Bab 16

2.6K 84 2
                                    

"Liyah! Kau dah siap kerja rumah yang Cikgu Shima bagi?" Soal Eka dengan nada yang cemas.

Senyum sinis terukir di bibir Liyah.

"Kau ni Eka bila nak berubah? Asyik nak tiru aku jer kerja. SPM dah dekat tau tak? Macam mana kau nak tahu! Nanti kau nak jawab SPM macam mana?!........."

"Aku tanya satu soalan tapi kau jawab banyak! Janganlah membebel sekarang, aku perlu jasamu. Please!!" rayu Eka,bebelan Liyah dipotong akibat tidak tahan telinga mendengarnya. Mahu cair taik telinga? Euww geli😂 . Bukan dia sengaja tak buat tapi semalam dia.......

Aihh tak payalah cerita. Bikin sakit hati adalah.

"Nah! Kau ni berubahlah."Liyah Menghulurkan buku latihannya dan  sempat Liyah memberi kata-kata.

Eka dengan senyum mengambil dan meng copy paste hasil kerja Liyah.

Orang yang bersengkang mata  hanya disebabkan  buat kerja rumah tapi dia senang-senang jer ambil dan copy paste.

Keenam-enam rakannya hanya menggelengkan kepala.Pening dengan perangai Eka yang selalu tak siap kerja tapi tetap pandai.

10 minit kemudian........

"Terima kasih Liyah! Sayang kau ketat- ketat. Jasamu akan ku kenang,muahh!" Eka tersenyum riang kerana kerja rumah dah siap.

"Iye sama-sama pemalas!" Liyah membuat muka menyampah dengan Eka.

Eka terus memeluk Liyah dan mencium pipi Liyah, habis cuak muka Liyah apabila di cium sebegitu.

"Erghhh! Eka kau curi first kiss aku!" bergema suara Liyah di kelas waktu itu.

Krik! Krik!

Semua pelajar memandang ke arah mereka dengan pandangan pelik. Ha! Pelik sebab Liyah kata si Eka tu curi first kiss dia,mulalah fikiran yang bukan-bukan.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH" Keenam-enam mereka ketawa terbahak-bahak. Liyah sudah menutup mukanya yang kian memerah. Malu.

Semua pelajar di situ tercenggang! Pelik dengan apa yang berlaku?

"Dah-dah korang semua tak payah nak buat muka blur macam tu. Si Eka tu bukan kiss bibir si Liyah pun! Dia kiss pipi Liyah jer. Tak payah nak mengumpat ehh! Korang tahulah kan kalau aku dapat tahu korang umpat kami." penjelasan ditambah amaran Aulia sampaikan. Mukanya tidaklah tegang tapi nampak dari matanya menyatakan bahawa apa yang dikatakan tadi itu amaran.

Semua pelajar sudah membuat hal masing-masing.

Separuh sudah keluar ke kantin,ingin mengisi perut.

"Kau la ni Liyah. Ada ke patut pergi cakap macam tu! Dah lah kuat-kuat,nanti lain pula yang difikirkan oleh orang lain." marah Erah. Tahu sangat dengan perangai pelajar Smk Sri Jaya yang kuat menyebarkan gosip.

"Iyelah Erah. Sorry, ni ha si Eka kalau tak diciumnya pipi aku ni tak ada maknanya aku nak terpekik macam tadi." Liyah membela diri dan menyalahkan Eka.

"Aku pula? Dah jomlah pergi rehat,aku nak makan ni." Eka mengaja kawannya pergi ke kantin. Perut dari tadi duk berdansa entah lagu apa yang bermain di perut pun tak tahu.

"Jom! Aku lapar!" pekik Mai.

"Kalau lapar pun jagalah sikit perangai tu. Jangan terpekik terlolong kat situ. Kau tu perempuan, kena ada perasaan malu yang tinggi." HA ambil kau! Ustazah Emi dah buka mulut.

Semua sudah menutup mulut takut bunyi ketawa mereka kedengaran, Mai pula hanya tersengih. Dah masak dengan perangai Emi yang seperti Ustazah dah lah ayu, sopan santun lagi. Siapa nak jadikan menantu boleh DM sis 😂

She is Mine ✔Where stories live. Discover now