EKA POV
"Asad?!" Terkejut bagai nak rak apabila lelaki yang amat aku benci berada di hadapanku.
"Puan Firdahayu ni remaja yang selamatkan puan. " Ujar Encik Hamid,
Ingat yang mana?
Polis yang panggil Aku 'Puan'
"Ka..kamu?" Nampaknya Umi turut terkejut dengan apa yang berlaku.
Pada mulanya, aku berfikir mungkin Asad lain tapi semua itu sia-sia, Asad Ashraf Bin Dato Mikael la orang yang selamatkan Umi dan Abi!
Kenapa dia?
Kenapa bukan orang lain?!
Dia!
Orang yang telah mengubah aku, yang membuat aku kenal erti cinta,dia yang buat aku rasa seperti mana disayangi dan dihargai.
Tapi!
Dia juga yang membuat aku mengenali Erti benci. Dia membuat aku rasa sakit dicurangi ,bagaimana rasa dibuang seperti sampah! dan dia yang mencipta 'EKA' yang sekarang.
Dia hanya berdiam diri, menekur memandang lantai dan diam.
"Terima Kasih Asad, kamu sudah selamatkan Umi dan Abi walaupun bahaya." Ujar Umi.
Kelihatan dia tersentak dengan nama panggilan Umi.
Ya kalau dulu, Umi akan arah Asad untuk panggil umi dengan panggilan 'umi'.
"Erk.. sama-sama Umi." Kedengaran agak gugup.
"Kalau macam begitu saya balik ke Balai polis dulu ye." Pamit Encik Hamid.
Kami hanya mengangguk.
Sebaik sahaja kelibatan Encik Hamid hilang.....
"Assalamualaikum " terdengar orang memberi salam.
Abang!
'Habislah!' Bisik hatiku gelisah.
"Waalaikumsalam." Jawabku.
"Asad?!" Terhinjut bahuku mendengar herdikan abang.
"Abang sabar, dia yang selamatkan Umi dengan Abi. So, berterima kasih bukan herdik dia." Nasihat Umi.
"Ye ke? Atau kau dalang di sebalik kemalangan Umi." Tuduhan Abang membuat aku terkejut.
Asad sudah rasa takut apabila dituduh sebegitu.
'Aduhh, aku pula dituduh! Kalau aku tahu macam ni tak nak aku datang.' Sesal hati Asad.
"Ma..mana ada. Masa tu saya baru balik dari kedai tapi saya nampak kereta Umi jadi saya tolong la." Asad cuba menegakkan keadilan.
Dia tetap Asad yang dulu,langsung tidak berubah.
Ehh,kejap!
Tinggi dia berubah, dulu aku paras telinga dia tapi sekarang aku paras dada dia jer!
Die tetap tampan seperti dulu, wajah itulah yang membuat aku tergila-gilakan dia. Kekemasan pada cara pemakaiannya tidak pernah tinggal.
Asad amat cerewet dalam pemilihan baju dan menjagaan badan.
"Lah ye ke? Thanks bro sebab selamatkan Umi dan Abi." Selamba sahaja abang menumbuk lembut bahunya.
"Most welcome." Jawab Asad dengan senang hati.
Aku sudah tercengang melihat mereka.
Fakta yang menyatakan bahawa lelaki jika bergaduh hanya sebentar sebaliknya dengan perempuan yang bergaduh sampai bertahun-tahun lamanya.
Aku akui benda itu benar,buktinya di depan mata aku.
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Teen FictionPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...