersenyum sinis mendengar suara Balqish yang bergetar-getar.

"Sudah jangan bergaduh"

She is Mine ✔Where stories live. Discover now