"Zai betul ke apa yang Balqish kata?"Teka Eka kembali."Betul, semua itu salah aku." Jawab Zai tanpa rasa bersalah.
Dia? Sebenarnya masih terkejut dengan apa yang dikhabarkan oleh Eka namun dia saja ingin menyakitkan Hati Eka.
Bagai terkena tamparan besar apabila Eka mendengar jawapan Zai, hatinya hancur berkecai hanya disebabkan lelaki di hadapannya.
"A...aku tak sang...ka!! Aku benci kau Quezairi!"Jerkah Eka dengan wajah yang merah.
"Kau jangan nak tunjuk muka kau depan aku lagi! Anggap jer selama kita kenal ni tak ada apa-apa yang berlaku! Lupakan semua kenangan yang pernah kita cipta! Lastly, I hate you! "Ujar Eka kembali sebelum melangkah pergi meninggalkan Zai seorang diri.
Zai hanya menghantar pemergian Eka dengan mata yang redup.
'Betul ka apa yang aku buat ini?'
×××
"Hada,keluar la. Sehari dah Hada tak makan." Pujuk Mie yang berada di luar.
"Hada kenyang!" Balas Eka kedengaran sayup-sayup dari dalam bilik.
"Kenyang apanya? Dah sehari kut Hada terperap dekat bilik! Keluar cepat sebelum along pecahkan pintu ni!" Ugut Mie, risau akan kesihatan
Huh!
Eka yang berada di dalam mengeluh! Mati selera makannya disebabkan oleh lelaki yang bernama Qeuzairi Emer.
"Along boleh tak bagi Hada masa sedikit ? Hada nak sendiri! " pinta Eka.
Tidak mahu alongnya tahu dirinya sedang menangis, dengan mata yang bengkak.
Memang sah la alongnya tahu kalau nampak keadaanya sekarang.
Bam!
"Kan along dah warning tapi Hada tak dengar." Kata Mie dengan selamba selepas merempuh pintu bilik Eka.
Eka tercengang!
Dengan segera mukanya ditekup dengan bantal kecil.
"Along keluar la!" Pinta Eka.
Mie yang melihat perilaku adiknya itu segera menarik bantal yang ditekup ke mukanya.
"Kenapa mata Hada bengkak ni?"Soal Mie dengan prihatin.
Eka menundukkan kepalanya, mengelak daripada alongnya melihat wajahnya.
"Ermm... ermmmm... Ha! Hada nonton drama korea tadi! Nangis kuat sangat samping mata bengkak ni ha!" Bohong Eka,
Logik ke? Ala logik la tu!
"Hada jangan nak tipu ehh! Hada mana nonton drama korea petang-petang ni, Hada kan selalu nonton masa malam. Tak feel la kalau nonton petang katanya! " Ujar Mie bersama senyum sinis,
Agak-agak ler nak menipu adik oi!!
"Ermm..erm.."
"Ni mesti pasal Zai kan?"teka Mie lalu duduk di dekat Eka.
Eka tidak menjawab sebaliknya menundukkan kepala. Hatinya kembali sakit apabila mendengar nama si dia!
Kolah air kembali terbentuk di mata,tunggu masa saja untuk jatuh.
"Dah, kalau nak nangis. Nangis jer. Lepas semuanya, meh along peluk!" Pujuk Mie lalu mendakap tubuh Eka.
Maka keluar la air mata Miss Evil hanya kerana lelaki yang dicintai.
'Kau janji akan jaga adik aku Zai! Tapi sekarang kau buat adik aku nangis!' Bisik hati Mie dengan nada marah.
"Along kenapa Zai buat Hada macam ni? Hada tak pernah curang dalam hubungan kami,tak pernah buat masalah. Tapi kenapa Zai buat Hada macam ni?" Rengek Eka dalam tangisannya, dada Mie menjadi sasaran penumbuk kecilnya melepaskan amarah.
