"Amboi bakal pengantin dah sampai!" Ujar Erah dengan suara yang dilunakkan!!Yang lain bertepuk tangan seperti menanti ketibaan pengantin!
Bukan rakan-rakan Eka shaja yang ada tapi budak bola Baling pun ada sekali.
Eka dan Zai yang baru masuk itu terus terkaku.
Muka masing-masing dah merah,namun kedua-duanya terus berlagak selamba.
"Miss Evil blushing guys!!!" Ujar Kifli dengan kuat sehingga semua yang menonton drama mereka ketawa dan ada yang terlopong!
Jarang boleh nampak Miss Evil blushing ni! Biasanya muka merah pun sebab marah!
Eka terus menutup mukanya lalu berjalan ke mejanya,begitu juga Zai.
Sebaik sahaja Eka dan Zai duduk,soalan seperti peluru yang menembak mereka berdua.
"Korang dah berbaik?" Soal Emi.
"Bukan ke kelmarin korang gaduh?" Ujar Kifli pula.
"Macam mana korang berbaik?" Aulia berkata sambil senyum sinisnya.
"Korang jalan eh kelmarin? " Mai pula menyoal.
"Kau dah siap Add Math?" Soal Erah dengan muka tidak bersalah!
Semua memandang ke arah Erah, iyelah semua orang soal soalan berkaitan relationship Eka dan Zai! Dia pula sibuk menyoal kerja rumah!
Namun tidak bagi Eka! Hatinya girang apabila mendengar soalan Erah!!
"Dah! Amacam, rajin tak aku?" Jawab Eka bersama muka kereknya!
Mereka yang lain terlopong! Eka siap homework weih!! Jarang fenomena ini berlaku!!!
"Ala, kalau aku tak call kau semalam dan ajar kau tak ada maknyanya kau siap homework kau!" Selamba sahaja Zai berkata,tidak dihiraukan panas mentari lagi!! Ehh tu lagu HAHAHAHAH
Zai tidak menghiraukan pandangan maut daripada Eka.
Wouwwww!!!!
Bising kelas dengan suara mereka yang tidak habis mengusik pasangan di hadapan mereka.
"Sampai call- call bak hang!! Aku ship argh relay korang ni!!" Tak habis mereka mengusik Eka.
Di sisi lain......
"Tiba masanya korang akan berpisah!"
******"Kita pergi terus? Tak balik rumah dulu?" Soal Eka yang duduk di tempat penumpang.
"Ah'ah, lagipun aku dah tanya abi dengan umi yang aku bawa kau jalan." Ujar Zai namun matanya masih fokus pada pemandunya, kang tak pasal-pasal masuk longkang tak sempat nak kahwin!!
"Ee tak nak aku keluar guna baju kurung sekolah ni! Malu la kalau orang nampak! Ada nama sekolah lagi! Rosak nama sekolah kita nanti." Eka berkata lalu memandang ke arah Zai.
"Kau dah kenapa pandang aku macam nak makan aku? Ingat aku ni lelaki juga tau!"usik Zai kepada Eka, tidak langsung memaksudkannya.
Muka Eka terus menjadi tomato!!
Eka terus memandang ke luar tingkap dan seperti biasa, dia akan memerhati pergerakan kereta hingga pening. Kalau tak pun dia akan buat muka hodoh dan takutkan budak di kereta sebelah!! HAHAHA
"Iyelah-Iyelah! Nanti kita beli baju dan tukar terus juga dekat situ ok?" Zai menarik perhatian Eka.
Mata Eka membulat!
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Teen FictionPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...