Semua mata tertumpuh pada skrin laptop milik Eka, tiada satu suara pun yang keluar daripada mana-mana mulut.
"Ha tu lahanat yang mengaku pak cik anak buah kau" Kata Hazrul sambil jarinya menunjuk ke arah susuk tubuh yang mengenakan hoodie hitam.
"Aduh! Muka dia terlindung la pula!!" Meja dihempas dengan kuat apabila wajah penculik itu tidak dapat dilihat akibat topi yang melindungi kepalanya.
Semuanya melepaskan keluhan kecewa, ingatkan penculik tersebut akan diberkas dengan mudah. Namun sebaliknya.
"Kejap, cuba putar balik video tu" Arah Zai dengan tergesa-gesa.
Hazrul dengan patuh melakukan apa yang di arahkan oleh Zai.
"Stop! Sekarang zoom flat number van tu"
Dapat dilihat dengan jelas nombor flat van yang digunakan oleh penculik itu.
"Sekarang,cari pemilik van tu" Zai mencatit sesuatu pada buku tebal miliknya.
Eka yang melihat kerja keras Zai sedikit sebanyak tergamam.Dirinya sahaja tidak berfikir untuk mencari nombor flat kenderaan yang digunakan.
"Dah jumpa,nama pemilik Mohammad Indra Bin Yasir. Berumur 50 tahun. Status duda dan alamatnya di Taman Mahligai"
Petah bibir Hazrul menyampaikan maklumat yang tertera pada skrin laptop.
"Sekarang kita gerak ke sana" Arah Zai lalu memakai jaket hijau miliknya. Tidak lupa sepucuk pistol diselitkan di belakangnya.
Yang lain turut melakukan hal yang sama.
'Sekejap lagi mama datang jumpa kamu' Bisik hati Eka.
***
"Semua berpecah,aku dan Izz pecah masuk rumah ni. Hazrul dan yang lain jaga dekat pintu belakang. Eka pula jaga dekat luar." Zai memberikan arahan sebaik sahaja mereka tiba .
"Asal pula aku jaga dekat luar ? Aku nak juga masuk dalam " Dengan nada tidak puas hati Eka berkata.
Zai tidak mengambil peduli dengan wajah cemberut milik Eka,semua dikerah untuk mendengar plan yang akan mereka gunakan."Move ! Move !"
Semuanya berpecah menuju ke plot masing -masing. Hanya Eka sahaja yang kekal di tempat tersebut.
"Apa masalah mamat tu eh ? Kat dalam tu anak buah aku, asal dia pula yang lebih -lebih ni ?!" Batu kerikil yang tidak bersalah menjadi mangsa. Dengan perasaan marah, Eka menyepak batu kecik tersebut.
Lain pula ceritanya dengan Zai.
Pistol yang berada di genggaman dipegang erat,kakinya pula dipasang kekuda. Sebagai langkah persedian sekiranya pelaku bertindak kasar.
"One!"
"Two !"
"THREE!"
PRAKKK !!!
Pintu utama rumah itu terbuka luas,terdapat kerosakan pada pintu tersebut dek kerana dibuka dengan paksaan.
"Jangan bergerak !" Hujung pistol dihalakan kepada seorang lelaki yang sedang santai menjamu selera.
Namun disebabkan jerkahan milik Zai, lelaki itu tersedak nasi. Habis merah wajah lelaki itu.
"A--- air !"
Izz dan Zai yang melihat keadaan itu berlari lintang pukang mencari air.
Izz dengan segera membuka peti, air sejuk di tuang ke dalam gelas kaca yang disediakan oleh Zai.
Kemudian gelas tersebut diberikan kepada lelaki yang tersedak itu.
"Ahh,alhamdulillah" Ucap lelaki itu kemudian mengusap wajahnya.
"Kamu ni polis ke ? " Lelaki itu memandang wajah Zai dan Izz selang seli.
Anggukan yang dibalas oleh mereka.
"Kenapa datang serang rumah pakcik ni ?" Soal Pakcik tersebut dengan penuh tanda tanya.
"Van ni pakcik punya kan ?" Sekeping gambar diletakkan di hadapan pak cik itu.
"Ya pakcik punya, tapi van ni dah lama hilang. Dekat 10 tahun dah."
"Ha ? Pakcik tak tipu ?" Izz cuba mengesan seandainya lelaki itu mempermainkan mereka.
"Aip ! Pakcik nak ke mana ?" Tangan lelaki itu di paut erat apabila lelaki itu mulai berdiri dan seakan ingin meninggalkan mereka.
"Pakcik nak pergi ambil bukti report kehilangan van tu " Senyuman terukir dibibir lelaki yang berusia 50tahun itu.
'Risau benor kita nak lari ' bisik hati lelaki itu bersama sengihan.
Izz mengikuti jejaka lelaki itu,manakala Zai,Eka dam Hazrul menunggu di ruang tamu.
"Makin susah la macam ni " Keluh Eka, wajahnya diraup kasar.
"Betul la weih, van tu dah hilang dekat 11 tahun yang lalu." Izz dengan berat hati menyatakan hal tersebut.
"Maaf la ya pakcik Indra sebab kami buat tuduhan melulu. Pasal pintu tu nanti kami baiki ya " Dengan sopan Zai meminta maaf.
"Asal encik semua pergi rempuh pintu tu ? Pintu tu tak berkunci pun "
Mendengar kenyataan Pakcik Indra membuat semua tertawa kecuali Zai. Mukanya merah menahan malu.
"Hehehe ! Sorry pakcik,terlebih pula tadi "
'Aduhh malunya aku !!!' rintih hati Zai.
______________________________________
Done !!
SHE IS MINE akan complete sebelum bulan januari 2019.
Manakala pada bulan januari 2019, karya baru pula akan saya publish.
Yang bertajuk "BIDADARA".
Keep support me !😘
Comment 🙈
Vote ! ❤
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Novela JuvenilPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...