"Shutt! Hada mungkin Allah dah rancang baik semua. Mungkin Allah tengah cemburu dengan Zai sebab Hada lebih sayangkan Zai daripada Allah.Mungkin Allah nak kan perhatian Hada."ujar Mie dengan tenang.Namun cukup membuat tangisan Eka terhenti.
Hati Eka tersentak!
'Khilafnya aku, aku lebihkan manusia daripada Allah. Sedangkan Allah itu pencipta ku! Hitam kah hati ini? Sehingga tidak sedar cintaku kepadaNya berkurang? Huh!' Bisik hati kecil Eka.
Kepala diangkat, mendongak melihat wajah Mie.
"Along berdosanya Hada!" Kata Eka dengan wajah yang merah,malu dengan Allah.
"Taubat Hada, Allah itu maha pemurah! Maha pengampun! Semua orang buat dosa Hada tapi yang membezakan mereka ialah taubat. Tak semua yang buat dosa akan bertaubat." Ujar Mie dengan lembut lalu mengusap kepala adiknya.
"Allah mesti marah dekat Hada kan?" Soal Eka dengan wajah yang menunjukkan dia menginginkan jawapan dengan segera.
"Mungkin tapi sebab Allah sayanglah, Allah tegur Hada dengan cara ini. Mungkin dengan ini,Hada akan lebih dekat denganNya." Balas Mie lalu kembali mendakap tubuh Eka dengan Erat sekan memberi semangat.
"Dah,jom turun makan. Umi ada masak nasi lemak sambal sotong tu." Ajak Mie.
Mata Eka bersinar, nasi lemak sambal sotong?! Kecur air liur mendengarnya.
"Nak!!" Ujar Eka dengan ceria.
Namun muka Eka kembali murum apabila teringat keadaannya sekarang.
"Tapi....."
"Tapi apa Hada?" Soal Mie dengan muka tertanya-tanya.
"Mata Hada bengkak! Nanti Umi tahu la yang Hada baru nangis." Jawab Eka dengan lemah.
"Tak pa, along ambilkan bawa naik pergi sini ya. Makan dalam bilik jer." Mie dengan lembut dan mengusap kepala Eka sebelum melangkah keluar.
"Along!" panggil Eka.
Mie yang melangkah ke luar terus berpaling memandang ke arah Eka.
"Apa?" Soal Mie.
"Sayang along!" Jawab Eka dengan laju ditambah dengan flying kiss.
"Kau dah kenapa Hada?" Soal Mie dengan muka menyampah.
"Ish! Along ni! Kita nak manja-manja pun tak boleh. Tak pa nanti Hada sayang abang jer." Kata Eka seakan berjauh hati dengan Mie.
"Ye lah, pergi dekat abang kesayangan Hada. Siapalah along ni?" Ujar Mie dengan muka seposen!
Eka ketawa melihat perangai alongnya itu.
Dengan kadar segera, Eka memeluk badan Mie dengan ketat.
"Alololo, along janganlah merajuk! Nanti lekas tua,kang tak laku! Hada tak tahu. " usik Eka lalu mencubit-cubit pipi Mie.
"Tak nak kawan dengan Hada!"
Sementara...
Encik Hanafie dan Puan Firdahayu yang dari tadi memerhati adik beradik itu tersenyum gembira..
"Fir jaga anak-anak nanti dengan baik ye kalau abang dah tak ada. Abang nak Hada kahwin dengan budak yang hafaz al-quran dan soleh budaknya. Abang tak nak Hada sakit macam ni terus."ujar Encik Hanafie yang duduk di kerusi roda dengan nada yang sedih.
"Asal abang cakap macam tu? Kita akan sama-sama jaga anak kita. Abang nanti yang akan jadi wali bila Hada kahwin. Abang dan Fir akan sama-sama saksikan perkahwinan anak-anak kita."balas Puan Firdahayu lalu mengusap belakang suaminya itu.
____________________________________
Done!!!
Baru ada masa nak update!!
Jangan lupa vote 😘
Bye..
Selamat hari raya ♥
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Teen FictionPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...