Eka yang sudah siap menuju ke ruang tamu untuk keluar date bersama Fie.
"Abang cepatla Hada dah lapar ni!"teriak Eka memanggil abangnya.
"Iyela Hada abang nak turunla ni! Jangan nak terpekik kat bawah tu.!"laung Fie yang berada di tingkat atas.
"Bersiap pun mengalahkan perempuan,Hada ni yang perempuan pun awal sikit dari abang tau!"mulut Eka tidak habis pot pet pot pet.
Fie memandang adiknya dari atas hingga bawah kemudian dia menggelengkan kepalanya.
"Hada pakai baju tu tutup la aurat Hada. Hada dah besar tau, dah tahu baik atau buruk."Fie menasihati Eka dengan nada yang lembut. Kang budak ni melenting setahun, merana Fie tak di layan.
Eka memandang dirinya.
Baju t-shirt dipadankan dengan jeans berwarna biru gelap yang koyak-koyak kat paha dan lutut.
Ala yang sekarang ni para remaja guna tu.Rambut di sanggul tinggi namun agak kusut."Hada bukan guna baju yang ketat dan singkat pun?! Hada tak juga guna pakaian yang seksi!"jawab Eka dengan nada merajuk.
"Ye memang Eka tak guna baju yang singkat tapi tu rambut Hada! Rambutkan aurat perempuan?"soal Fie lagi,dia bukan nak kongkong adiknya namun dia mahu adiknya menutup aurat.
"Ish!!!! nanti orang sedia nak bertudung, orang gunala. Dah tak payah nak paksa orang guna tudung selagi orang tak sedia!!"panggilan daripada Hada Abang bertukar kata panggilan Orang sebagai kata nama dirinya.
Fie mengeluh,tahu bahawa adiknya tengah merajuk dan terasa dengan tegurannya. Tapi dia buat untuk kebaikan adiknya juga.
'Perempuan sikit-sikit nak melenting.'bisik hati Fie .
********
Keadaan di dalam kereta hanya dipenuhi dengan suara Dj di radio. Dua-duanya memilih untuk memdiamkan diri selepas kejadian di rumah tadi.Eka memandang ke arah luar tingkap.
'Kenapa orang nak paksa aku guna tudung hah! Apa kalau tak guna tudung orang tu buruk la?!! Habis yang bertudung singkat tu baik sangat?!' Dari tadi hati Eka berperang dengan akalnya.
'Tapi apa yang abang cakap tadi tu betul! Kau ni perempuan kenala jaga aurat kau daripada santapan mata kaun adam!' terdengar akal memberi pendapat.
Eka menjadi pening, dia bukan tak mahu bertudung tapi........
Ahh sudah la!!!!
'Lebih baik diam!'bisik hati kecil Eka.
Akhirnya Eka tidur dengan fikiran yang kusut!
"Hada, abang minta maaf. Salah abang sebab buat Hada tersinggung dengan teguran abang. Hada maafkan tak?" Fie yang dari tadi diam membisu akhirnya memulakan bicara.
Namun......
Fie memandang Eka yang berada di sebelahnya.
'Lah tidur rupanya budak sorang ni' hati kecil Fie berbisik.
10 minit kemudian........
Fie mematikan enjin keretanya. Manusia yang berada di sebelahnya dilihat.
'Hada,abang tahu kau kuat.'
Arghhhh!!!
"Mulut tu tutup sikit. Ni mengeliat macam monster jer abang nampak! Dah cepat keluar, lambat abang tinggal."ugut Fie kepada Eka.
"Ishhh!!! Iyelah nak keluar la ni!!"balas Eka dalam keadaan mamai.
Setelah menekan punat lock,Fie dan Eka berjalan beriringan memasuki Mall yang penuh dengan pelbagai ragam manusia di dalamnya.
Tanpa Fie sedar,Eka ketinggalan jauh di belakangnya.
"Abang!"laung Eka dengan kuat sehingga beberapa mata memandang ke arah Eka.
Fie memandang suara yang memanggilnya. Tergeleng-geleng kepala Fie bila melihat Eka yang masih mamai mengejarnya.
"Abang ni!! Ada ke patut tinggalkan Hada macam tu aje! Janganlah tinggalkan Hada lagi ye. Bukan ke Hada yang merajuk sekarang ni? Yang abang nak tinggalkan Hada kenapa?" bertubi-tubi Eka mengeluarkan semua ketidak puasan hatinya.
"Abang ingat Hada ikut abang kat belakang,tu yang jalan laju jer!" dengan tenang Fie menjawab di tambah dengan muka yang tidak bersalah.
Eka terus memeluk lengan abangnya yang agak berotot itu. Mana tak berotot kalau malam jer mesti Gym la tempat lepaknya.
"Jomla kita pergi makan dulu! Lepas tu kita pergi shopping abang belanja!"riang saja nada suara Eka pada masa itu.
Ramai mata yang memandang ke arah mereka berdua. Kenapa?
Sebab Eka memeluk lengan abangnya. Bagi orang yang tidak mengenali mereka sudah pasti akan menganggap mereka merupakan sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta.
"Hada pula la belanja,duit abang nanti habis kalau abang belanja."rengek Fie dengan muka yang masam.
Setiap keluar nak shopping,Fie la yang akan keluar duit bila keluar bersama Eka namun jika hanya Eka seorang saja, dia menggunakan duit pemberian umi dan abinya.
"Ok Hada belanja.......tapi!" sengaja Eka mengantungkan ayatnya. Ingin melihat reaksi muka abangnya.
Fie mula mengukis senyum gembira sampai nak melompat pun ada.
'Selamat duit aku.' sorak hati Fie
"Tapi abang yang bayar!! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA" seronok Eka apabila berjaya memgenakan abangnya itu.
Senyuman Fie yang tadinya mekar bak bunga ros yang tumbuh subur bertukar menjadi bunga ros yang layu. Hilang senyuman yang manis tadi.
"Ala Hada ni baru nak happy!" Fie menayangkan muka belas kasihan kepada Eka namun Eka hanya membuat dono.
Eka dengan selamba masuk ke dalam restauran untuk mengisi perutnya.
Bukkk!!!
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Teen FictionPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...