Bab 11

2.4K 92 4
                                    


Semua mata pelajar mengikuti bergerakan bola itu.Dengan penuh debar semua orang menanti keputusan dari balingan Eka.

Dan.........

GOALL!!

Terdengar bunyi sorakan para penonton apabila bola masuk ke dalam jaringan .

'Erghh! Rosak plan aku!'bisik hati Balqish dengan perasaan marah yang meluap-luap.

"Tahniah Eka! Nampak mustahil namun kamu mampun menjaringkannya walaupun kamu duduk di kerusi!" Cikgu Rogaya tidak henti-henti memuji kehandalan Eka.

"Nasib saya saja tu Cikgu. Saya pun tak menyangka saya berjaya!"dengan rendah hati Eka menjawab. Benar Eka sendiri pun tidak berharap yang dia akan jaringkan bola tu.

Sementara team bola baling.

"Huishh! Gila wehh! Boleh pula tu dia jaringkan! Kita pun susah nak jaringkan, ni dia duduk pun boleh!"terpegun Kifli melihat kehandalan Eka.

"Iyelah weh!! Dia mesti handal main bola baling kan?! Mustahil dia tak handai main bola baling!" sokong Hafiz.

"Tapi kenapa dia tak masuk sukan bola baling?" soal ilman. Iyelah kalau handal kenapa tak main kan?!

"Kau ni nak kata bodoh, duduk kelas depan. Nak kata bijak? Soalan yang kau bagi tu soalan bodoh!" marah Syah. Sempat Syah menyekeh kepala Ilham.

"Apa hal pula kau kata aku macam tu?! Sakit bagang kau sekeh kepala aku!" sakit hati Ilman apabila di kata sebegitu.

"Dah team bola baling kat sekolah ni wujud hanya bola baling lelaki tak ada pun team bola baling perempuan bagang!!"kali ini Izz pula yang menyekeh kepala Ilman.

Ilman hanya mengaduh sakit! Senyum kambing di ukir dibibir Ilman.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHA" pecah ketawa mereka berenam hanya Zai saja yang beriak serius.

"Ha! Marah orang panggil bodoh tapi diri sendiri tak tahu diri sendiri menyoal soalan bagang!" Khai juga tidak lepas dari menyakat Ilman.

'Kau siapa Ha Eka?!'Hati Zai dalam diam berbisik.

******

"Baiklah, sekarang turn Balqish pula! Balqish pergi ambil bola dan berdiri di tempat yang bergaris merah itu!" Irfan memberi arahan kepada Balqish!

Balqish dengan berlagaknya berjalan ke garisan mula yang ditandakan dengan garisan merah.

Balqish dengan penuh berlagaknya melontar bola ke arah jaringan.

GOALL!!

Hanya kaum adam saja yang bersorak atas kejayaan Balqish.

Kaum hawa hanya memandang sinis dan menyampah ke arah Balqish.

Balqish pula dengan gediknya berjalan dengan lenggang kangkungnya ke arah kaum Adam dan memberikan flying kiss dengan kenyitan mata.

"Wow hebat! Jadi bagaimana? Keputusan seri?! Siapa yang akan memegang jawatan ini?" Irfan nampaknya keliru bagaimana hendak memilih pemenang.

"Kita akan buat satu lagi permainan yang akan menentukan siapa pemenang!"suara Cikgu Rogaya lantang kedengar memberikan maklumat.

"Cikgu!" seorang pelajar dengan beraninya memanggil Cikgu.

Semua mata memandang ke arahnya! Pekik bin Hairan dengan perangai budak lelaki itu, siapa tak pelik kalau tiba-tiba menjerit memanggil cikgu! Hah! Cakap siapa tak pelik!!

"Iya? Ada apa?" soal Cikgu Rogaya. Masih pening dengan keputusan yang seri ditambah lagi dengan perangai pelajar sorang ini.

"Rasanya tidak adil kalau Balqish menjaringkan bola dalam keadaan berdiri sedangkan Eka menjaringkan bola dalam keadaan duduk! Balqish pun hendaklah membaling dalam keadaan duduk ! Baru adil!!" dengan penuh semangat pelajar lelaki itu menegakkan keadilan.

"Betul!!!" terdengar sorakan daripada para pelajar apabila mendengar penjelasan itu.

"Ha'ah la! Betul juga dengan cakap kamu ni! Baiklah, Balqish kamu kena jaringkan bola sekali lagi dalam keadaan duduk." muktamat keputusan Cikgu Rogaya.

"Tapi Cikgu......"

"Tak ada tapi- tapi Balqish! Hanya fokus pada permainan saja!" belum sempat Balqish menghabiskan kata-katanya Cikgu Rogaya dengan tangkas memotong ayat Balqish.

'Berani budak tu!! Aku dah upah dia langgar si Eka tu, yang budak tu pergi bagi idea yang bernas sangat tu dah kenapa?!' mengelegak kemarah Balqish bila mendengar pendapat budak itu.

Iya! Budak lelaki tu ialah budak yang diupah melanggar Eka sebentar tadi.

Balqish sudah gelisah! Tadi saja sudah kira baik kerana nasib menyebelahi dia! Sekarang ni macam mana?

She is Mine ✔Where stories live. Discover now