Bab 86

2.5K 60 5
                                    


"Eka,semua tu tak berlaku. Selepas sahaja kau hilangkan diri, keadaan berubah." Dengan perlahan Balqish berkata.

"Maksud kau?" Eka memberi tumpuan sepenuhnya kepada Balqish.

"Kami tak jadi kahwin, mummy Zai bawa saya pergi hospital dan buat ujian DNA janin dalam perut saya dengan darah Zai. Bila keputusan keluar, ujian itu tidak sepadan. Itu menandakan anak itu  bukan anak Zai.

Akhirnya perkahwinan kami dibatalkan. Memang, anak dalam kandungan saya pada masa itu bukan anak Zai. Ta--tapi tu anak Asad. Tsk! "

Balqish tidak dapat menahan tangisannya,tangannya menekup mulutnya untuk menghentikan bunyi tangisannya.

"A--Asad? Maksud kau itu anak Asad?" Eka menjadi speechless, berita
itu mengejutkan Eka.

"Sebenarnya kami dah buat plan nak pisahkan korang. Kami buat macam-macam, segalanya kami ramcang. Sehingga tanpa saya sedar saya dah menyerahkan mahkota saya kepada dia. Waktu tu kami mabuk,dan bila saya sedar. Semuanya dah terlambat."

Balqish kembali jeda, malu membuka aibnya sendiri di hadapan Eka.

"Asad tahu kau mengandung?"

Anggukan dibalas oleh Balqish.

"Allahuakbar! Balqish hebatnya dugaan kau" Eka membawa Balqish masuk ke dalam dakapannya. Belakang wanita itu diusap perlahan.

"Tapi semua tu memang salah saya,saya memang patut ditimpa musibah itu" Balqish masih tidak berhenti menyalahkan dirinya.

Hati Eka tersentuh, dirinya terfikir. Mengapa perlu dia menghukum Balqish sedangkan wanita itu sudah sedar dengan kesalahannya. Dia bukan Tuhan yang berhak menghukum sesiapa.

"Habis Asad mana?" Eka menyoal Balqish, sejak abahnya meninggal. Asad dengannya putus hubungan.

"Dia dah tak ada Eka, dia meninggal sebab overdos dadah. Dah 5 tahun Eka." Makin kuat tangisan Balqish.

"Innalillahiwainnailaihirojiun"

"Eka saya harap awak maafkan saya. Saya sanggup ti--tinggalkan abang awak." Dengan ikhlas Balqish berkaya. Iya dirinya ikhlas,baginya bila sudah ditentukan jodoh,pergilah ke hujung dunia. Pasti bertemu jua.

Eka meleraikan pelukan,wajah wanita yang penuh dengan air mata lara itu dipandang.

"Betul kau sanggup?"

Balqish memejam matanya sebelum kepalanya diangguk perlahan.

"Demi kemaafan dari kau,aku sanggup" Balqish memandang mata Eka sambil mengucapkan ayat tersebut.

Eka mengukir senyuman,kemudian menarik Balqish ke dalam pelukan.

"Aku dah lama maafkan kau, tak pernah pun sekali aku rasa nak benci kau. Semua yang kau lakukan ada hikmah,dan bukan hanya aku yang menderita. Kau turut menderita Bal. Sedangkan Rasulullah memaafkan umatnya kenapa tidak aku?" Air mata Eka turut mengalir,kasihan melihat Balqish yang sanggup melepaskan cintanya demi kemaafan daripada dirinya.

"Be--betul ke Eka? Alhamdulillah, ya Allah! Tenang hati saya Eka,selama beberapa tahun yang lalu hati saya tidak pernah tenang bila teringat apa yang telah saya lakukan. Saya berdosa!" Kini air mata kembali mengalir namun bukan air mata duka namun air mata gembira.

"Dan kau tak perlu nak tinggalkan abang aku. Nanti dia nangis tak tentu pasal pula." Sempat Eka mengumpat alongnya.

Bertambah kuat tangisan Balqish.

"Jadi awak terima kasih saya jadi kakak ipar awak?" Senyum bahagia terlakar, semua beban di bahunya telah hilang.

