Bab 82

2.1K 70 2
                                    

Eka dan Izz melangkah masuk ke dalam gudang itu dengan penuh berhati-hati,risau andai langkah mereka akan menghasilkan bunyi.

Kerja mereka menjadi lebih senang apabila tiada pengawal yang berjaga di pintu masuk gudang itu.

Eka dan yang berada di luar,mereka hanya berhubung melalui headset wireless yang terpasang pada telinga mereka.

Seperti yang dijangkakan,semuanya sedang terlentang tidur. Kelihatan sangat nyenyak sehingga tidak sedar dengan kehadiran mereka.

Terdapat dua orang lelaki yang berotot sedang terbongkang tidur di atas sofa.

Mereka meneruskan perjalanan mereka,

"Aku rasa baik kita berpecah,aku cek pintu sebelah kanan, kau periksa pintu sebelah kiri. Ada apa-apa kau panggil aku." Izz memberikan cadangan bernas buat mereka.

Zai hanya mengangguk kepala,sebelum mereka mulai berpecah.

Izz mulai memulas tombol pada daun pintu bilik tersebut,namun malangnya pintu tersebut terkunci. Seperti ada sesuatu yang berharga di dalam bilik tersebut.

"Eka,pintu bilik ni terkunci,aku rasa ada sesuatu dalam bilik ni" Izz memaklumkan kepada Eka melalui headset yang ada  di telinganya.

Lain pula ceritanya dengan Zai,pintu itu sudah sedia terbuka. Dengan berhati-hati dia masuk ke dalam bilik itu.

"Zai ada apa dalam bilik tu?" Kedengaran suara Eka memecah gegendang telinganya.

"Kosong,hanya ada almari dan katil lusuh" Balas Zai.

Di saat Zai ingin membuka langkah,satu tangan menyentuh belakangnya.Matanya membulat,keringat dingin mulai menitik.

Kepalanya dipusing perlahan,ingin melihat siapa yang menyentuh bahunya. Kekuda dipasang sebagai langkah berjaga-jaga.

"Huh! Kau Izz,aku ingat siapa tadi!" Zai melepaskan keluhan selepas melihat wajah Izz yang berada di belakangnya.

Pintu bilik tu terkunci, tu yang aku datang sini" terang Izz tentang kedatangannya.

"Ada apa Zai?" Eka mulai kedengaran panik.

"Ni ha si Izz ni,ada ke patut pergi takutkan aku" Adu Zai,kelihatan Izz menjelirkan lidah ke arahnya.

"Kau dah memang penakut" Hazrul yang dari tadi diam akhirnya mulai menyakat.

"Dah! Fokus!" Arah Eka dengan tegas.

Zai hanya mengangguk kepalanya, sebelum mereka mulai memeriksa bilik tersebut.

Lampu suluh miliknya dihalakan ke arah almari yang kelihatan amat lusuh itu.

Perlahan-lahan pintu almari itu dibuka,

"Ou mak!" Izz berlari menjauhkan diri daripada almari tersebut.

"Ada apa Izz? Asal kau menjerit?" Hazrul mulai bertanya kepada Izz.

Zai pula menayangkan wajah selamba,seperti benda yang menakutkan Izz itu tidak langsung mengganggunya.

"Ada kelawar!"

"Hahahahahahaha"  Pecah ketawa Hazrul dan Eka apabila mendengar alasan Izz.

"Diam la weih, nanti penyangak-penyangak dekat luar tu bangun mati kita weih" Zai menyedarkan mereka agar tetap fokus dengan misi mereka.

"Aku rasa dalam bilik ni tak ada apa-apa,korang pergi bilik tadi dan cuba pecahkan pintu bilik tu. Mesti ada sesuatu dalam tu,sebab tu berkunci."  Arah Eka,rasanya mereka hanya membuang masa apabila menyelongkar almari itu.

Izz dan Zai setuju,mereka bergerak ke bilik sebelah.

"Macam mana kita nak buka pintu ni eh?" Kepalanya diketuk-ketuk, memikirkan cara untuk membuka pintu itu tanpa sebarang bunyi.

