"Umi, Abi bangun lah, Hada rindu sangat nak berborak dengan umi dan abi. Bukalah mata, Abang Fie pun rindu."rintih Eka sambil mengenggam tangan kiri Encik Hanafie dan mengenggam tangan kanan Puan Firdahayu."Umi, dah lama Hada tak rasa masakan Umi. Makanan kat luar tak sedap macam umi masak!" air mata bagai tidak mahu putus dan terus mengalir dengan deras.
"Abi bangunlah! Banyak sangat penjenayah yang bebas, Abi tak nak tangkap diaorang ke? Kan abi pantang kalau penjenayah bebas macam tu jer. Bangunlah." ruang di dalam wad itu dipenuhi dengan suara tangisan Eka.
Sudah sebulan Umi dan Abi Eka koma dan tidak sedarkan diri. Majlis pertunangan dan pernikahan Fie di tunda dahulu.
Syukur Keluarga sebelah pihak perempuan memahami, ada juga sekali dua mereka datang berkunjung.
Dan Eka sudah masuk ke sekolah seminggu yang lalu, menurut hatinya dia tidak mahu masuk ke sekolah dahulu tetapi disebabkan paksaan Fie membuat Eka akur.
Klik!
"Assalamualikum, Eka ni mummy dengan daddy datang." terdengat suara Datin Effah.
Eka memalingkan kepalanya dan senyuman terukir di bibirnya.
Eka menyalam tangam Datin Effah dan saling berpelukan.
"Maaflah, seminggu yang lalu mummy dengan daddy terpaksa pergi London sebab ada keluarga kahwin." dapat di tangkap nada serba salah dalam bicara Datin Effah.
"Tak apa lah mummy, daddy. Ni pun Eka dah bersyukur mummy dengan daddy masih datang lagi. Luangkan masa mummy dan daddy." jawab Eka lalu memeluki tubuh wanita yang disayangi itu.
"Kalau Eka perlu apa-apa cakap dekat daddy. Nak beli apa-apa ke? Nak beli baju atau buku rujukan cakap dekat daddy nanti daddy bagi duit." Eka sudah dianggap seperti anak kandungnya. Tidak kisah jika duitnya digunakan oleh Eka.
"Eh! Tak apa ler daddy. Eka masih ada duit lagi ni. Tak perlu rasanya nak minta duit dari daddy." naik segan Eka dibuatnya apabila Dato Othman berbicara seperi itu.
"Eka, daddy dah sayang dekat macam anak kandung kami. Jadi janganlah anggap kami ni orang luar ye." kata Dato Othman dengan jujur.
Terharu Eka dibuatnya apabila dilayan sebegitu dengan orang yang tidak dikenali.
*****
"Hada nanti pulang rumah ye, esok kena pergi sekolah lagi kan? Malam ni biar abang yang jaga Umi dan Abi." Kata Fie yang duduk bersebelehan dengan Eka.
Kasihan dia melihat wajah Eka yang penat dan layu itu. Sebagai abang, dia ingin memikul tangungjawab itu.
"Tak nak lah! Hada nak jaga Umi dengan Abi. Nanti subuh Hada pulanglah pergi sekolah." pelbagai alasan yang diberikan oleh Eka.
Fie hanya mengeleng-geleng kepala. Pusing dengan perangai adiknya yang keras kepala itu.
"Tak boleh Hada. Tahun ni Hada nak SPM, so kenalah pergi Sekolah dan dapat rehat yang penuh jadi nanti tak adanye mengantuk kat kelas." bebel Fie yang merisaukan adiknya.
"Tapi Hada........"
"Tak ada tapi-tapi. Hada kena ikut arahan abang kali ni."kedengaran tegas suara Fie pada masa itu.
Muka Eka menjadi monyok!
'Esh! Bencilah macam ni!! Aku nak jaga umi dengan abi pun tak boleh!" ujar Eka dalam hati,tak berani menyuarakannya kerana tidak mahu mendengar bebelan abangnya itu.
"Macam mana Hada nak balik?" soal Eka dengan senyuman kemenangan.
"Err.."
"Tak apa, biar saya hantar dia."
