Bab 31

2.1K 79 0
                                    

"Aku minta maaf tau sebab peluk kau tiba-tiba macam tadi." Ujar Zai namun matanya fokus pada jalan raya yang dipenuh dengan kenderaan.

Eka yang tadinya memandang ke luar terus memalingkan kepalanya memandang ke arah Zai.

Bila teringat kembali merona merah muka Eka.

Apa?!

Miss Evil tak boleh malu?!!!

"Ermm.. Tak pe lah. Lagi pun kau nak tolong aku kan bukan nak buat apa-apa pun" balas Eka lalu memandang langit.

"Esok kita ada latihan, dalam jam 2 begitu. Aku harap kau turunlah, dah seminggu kau tak datang latihan. Kami pun jadi kurang terurus."

Semenjak umi dan abi Eka kemalangan, Eka tidak pernah turun latihan dan mengurus team bola baling.

"Erk, sorry tau sebab tak bertanggungjawab."balas Eka dengan nada bersalah.

" Ehh, aku bukan nak sindir kau. Sorry." Rasa bersalah timbul apabila melihat muka Eka yang mengendur.

"Tak pe."

Akhirnya kedua-duanya memilih untuk diam, hanya suara celoteh dj radio sahaja yang memenuhi ruang.

"Esok aku ambil kau, awal ye jangan lambat." Ujar Zai sebaik sahaja kereta miliknya berhenti di hadapan rumah Eka.

"Err, tak perlulah. Aku naik bas pun ok dah." Elak Eka daripada Zai, tidak selesa bila selalu berdekatan dengan Zai.

Hadirnya 'suatu' perasaan yang terjalin apabila berdekatan dengan Zai.

"Abang kau yang arahkan. Jangan lupa esok aku ambil kau jam 6 dan jangan lambat."

"Erkk...."

"Dah! Jangan nak mengelak lagi. Cepat turun." Halau Zai.

'Nak tolong pun susah.' Bisik hati Zai.

POV EKA.

Aku hanya memerhati kereta audi itu meninggalkan perkarangan rumahku.

Tanpa sedar bibirku mengukir senyuman yang aku sendiri tidak tahu penyebabnya.

Tangan naik menekup dadaku yang berdebar bagai habis berlari 100 kilometer.

'Kau buat aku gila!'

POV ZAI

"Kau buat ku terpaku...."

Entah mengapa, terasa bahagia setelah menghantarnya.

Timbulnya perasaan yang tidak pernah aku rasa.

Perut terasa penuh dengan rama-rama yang berterbangan membuat bibirku menguntum senyuman yang lebar.

'Kau buat aku gila.'

**********

"Eka kau datang ikut siapa tadi?" Soal Erah sambil mengetuk perlahan kepalanya mengunakan pen.

"Er.. kenapa kau tanya?" Soalannya aku biarkan sepi....

"Kau ni aku tanya kau nak jawapan bukannya nak soalan balik" kedengaran nada tidak puas hati dalam bicara Erah.

Hanya sengihan yang dibalas Eka.

Teringat kejadian pagi tadi.

Flashback

Pin!!!!

Eka yang sedang membetulkan tudungnya di hadapan cermin mengeluh!

'Mamat bangla ni memang tak reti bersabar ke?" Soal hati kecil Eka.

She is Mine ✔Where stories live. Discover now