Bab 85

2.2K 66 3
                                    


Selesai sahaja mereka menjamu selera,semuanya duduk bersantai di halaman belakang rumah.

"Macam mana boleh kenal Mie?" Soal Puan Firdahayu kepada Angely.

Mata Angely menjadi sepet,malu dengan pertanyaan Puan Firdahayu.

"Kitaorang kenal dekat masjid umi" perlahan sahaja suara Angely menjawab.

"Wow! Sweet la pula korang ni" Bahu Mie ditepuk kuat sehingga membuat Mie meringis sakit.

"Aduh! Hada Kut ye pun, janganlah pukul Along!" Bahunya diusap perlahan,berbekas rasanya tangan Eka pada bahunya.

"Ala macam ni ke nak jadi suami? Manja sangat,tu pun tak tahan. Angely tak payah la kahwin dengan Along ni!" Usik Eka,tangan Angely digoncang-goncang.

Angely menganggukkan kepala sebagai tanda bersetuju, perkara itu membuat semua tertawa.

"Hada jangan la macam ni!" Mie menjeling Eka.

"Korang dua ni memang tak malu eh? Depan tetamu pun buat perangai." Tegur Fie dengan tegas.

"Tak pe la. Setidaknya ceria juga malam ni." Kirana memihak kepada adik iparnya.

Eka dengan Mie galak mentertawakan Fie.

"Ni Faith pula asal diam jer? Dari tadi diam." Soal Puan Firdahayu.

Lelaki itu tersenyum,

"Maaf lah, saya malu sebenarnya nak menyampuk. Lagipun saya tak tahu nak cakap apa." Belakang tengkuknya digosok.

Tersenyum Eka melihat telatah lelaki itu.

"Erm, Hada nak naik kejap. Nak tengok kembar tu buat apa."Eka meminta izin.

"Saya nak ikut boleh?" Angely turut meminta izin.

"Ala tak perlu la, saya sekejap sahaja" Eka menyuruh Angely kekal berada di situ bersama familynya yang lain.

"Ala Eka biar lah kalau Angely nak ikut" ujar Mie lalu mengedipkan sebelah matanya kepada Angely.

"Iye lah, tapi kalau Angely dah ikut Hada. Jangan harap Angely akan pergi dengan Along lagi!" Lidahnya dijelirkan kemudian dia berlari bersama Angely masuk ke dalam rumah.

"Umi tengok Hada tu!" Adu Mie dengan manja.

Puan Firdahayu hanya menayangkan wajah selamba , pening jika diikutkan perangai anak-anaknya itu.

Eka memandang dua kembar itu yang berada di ruang tamu.

Tadi kata nak nonton tv, alih-alih tv tu yang nonton mereka.

"Angely boleh tak kau dukung Irsyah? Aku nak dukung Irdina ni. Kita bawa pergi bilik aku" Pinta Eka, Irdina sudah berada didukungnya.

Angely hanya mengangguk kemudian mendukung tubuh kecil Irsyah.

"Sorry tau aku susahkan kau,tapi aku ada dua tangan je" gurau Eka,kasihan juga di melihat Angely yang terkial-kial mendukung Irsyah itu.

"Tak apa lah, saya yang nak ikut kan tadi" Ikhlas Angely berkata, sebenarnya ada sebab mengapa dia mengikuti Eka. Ada sesuatu yang ingin dia leraikan dan jelaskan kepada Eka.

Selimut ditarik menutupi tubuh dua kembar yang sedang lena tidur itu.

"Jom kita turun, nak juga ta----"

"Eka boleh tak kita stay dekat sini? Ada sesuatu yang saya nak cakap dekat awak" Tangan Eka di tarik oleh Angely menyebabkan ayat Eka terhenti.

Eka setuju,tempat dihadapan Angely menjadi tempat pilihannya melabuhkan punggungnya. Wajah Angely dipandang dengan penuh tanda tanya.

"Ada apa?" Eka menyoal Angely.

Angely bertindak mengambil tangan Eka  lalu digenggam erat.

"Awak ada benci orang tak? "

Soalan Angely membuat wajah Eka berubah, pertanyaan di dalam mindanya semakin bertambah.