Hero dah maiiii!!!
"Ha! Bagus juga kalau kau yang hantar, percaya sikit aku daripada pak cik Grab." ujar Fie dengan gembira, mana tak gembiranya bila masalahnya dah selesai.
"
Sikit jer?" soal Zai dengan muka menyampah.
"Ee kau ni tak reti bersyukur langsung!" kata Fie lalu menumbuk lembut bahu Zai.
"Tak nak lah kalau dia ni yang hantar! Baik Hada naik Grab jer." bantah Eka, tak selesa jika Zai yang menghantarnya.
"Hada jangan nak macam-macam eh, dah malam ni abang tak percaya langsung dengan Pak cik grab tu." tegah Fie, risau dengan keselamatan Eka andai balik menaiki GRAB.
* maaf kepada yg menjadi pemandu Grab ehh tak berniat nak hina atau pandang rendah.
"Alaaaaaaaa." rengek Eka, berharap abangnya akan berlembut hati.
"Kau nak tak tumpang aku ni? Aku nak balik dah ni." soal Zai, malas nak mengajak Eka mengikutinya,tidak mahu dicop tak tahu malu! Terhegeh-hegeh!
"Hada ikut atau abang dah tak bagi Hada bermalam kat sini lagi!" amboi! Bukan main ugutan dia!!
"Ishh! Iyelah." Eka bergerak ke pintu dan memulas tombol pintu itu dengan kasar.
Marah ni!
Marah!!
Zai dan Fie hanya memandang Eka dengan sengihan, nampak jer kasar tapi perangai mengalahkan budak tadika.
"Oklah,aku gerak dulu ye." pamit Zai lalu menepuk lembut bahu Fie.
Hanya anggukan yang diberi.
Zai mengikuti jejak langkah Eka lalu mengacukan ibu jari ke arah Fie.
Fie sudah tersenyum bangga.
Eka dan Zai memasuki lif, bukan mereka berdua sahaja tetapi terdapat juga seorang doktor lelaki.
"Kenapa pula kau nak hanyar aku balik?" soal Eka dengan kasar.
"Dah aku nak balik,aku hantarlah kau sekali. Lagipun abang kau suruh." tenang saja Zai menjawab sambil tangannya dimasukkan ke dalam saku seluarnya.
"Mummy dengan daddy apa khabar?" soal Eka, risau dengan keadaan ibu bapa angkatnya itu.
"Mummy ok jer, daddy pula busy dekat office." ujar Zai lagi.
Doktor yang berada di sebelah Eka terus memerhati Eka dengan pandangan yang sukar difahami.
Zai dapat meneka apa yang difikirkan oleh Doktor itu.
Bahu Eka dipaut lalu didekatkan ke dadanya, namun tidak menyentuh kulit Eka.
Muka Eka sudah berkerut.
'Dah kenapa mamat bangla ni? Nak peluk-peluk aku tak tentu pasal?' bicara hati kecil Eka.
Eka cuba melepaskan namun tidak berguna sebab tenaga lelaki babe!?
"Kau dah kenapa?" soal Eka dengan perlahan.
"Kau nampak doktor sebelah kau tu?" soal Zai pula.
Anggukan yang dibalas oleh Eka.
"Dia nampak kau macam nak telan jee tu yang aku tolong kau. So, tolong berlakon kau isteri aku." arah Zai lalu tersenyum.
'Aduii jantung dah kenapa macam nak keluar ni?' hati kecil bicara.
"Hrm! Ye ada apa pandamg isteri saya ni? " lagak Zai namun hati allah je yang tahu.
Terhinjut bahu doktor itu.
"Isteri?" soal doktor itu dengan
kening yang bertaut."Ah'ah, dah berisi tau. Dah sebulan." bijak Zai menipu doktor itu.
"Kan sayang." kata Zai kepada Eka.
"A..ah abang." meronta muka Eka tika itu.
Ting!
Pintu lif terbuka.
"Ala mesti telanjur tu yang kahwin awal. Muka pun muda lagi." sindir doktor itu kemudian berlaku keluar.
"Hahahahahahahaha."
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Fiksi RemajaPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...