Mereka saling berpandangan sebelum kembali berpelukan.

"Kau kena cerita macam mana kau boleh bertutup litup ni! Siap berpurdah lagi! Ah, jalan percintaan kau dengan abang aku jangan lupa! Aku nak tahu." Hanya anggukan yang dibalas oleh Balqish.

Mereka yang dahulunya musuh ,kini menjadi keluarga.

Ahli keluarga Eka yang lain mengesat air mata, dari tadi mereka memasang telinga mendengar perbualan Balqish dan Eka.

Tapi hanya kaum hawa sahaja,yang kaum Adam? Muka tak berperasaan.

"Huh! Nasib Hada terima dia. Kalau tak mati aku,tak kahwin lagi jawabnya." Mie mengusap dadanya perlahan. Lega segalanya telah berakhir.

Yang lain tertawa kecil.

***
  

Sebulan yang lalu.....

Zai melangkah masuk ke dalam gudang itu kembali,tangannya menyentuh perutnya yang makin giat mengeluarkan darah.

Satu persatu pintu bilik dipecahkan,namun tiada satu bilik punya yang menempatkan seorang kanak-kanak.

'Manusia jahanam tu tipu aku' selepas sahaja mengatakan itu di dalam hatinya.

Dirinya berlari keluar daripada gudang itu melalui pintu belakang. Kakinya dipaksa berlari masuk ke dalam hutan untuk mengelakkan diri terkena kesan letupan bom.

BAAAMMMMM!!

Zai terhumban jauh akibat ledakan bom tersebut. Luka tikaman pada perutnya kembali berdenyut,kepalanya pula terasa amat sakit seperti terkena batu yang besar.

Matanya terkedip saat ada cecair yang mengalir ke matanya. Tangannya naik mengesat cecair tersebut,saat matanya menangkap warna cecair pada jarinya. Zai terkejut kerana cecair itu ternyata darah.

Matanya terasa berat,sempat bibirnya mengucapkan dua kalimah syahadah. Sebelum matanya terpejam erat seakan tidak akan lagi terbuka.


***

Eka menatap wajah Balqish yang indah setelah dimake-up oleh jurusolek sebentar tadi.

"Aduh asal kau cantik sangat eh? Jeles aku tau tak!" Eka mengusik Balqish yang sedang mengenakan tudung labuh itu.

"Awak ni macam-macam la, awak tu yang cantik. Tu belum lagi kena make-up , entah-entah cantiknya mengalahkan pengantin." Balqish kembali mengusik Eka.

"Tak ada maknanya aku nak bermake-up bagai." Eka menayangkan wajah geli apabila mendengar perkataan make-up .

"Ala untuk kali ni jer, yeyeyeye! Boleh la,untuk saya!" Tangan Eka dicapai, Balqish membulatkan matanya.

Eka menggelengkan kepalanya.

"Saya tak nak lah kahwin kalau macam ni" ugut Balqish kepada Eka

Jurusolek yang dari tadi memerhati hanya tertawa kecil.

"Then,tak payah la!" Eka memang tak makan dengan ugutan Balqish.

'Ada hati nak ugut aku, hari tu aku larang kahwin dengan abang aku bukan main nangis tak ingat dunia.'

"Ish! Susah la awak ni!" Balqish akhirnya give up.

"Ala dik,guna jer la. Akak gunakan tipis jer. Daripada pengantin ni monyok je nanti,tak de langsung seri pengantin." Giliran Akak Niya pula memujuk Eka.

Balqish kembali memainkan peranan, kepalanya diangguk-angguk.

"Iyelah,tapi tipis jer tau." Akhirnya dia mengalah. Membiarkan tangan Akak Niya melakar wajahnya.

______________________________________

Tu dah ada khabar tentang Zai.
Tapi tak tahu lah , mati ke tidak?!

Next Bab mungkin akan jadi bab yang terakhir sebelum EPILOG.

COMMENT AND VOTE!!😝🙆🙆🌸

She is Mine ✔Where stories live. Discover now