"Benci? Tak ada rasanya." Puas Eka berfikir,namun tiada satu punya manusia yang dibenci muncul di daya ingatannya.

Angely melepaskan genggaman tangan mereka,tangannya naik meleraikan simpulan tali purdah yang menutup separuh wajahnya .

Kini wajah Angely dapat dilihat sepenuhnya, tiada lagi kain yang menutup wajahnya.

Perkara itu membuat mata Eka membulat,tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku. Tidak menyangka dirinya akan bertemu dengan wanita itu lagi. Hatinya diterjah dengan pelbagai perasaan. Kecewa,sedih, terkejut,marah ,malu. Semuanya bercampur aduk.

"Eka" Angely kembali mencuba  untuk menyentuh tangan Eka namun Eka menarik tangannya dengan pantas.

Hal itu membuat air mata Angely menitis.

"Ja--jangan sentuh aku!" Eka masih terkejut dengan apa yang terjadi. Dirinya kembali menjauhi Angely.

"Eka ni aku Balqish. Ak--aku nak minta maaf. Please jangan buat aku begini,aku nak kau maafkan aku. Aku tahu aku tak layak untuk terima maaf kau,tapi selagi kau tak maafkan aku. Hati aku tak tenang,setiap hari Eka. Setiap hari aku teringat dosa aku dekat kau. Bahkan mimpi aku turut menghantui aku. Aku mohon Eka." Angely atau lebih dikenali Balqish sudah terduduk di lantai,tapak tangannya dilekatkan anatara satu sama lain sebagai tanda permohonan. Matanya tidak henti-henti merembeskan air mata.

Eka hanya membisu,tidak tahu ingin ungkapkan apa. Benci kah dirinya dengan wanita itu? Tidak,tapi dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

"Eka please jangan diam,kau nak marah aku? Marah Eka! Kau ada hak! Kau nak pukul aku? Pukul! Aku tak kisah, kalau nak banding dengan apa yang aku lakukan dengan kau . Semua tu tak ada apa-apa. Ban--banyak yang aku lakukan terhadap kau Eka. Tolong lah maafkan aku ." Dengan tersedu-sedan Balqish memohon kemaafan daripada Balqish.

"Macam mana kalau aku suruh kau tinggalkan abang aku?"

Tangisan Balqish terhenti, hatinya hancur mendengar permintaan Eka.

"Tinggalkan Syahmie? Kenapa kena kaitkan Syahmie? Tak boleh ke awak minta lain?" Tergagap-gagap Balqish menjawab soalan Eka.

Eka mengukir senyuman sinis,tahu wanita itu akan ragu-ragu menjawab soalannya.

"Kalau hanya itu yang mampu memperoleh  kemaafan aku?" Eka kembali menyoal soalan yang begitu susah untuk Balqish jawab.

Balqish menutup matanya,dadanya berombak perlahan.

Nafas ditarik perlahan,ditahan selama beberapa saat sebelum dilepaskan melalui hidung.

"Tapi kenapa dengan abang awak? Kenapa saya kena lepaskan dia?" Balqish cuba bertanya, hatinya sudah jatuh cinta dengan Syahmie. Personaliti Syahmie yang membuat dia jatuh sayang.

"Aku pelik,Zai yang baru pergi sebulan yang lalu. Kau dah ganti dia? Secepat itu?" Persoalan Balqish dibalas dengan soalan Eka.

Kening Balqish berkerut,tidak faham dengan apa yang disampaikan oleh Eka.

"Apa maksud awak? Ganti Zai? Apa kena mengena dengan Zai?"

Kini giliran Eka pula yang hairan,

"Bukan ka kau isteri Zai? Bukan ka korang kahwin lepas SPM dulu? Dan anak yang kau kandung? Bukan ka anak dia?" Bertubi-tubi soalan diberikan kepada Balqish.

"Tak Eka, semua yang kau bayangkan itu tidak berlaku."



______________________________________

Huh? Mereka tak kahwin? Apa yang berlaku? Jadi Zai masih single la ni?

Tapi Zai mana?

Jawapannya pada bab seterusnya.

Vote Dan comment untuk tahu 🙆🌸

She is Mine ✔Where stories live. Discover now