Bab 27

2K 80 0
                                    

"Sabar Eka,kejap lagi Umi oklah tu. Banyak-banyakkan berdoa." Datin Effah sedaya upaya menenangkan Eka.

Sudah sejam mereka menunggu pembedahan selesai dan selama itu juga Eka menangis.

'Kesian kau Eka, banyak sangat dugaan yang kau kena tempuh'
dalam dalam hati Zai merintih mengenangkan kehidupan Eka.

"Semua ni salah aku, kalau aku tak suruh Umi hantarkan aku baju pasti Umi masih sihat! Umi..
Abi......." rambut yang tadinya kemas menjadi kusut akibat perbuatannya.

"Tak Eka, ni semua memang ketentuan Allah. Baik Eka pergi makan dengan Emer dulu.Eka tak makan lagi kan?" Datin Effah turut mengeluarkan air mata,sedih melihat remaja semuda Eka sudah diujian sebesar itu.

"Tak nak! Nanti Eka nak nanti Umi dengan Abi sedar, Eka dulu yang dorang lihat." jawap Eka dengan gelengan kepala.

Ting!

Lampu merah di atas pintu bedahan terpadam menandakan pembedahan sudah berhenti.

Klik!

Pintu bilik terbuka dan keluar seorang doktor wanita yang berpakaian serbah hijau.

Eka terus menerpah ke arah wanita itu dengan pantas.

"Bagaimana dengan pembedahan Umi dan Abi saya?"soal Eka dengan muka yang berharap agar apa yang di dengarinya merupakan berita baik.

"Umi dan Abi kamu selamat tetapi..."

"Tetapi kenap Doktor?" Eka terus memotong kata-kata wanita itu lalu memegang bahu doktor itu.

"Eka jangan buat begitu dekat doktor."pujuk Datin Effah lalu memeluk tubuh Eka.

"Tetapi Umi dan Abi adik belum sedarkan diri lagi. Kita tidak tahu bila, kemunkinan sejam lagi? Atau esok tak pun seminggu lagi? Kita tak tahu tapi berdoalah kepadaNya semoga Umi dan Abi adik akan disembuhkan. Saya pergi dulu."lembut saja Doktor itu menerangkan,langsung tidak terasa hati dengan perbuatan Eka kerana hal itu perkara biasa.

"Kami boleh lawat tak?" soal Eka dengan air mata yang bercucuran.

"Selepas di pindahkan ke wad baru boleh kamu lawat"kata doktor itu lagi.

"Masukkan ke dalam bilik VVIP"
Arah Dato Othman.

"Baik."ujar doktor itu lagi.

Pemergiannya hanya dihantar dengan anak mata.

"Hada!" terdengar suara pekikam seorang lelaki yang menuju ke arah mereka.

Tubuh Eka didakap dengan kejap!

Muka Zai mengendur.

'Siapa lelaki itu? Bukan kah itu lelaki dalam gambar dengannya di ig? Kenapa Eka tidak menolak pelukan itu?' hati Zai dihujani pelbagai persoalan.

"Maaf tadi Fie ada kelas dan telefon pula mati. Macam mana Umi dan Abi?" soal Fie dengan muka yang cemas.

Eka mengangkat mukanya lalu menagis di pelukkan abangnya.

"Shut! Fie ada, Hada jangan sedih"tidak dipedulikan mata yang memandang ke arah mereka dengan pandangan pelik.

"Fie,Umi dan Abi kemalangan sebab Hada!" pelan saja suara Eka, sayu dan tidak bermaya.

"Dah, semua ni dah ketentuan."Fie cuba menenangkan adiknya.

"Kamu dah boleh lawat pesakit tapi jangan bising sangat. Ha! nasib baik umi dan abi kamu sempat dikeluarkam daripada kereta sebelum kereta itu meletup."kata Doktor Emmy .

"Siapa yang selamatkan Umi dan Abi saya?" soal Eka.

"Kami tidak tahu, tapi cuba tanya pihak polis." Arah Doktor Emmy.

She is Mine ✔Where stories live. Discover now