"Kita pecahkan je lah" Izz memberikan idea yang cukup tidak logik.

"Izz kau jangan nak merepek eh" Suara Eka kedengaran.

"Ala aku cuba bantu jer" langkah dibuka meninggalkan Zai seorang diri.

"Aduhmak! Budak tu merajuk pula!" Zai menepuk dahinya,pening melihat perangai Izz.

"Korang la ni asyik nak marah dia je" Hazrul memihak kepada Izz.

Hanya gelengan yang dibalas oleh Eka.

Zai memerhati kawasan disekelilingnya. Mencari sesuatu yang boleh dipakai untuk membuka kunci pintu itu.

Matanya bersinar apabila menemui gunting di meja berdekatannya.

Gunting itu di capai lalu dicuba untuk meleraikan kunci tersebut. Namun pengakhirannya hanya sia-sia.

"Tak dapat la " Zai mulai berputus asa.

Tsk! Tsk! Tsk! Mummy!

Tersentak Zai apabila mendengar suara tangisan. Terasa meremang bulu romanya.

"Izz,meh la sini" Izz menayangkan wajah merajuknya kepada Zai namun dituruti juga kehendak Zai.

"Asal?" Dengan dingin Izz berkata,masih merajuk tau!

"Kau dengar tak suara budak menangis?" Soal Zai lalu memeluk tangan Izz.

"Ada,suara budak panggil mummy kan?" Selama sahaja Izz berkata.

"Tu bukan suara anak buah aku ke?"Eka menyoal mereka.

Zai tersedar, rasa takutnya hilang entah ke mana.

Telinganya dirapatkan pada daun pintu tersebut,

"Mummy,mama. Ina akut!" (Mummy,mama. Irdina takut)

"Iye la, tu suara Irdina" Mulut Zai melafazkan ayat itu dengan muka tidak percaya.

"Aku nak masuk dalam boleh tak? Please la!" Eka mulai menangis, gembira apabila mereka menemui anak buahnya.

"Jangan dulu,aku tak nak nanti penyangak tu sedar"Zai menghalang Eka,dia risau dengan keselamatan wanita itu andai Eka menjejakkan kakinya ke dalam gudang itu.

"Then pecahkan pintu tu. Selamatkan anak buah aku!!"

"Tak perlu nak pecahkan!" Dengan muka yang selamba badak, Izz memasukkan kunci ke dalam tombol pintu bilik itu.

Zai tergangga,

"Bila kau dapat kunci ni?"

"Tadi,masa kau tengah bersusah payah nak buka kunci ni dengan gunting" Izz memutar kunci itu ke kanan.

Plak!

"Asal kau tak bagitahu?"

Zai masih tidak berpuas hati dengan Izz yang seakan mempermainkan dia

"Korangkan marah aku"

Tanpa menunggu balasan daripada Zai,Izz melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Kelihatan bukan hanya Irsyah dan Irdina sahaja yang berada di dalam bilik itu, namun terdapat juga beberapa kanak-kanak lain .

Yang paling menyedihkan apabila kanak-kanak tersebut telah cacat.

Ada yang hilang tangan sebelah,ada juga yang hilang kedua-dua belah tangan,ada yang hilang kaki dan ada yang buta.

Tergores hati jantan Izz dan Zai. Sedih melihat kanak-kanak yang seharusnya merasakan keseronokan kini kehilangan nikmat itu.

"Apa yang korang nampak?" Tiba-tiba Eka menerpa telinga mereka.

"Irsyah dan Irdina" hanya itu yang terluah dari mulut mereka.

"Hoi!! Apa korang buat dekat sini hari!"

Terteleng kepala Izz dan Zai akibat ingin melihat punca suara itu.

Glup!

Air liur ditelan dengan kasar.

"S.O.S"



______________________________________

Done for this bab!
Makin nak completed,makin susah pula nak karang eh.

Please vote🙆
Comment!💫

She is Mine ✔Where stories live. Discover now