Bab 77

1.9K 59 0
                                    

Eka yang hampir terlelap itu terkejut apabila mendengar deringan telefon miliknya.

"Siapa pula ni?" Tanpa melihat nama yang tertera, punat berwarna hijau di tekan.

"Hada!! Irsyah dengan Irdina !!! Macam mana ni Hada?Hada apa akak nak buat ni?" Kedengaran Kirana berkata dengan panik sehingga membuat Eka menjadi pening .

"Kak tenang dulu,cuba cakap satu-satu. Kenapa dengan Irsyah dan Irdina?" Mata yang tadinya ingin terlelap akhirnya menjadi segar bugar.

Risau andai ada sesuatu yang berlaku pada anak buah kesayangannya itu.

"Irsyah dengan Irdina hilang! Kakak tadi nak ambil dorang dekat tadika tapi bila akak sampai , cikgunya kata tadi ada dua orang lelaki yang mengaku mereka ialah pak cik Irsyah" Sangat jelas daripada ucapan Kirana menunjukkan bahawa dirinya amat risau pada saat itu.

"Ok kakak bawa bertenang,akak sekarang drive pergi balai dahulu untuk membuat laporan.Nanti Hada datang jumpa akak. Abang Fie pula biar Hada yang telefon . Akak tenang tau, hati-hati drive tu." Eka cuba memberikan penerangan kepada Kirana kerana tahu fikiran Kirana sekarang sedang kusut.

"Ok akak sekarang on the way pergi balai."

Eka menekup wajahnya,pening dengan masalah yang baru menimpanya.

"Masalah sindiket penculikan tu pun belum selesai,sekarang si kembar pula hilang? " Keluh Eka sambil tangannya mengetuk-getuk meja.

"Ehh" Mata Eka membulat,

"Adakah sindiket penculikan ni ada kaitan dengan kehilangan si kembar?"

*****

"Akak sabar ya,biar pihak yang bertanggungjawab yang urus hal ni. Abang Fie bawa akak Kirana balik pergi rumah,bagi akak rest. Biar Hada yang atur masalah ni" Eka cuba menenangkan Kirana yang dari tadi meracau mencari anaknya.

"Sayang, kita balik dulu ya. Biar Hada yang cari jalan penyelesaiannya.Sayang pun kena rehat,macam mana nak cari Irsyah dengan Irdina kalau sayang sakit? Kita balik dulu ya." Fie turut memujuk Kirana untuk balik berehat. Kasihan dirinya melihat Kirana yang seperti hilang akal itu.

"Abang, saya nak anak kita bang. Saya risau bang. Entah dah makan ke belum,mesti dorang tengah nangis kan! Bang anak saya bang!" Air mata kembali membasahi pipi gebu milik Kirana, semua yang berada di situ juga turut tersentuh melihat keadaan Kirana.

"Kita balik dulu ya sayang, nanti kalau ada apa-apa khabar tentang anak kita. Hada akan maklumkan dekat abang. Kita balik ya." Fie memeluk erat tubuh isterinya itu sambil memberikan kata-kata semangat kepada Kirana.

Tipulah andai dirinya juga tidak terkejut mendengar khabar tentang anaknya diculik,tapi kalau dirinya melayan perasaannya itu. Siapa yang akan menyemangati Kirana.

Akhirnya Kirana terpujuk dengan pujukan Fie.

Eka melepaskan keluhan,

"Kak Long, Sir panggil." Kata Hazrul yang baru sahaja tiba.

Eka menganggukkan kepalanya.

"Ada apa sir panggil saya?" Kelihatan Tuan Ishak sedang menulis sesuatu pada kertas.

"Dalam jam 3 petang nanti kita akan ada meeting dengan Inspektor Zai dan Izz . Jadi saya nak kamu cari segala maklumat tentang penculikan anak buah kamu."

'Zai? Asal banyak-banyak manusia dia juga yang berkerjasama dengan aku?' rungut hati Eka.

"Baik sir, kalau tiada apa-apa. Saya keluar dulu."


***

Eka mengurut perlahan kepalanya, pening memikirkan cara untuk menjejak anak buahnya.

"Abang, Kak Kirana dah ok? " Fie yang lalu di hadapannya ditegur.

"Tu tengah tidur dekat atas, ni Hada tak kerja ke? " Sofa yang berada di sebelah Eka menjadi pilihan untuk Fie melabuhkan punggungnya.

"Kerja, kejap lagi ada meeting. Tapi Hada balik kejap sebab nak ambil barang." Jawab Eka.

Fie hanya diam, matanya ditutup rapat lalu kepalanya mendongak ke atas.

Eka tahu bahawa abangnya itu sedang tertekan,ingin uruskan syarikat lagi. Anak hilang lagi.

"Abang sabar ya, Hada tahu abang mampu tempuh semua ni. Allah tak akan uji kita jikalau ujian itu melebihi batas kemampuan kita. Abang solat dab doa banyak-banyak, pinta dengan Allah supaya semuanya menemui jalan penyelesaian. Hada selalu ada dekat abang tau.

Kalau abang nak bahu untuk nangis,meh bahu Hada ni sedia nak jadi tempat luahan" Eka menepuk-nepuk bahunya.

Fie hanya tersenyum hambar,

"Siapa cakap abang nak nangis? " Fie cuba menunjukkan dirinya kuat dihadapan Eka walaupun kenyataannya air matanya sudah bertakung dan tunggu masa untuk jatuh sahaja.


Eka menggelengkan kepalanya, faham sangat dengan ego abangnya yang tinggi mencanak langit itu.Kepala abang di tarik lalu disandarkan pada bahunya.

"Abang,kenapa nak simpan air mata tu sedangkan dah masanya untuk dia keluar? Menangis tak bermaksud orang tu lemah tapi orang tu nangis sebab dia dah tak mampu nak tahan rasa tekanan yang dia tanggung. Tak salah pun kalau lelaki menangis, lelaki pun manusia juga. " Kepala Fie diusap perlahan tak ubah seperti seorang ibu yang memujuk anaknya.

Fie akhirnya memecahkan egonya, kepalanya disandarkan pada bahu Eka. Air matanya yang ditahan akhirnya mengalir bak sungai yang laju mengalir.

"Tsk, tsk, tsk. Abang rindu dengan anak-anak abang. Dah makan ke belum, tidur beralas ke tidak." Fie tidak dapat menahan rasa sedih, kecewa dan rasa menyesalnya kerana lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah.

Eka terus menerus mengusap kepala Fie dan sesekali belakang Fie ditepuk perlahan bagi menenangkan hati Fie.


'Eka akan cari Irsyah dan Irdina sampai dapat'






______________________________________

Alhamdulillah dapat update. Walaupun memang agak lama 😁

Insyallah She is mine akan tamat tak lama lagi.

So, keep reading ok 😋

Vote
Comment

She is Mine ✔Where stories live. Discover now