Keadaan di dalam bilik mesyuarat itu terasa amat tegang, semuanya mendiamkan diri tatkala melihat perlawanan mata diantara kedua inspektor itu.
Masing-masing tidak mahu mengalah, tetap mahu berlawan antara satu sama lain.
Aura dalam bilik tersebut pula terasa menyeramkan sehingga semua yang berada di dalam bilik itu hanya mendiamkan diri.
"Sampai bila korang nak bertatap antara satu sama lain ni? " Akhirnya setelah beberapa minit Tuan Ishak menyuarakan soalan.
Kelihatan kedua-dua inspektor itu tersedar lalu menundukkan kepala mereka kerana malu.
"Maafkan saya Sir." Eka memohon maaf kepada Tuan Ishak kerana kelalaiannya. Mukanya menjadi merah kerana perasaan malu.
"Boleh kita mulakan? " soal Tuan Ishak.
Semuanya menganggukkan kepala.
"Baiklah, seperti yang telah kita ketahui misi kita sekarang berkaitan dengan penculikan kanak-kanak. Saya difahamkan bahawa Syarikat Mega ingin menghantar dua orang inspektor untuk membantu pihak kami. " jeda Tuan Ishak sambil matanya memandang dua orang inspektor lelaki itu.
"Baiklah mari kita berkenalan dengan dua orang inspektor ini. Sila perkenalkan diri kalian. " arah Tuan Ishak.
Lelaki yang segak itu berdiri dengan penuh keyakinan.
"Assalamualaikum, saya Syed Izz Helmin. Panggil Izz sahaja." Dengan tenang lelaki itu memperkenalkan diri.
Eka tersentak mendengar ayat yang dilantunkan oleh lelaki yang bernama Izz itu.
"Izz? Smk Sri Jaya?" soal Eka tanpa menghiraukan orang sekeliling.
"Ya,macam mana kenal saya?" bertaut kening Izzat memikirkan siapakah wanita dihadapannya itu.
"Saya Syazalieka Shada ,panggil saya Syazalieka ."
Terlopong Izz mendengarnya.
"Eka?"
Eka hanya menganggukkan kepalanya dengan senyuman.
"Saya Qeuzairi Emir dari syarikat Diamond. Boleh panggil saya Zai." Zai memotong perbualan antara Izz dan Eka.
Cemburu mungkin ?!
"Baiklah semuanya sudah memperkenalkan diri masing-masing. Rasanya boleh la kita mulakan perbincangan kita tentang kes penculikan itu" Tuan Ishak memulakan perbincangan.
Semuanya menganggukan kepala tanda setuju dengan apa yang dikatakan oleh Tuan Ishak.
"Sebenarnya misi kita akan disertai oleh dua orang inspektor daripada Syarikat Diamond kerana anak kepada Ceo syarikat itu merupakan salah satu kanak-kanak yang diculik. Oleh sebab itu, Ceo syarikat itu nak sangat kita berkerjasama." jelas Tuan Ishak kepada semuanya agar semuanya sedia maklum.
Eka menganggukkan kepalanya,tangannya tidak tinggal diam. Buku nota yang dibawa bersama di isi dengan maklumat penting .
"Jadi bagaimana plan yang akan kita jalankan?" soal Zai dengan penuh berkarisma. Daripada raut wajahnya , dapat dilihat bahawa dia sedang serius.
"Begini plan kita akan bermula dengan................."
*****
Setelah dua jam,perbincangan itu berakhir.
Eka merenggangkan badannya. Penat duduk selama berjam-jam di kerusi itu
Matanya memandang dua orang lelaki yang dahulunya merupakan sahabatnya namun kini?
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Novela JuvenilPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...