"Kau masih marah dekat aku ke?"
Eka hanya berdiam diri apabila disoal.
Sudah 20 minit mereka berdiam dan akhirnya Zai yang memilih untuk memecahkan kesunyian di antara mereka.
"Dah la Zai, aku nak balik." Ujar Eka dengan dingin. Sebenarnya diri sudah tidak marah namun Ego! Ya,Ego yang menahan dirinya daripada memaafkan Zai. Walaupun hatinya turut merindui suara, senyuman dan segalanya tentang Zai.
Eka akhirnya meninggalkan Zai seorang diri di taman itu. Hancur lebur hati Zai apabila di layan dingin sebegitu.
'Tak pa, mungkin dia perlukan masa lagi.' Pujuk hati Zai.
******
"Hada jam 6 nanti bersiap ye, kita pergi rumah kak Kirana." Pesan Fie kepada Eka apabila Eka mulai melangkah naik ke atas biliknya.
"Ok, Hada naik dulu." Kata Eka lalu meneruskan langkahnya.
Sebaik sahaja sampai di dalam bilik, tubuh direbahkan di atas katil.
Otak terus menerus memikirkan lelaki yang bernama Qeuzairi! Lelaki yang berjaya menambat hatinya.
Namun,hubungan mereka dingin sedangkan baru sahaja melangkah dalam dunia cinta ini.
Lamunan Eka terganggu sebaik sahaja telinganya disapa dengan bunyi deringan telefon miliknya.
'Erah? Kenapa dia telefon ye?'
Punat berwarna hijau di sorong ke kanan.
"Assalamualaikum "
"Waalaikusalam."
"Kenapa kau call ni?" Soal Eka.
"Aku nak call pun tak boleh ke? Atau ganggu kau dengan Zai?" Usik Erah.
Muka Eka berubah apabila mendengar nama Zai.
"Jangan sebut nama dia." Balas Eka dengan nada dingin.
"Kenapa? Korang tak baik lagi ke?"
"Sebab dia kita gaduh tau tak? Aku tak boleh la nak dengar nama dia." Mulut kata lain hati pula kata lain. Itulah Eka.
"Ye,aku tahu tapi kalau kau nak tahu dia jugalah yang sudah satukan kita lagi."
"Maksud kau? Aku tak faham!"
"Kau tahu tak? Pagi tadi dia jumpa kitaorang sebab nak jelaskan semunya. Aku dapat nampak keikhlasan dia dekat kau. Dia sedarkan kita orang tentang peranan sahabat tau tak? Dan kau still nak salahkan dia? Kau pun tahu kan dia tak sengaja post video tu?!"
Eka yang mendengar diserbu dengan perasaan serba salah. Malu dengan diri yang tidak boleh menilai dari sudut positif.
"Oklah Eka, aku cuma nak cakap Esok guna baju sukan sebab kita nak bergotong royong. Aku harap kau rendahkan Ego kau, ingat jangan disebabkan Ego kau menyesal di belakang. Assalamualaikum. "
"Wa'alaikum salam."
Eka merasa seperti ada batu besar yang menghempap dirinya.
Nombor telefon milik Zai ditekan, dia ingin menyelesaikan segalanya.
Namun hampa apabila panggilan tidak di angkat.
Eka tidak berputus asa, dia terus menerus mendail nombor itu.
Hasilnya,masih sama.
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Teen FictionPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...