Bab 35

2K 87 0
                                    

"Uh! Uh! Uh!" Tercungap-cungap Eka apabila tersedar dari mimpinya.

Mimpi dimana dia berjumpa dengan Asad.

Keadaan bilik diperhatikan,

'Aku dekat mana?' Soal hati kecil Eka.

"Assalamualaikum " kedengaran seseorang memberi salam.

"Waalaikumsalam, siapa." Eka menjawab salamnya.

"Zai ni, boleh aku masuk?" Soal Zai yang berada di luar.

Tudung yang berada disampingnya disarungkan ke kepala,

"Masuklah" Eka memberi kebenaran kepada Zai.

Krek!

Tombol pintu dipulas, pintu di biarkan terbuka luas bagi mengelakkan fitnah,

yelah, lelaki dan perempuan dalam satu bilik! Pasti akan ada yang ke tiga.

"Macam mana dah ok? Sakit kepala kau dah ok?" Tidak berhenti-henti Zai menyoal Eka.

"Aku dah ok, tapi kenapa aku boleh ada dekat sini?" berkerut kening Eka apabila menyoal Zai, yelah kan tadi dekat hospital namun sekarang berada di rumah Zai?

"Tadi kau pengsan, jadi aku bawalah kau pergi rumah aku"Selamba sahaja Zai berkata.

"WHAT?!"

Dengan kadar segera, Zai menekup telinganya.

"Apesal kau bawa pergi rumah kau? Hospital kan ada?!"sekali lagi suara Eka memetir.

"Aku bawa kau pergi sini sebab abang kau yang arah. Kata abang kau, dia tak nak kau tambah sakit bila kat hospital nanti,iyalah nanti kau pura-pura sakit lagi dan tak nak pergi sekolah." Ujar Zai dengan wajah yang menyampah.

Eka sudah tersengih, memang kalau dia masih di hospital dia akan berlakon sakit dan tidak sekolah!

HAPPYNYA!

Tapi kejap!?

"Habis siapa yang dukung aku?" Soal Eka dengan muka yang menyinga.

Zai sudah tersengih nakal,senyuman yang penuh makna diberikan.

"Kau jangan cakap...." jari telunjuk disuakan betul-betul dihadapan wajah Zai.

"Ah'ah, akulah!" Dengan bangganya Zai mengaku.

Muka Eka mulai berubah, merah padam wajah Eka.

Buku tebal yang berada di meja bersebelahan katil di ambil.

Buk!!

"Stop! Stop! Sakit weih!" Terdengar suara kesakitan daripada mulut Zai.

Mana tak sakitnya kalau buku tebal dihempap kat kepala kau?!

"Kau tahu tak kau tak boleh dukung aku macam tu jer!! Aku ni perempuan dan kau tu lelaki!! " Pukulan tidak dihentikan sebaliknya semakin dilakukan.

"T...tak! Aduh! Bukan aku tapi..."
"Kalau bukan kau siapa? Kau tak payah nak tipu aku ye!" Belum habis Zai memberitahu kebenaran,Eka sudah memotong kata-kata Zai.

"Esh! Abang kau ler, dia langsung tak bagi aku sentuh kau pun." Ujar Zai.

Pukulan mulai perlahan, muka Eka mulai berubah.

"Jadi tadi kau tipu jer tadi?" Lega Eka sebaik sahaja mendengar kata-kata Zai.

Jari telunjuk dan jari tengah di bentuk 'V'.

Buku tebal tadi sekali lagi hinggap di belakang Zai.

Dalam diam.........

"Abang, tengok. Bahagia jer muka Zai, dah lama rasanya dia ketawa terkekeh-kekeh."ujar Datin Effah kepada suaminya,namun matanya tidak lepas daripada memerhati gelagat remaja lelaki dan perempuan itu.

"Iyelah,Effah. Syukur sangat saya." Sokong Dato Othman.

*********

"Hada dah sihat?" Soal Puan Firdahayu lalu tangannya naik mengusap kepala Eka yang dilitupi dengan bawal.

Puan Firdahayu sangat bersyukur dengan perubahan Eka. Yang mulai bertudung dan mulai lembut dalam berkata-kata.

"Ok dah Umi, macam mana Umi boleh kemalangan?" Soal Eka.

"Masa Umi nak pergi hantar baju kamu, umi dan abi tengah bercerita tapi tiba-tiba entah dari mana kucing kecil tu ada dekat tengah jalan raya...."

"Lepastu Umi?" Eka memotong kata-kata puan firdahayu.

Buk!

Tangan Mie selamat sampai di kepala Eka, geram sangat dengan perangai Eka yang suka menyampuk apabila orang bercerita.

"Along... " tegur Puan Firdahayu.

"Sakitlah along! Suka hati dia jer nak hempuk kepala kita." Eka memarahi Mie lalu lidah di jelir.

"Dah la, Umi sambung cerita." Malas Mie ingin melaya perangai tak semenah adiknya itu.

Puan Firdahayu hanya menggeleng-geleng kepala.

"Abi terus panik sebab terkejut,dan Abi pun elak daripada langgar anak kucing tu tapi kereta terus merempuh pokok ta......"

"Apa anak kucing tu buat kat tengah-tengah jalan" sekali lagi Eka buat perangai.

Dua pasang mata memandang ke arahnya,sehingga dia sedar akan kesilapannya kali ini.

"Opsss! Sorry, Hada tak sengaja." Senyuman manis diberikan.

Hanya jelingan yang dibalas oleh Mie.

"Umi dapat dengar suara orang ramai dan salah satu yang umi dengar ialah kereta nak meletup. Semua tak berani nak datang dekat, Umi tengok abi dah pengsan kat sebelah, umi cuba nak gerak tapi i umi tersepit."

Tsk! Tsk! Tsk!

Mie memalingkan kepalanya mencari bunyi tangisan.

Kelihatan Eka sudah menangis, hidung dan matanya sudah berubah menjadi merah.

"Hada kenapa nangis?" Soal Puan Firdahayu dengan pelik.

"Tsk! Hada sedih dengar cerita Umi, ni semua salah Hada."  Dalam sedu Eka berkata.

Mie sudah menepuk dahinya,
Drama betul la budak sorang ni.

"Tak ler, ni semua takdir Umi. Nanti bila Umi dah tak ada, Hada janji jadi anak yang baik ye. Along jaga adik-adik kamu, kamu yang tua jadi kena selalu mengalah." Sayu saja Puan Firdahayu berkata.

Suasana berubah menjadi sayu.

"Erm, umi cerita lagi la macam mana Umi dengan Abi boleh keluar?" Arah Mie, sebenarnya ingin mengubah suasana yang sayu itu.

"Umi rasa mungkin dah sampai waktu Umi tapi Umi terkejut bila tiba-tiba pintu kereta terbuka, seorang remaja lelaki membantu Umi keluar. Lepastu Umi dah tak tahu sebab Umi pengsan." Jelas Puan Firdahayu.

Muka Eka mulai berubah,

"Umi nampak ke muka budak yang selamatkan Umi?"

-----------------------------------------------------

Alhamdulillah dapat juga siapkan bab ni 😍

Rasanya bila Abi Eka nak sedar?

Keep reading 🌸

Jari tu ringan-ringankan la tekan tanda Bintang tu ☆

Vote 💋

She is Mine ✔Where stories live. Discover now