Eka menjadi sibuk setelah akad nikah berlangsung,semua tetamu Eka yang layan. Seperti hari perkahwinan dirinya sahaja.Mana-mana lauk yang kurang, pasti akan kembali berisi jika mata Eka terpandang lauk tersebut.
Punggungnya dilabuhkan pada sofa yang elok tersusun di tepi dinding ruang tamu. Baru sempat dirinya berehat kerana tetamu mulai berunsur pulang.
"Amboi Hada penat sangat Umi lihat." Puan Firdahayu menegur anak daranya itu.
"Mana tak penatnya Umi, tetamu banyak sangat" Eka melelapkan matanya sebentar.
"Umi ada nampak Raykal tak? Tadi ada." Satu suara cemas kedengaran sehingga membuat mata Eka terbuka.
Raykal Nazri merupakan anak Balqish,anak hasil benih Asad.
Namun family Eka dengan hati terbuka menerima Raykal seperti keluarga sendiri. Malah Puan Firdahayu amat gembira dengan kehadiran anak suci itu.
Balqish yang masih berbaju pengantin serta purdah menyapa matanya.
"Tadi bukannya ada dekat kanopi depan rumah? Main dengan Irsyah dengan Irdina?" Tudung yang kusut itu dibetulkan.
"Hada boleh tak tolong ambilkan Raykal? Saya nak tukar baju dia." Pinta Balqish bersama senyuman yang hanya mereka yang tahu maksud disebalik senyuman itu.
Eka turut tersenyum,
"Boleh kejap eh." Walaupun belakangnya sudah ingin patah rasanya, dirajinkan juga dirinya untuk mencari Raykal.
Kanopi yang kukuh berdiri di halaman rumah itu diperhatikan satu persatu. Matanya lincah mencari wajah imut milik Raykal.
Selipar getah disarungkan ke kakinya. Kelihatan tinggal sanak saudara sahaja yang tinggal duduk bersembang di bawah kanopi.
Matanya kembali meliar mencari Raykal.
"Aduh mana budak ni" Dahinya yang berpeluh itu dikesat.
Namun tangannya berhenti mengesat disaat melihat Raykal yang sedang didukung oleh seorang lelaki yang mengenakan seragam lengkap baju polis.
"Aik? Siapa tu? Berbaju polis bagai!" Berkerut wajah Eka memikirkan siapakah gerangan lelaki itu. Lelaki itu membelakanginya,jadi wajah lelaki itu tidak dapat dilihat.
Kakinya mengorak langkah mendekati lelaki itu,kelihatan Raykal amat rapat dengan lelaki itu sehingga senyuman tidak lekang daripada bibir comel milik Raykal.
"Erm,maaf ya Encik. Saya nak ambil Raykal." Sopan sahaja bahasa yang dilantunkan oleh Eka.
Lelaki itu memalingkan wajahnya,
"Ye Cik Syazalieka?"
Mata Eka membulat,kakinya lemah seakan skru kakinya tercabut.
Wajah itu,suara itu dan pandangan itu membuatnya rindu. Matanya mengalirkan air mata, tidak percaya lelaki yang berada di hadapannya itu adalah Qeuzairi Emer.
"Ta---tak! Aku mimpi! Semua ni tak benar! Dia dah tak ada!" Eka sudah terduduk, pipinya ditepuk perlahan-perlahan.
Lelaki itu mencangkung dihadapan Eka.
Raykal sudah lari entah ke mana.
Tangan Eka yang terus menerus menepuk pipinya itu dicapai,beralas dengan baju kurung Eka.
"Kau tak mimpi Eka,ni aku Zai." Matanya memanah mata bulat milik Eka. Lama mereka dalam keadaan seperti itu, seakan hanya melalui mata mereka mengungkapkan rasa rindu yang bersarang di dalam hati masing-masing.
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Teen FictionPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...