Bab 69

1.7K 69 5
                                    


"Kenapa dengan abi?" Soal Eka yang baru sahaja tiba di hospital.

Fie,Kirana, Mie dan Puan Firdahayu kelihatan amat kusut tika itu.

"Abi...abi.." Fie seakan-akan tidak mampu membuka mulut untuk berkata apa yang berlaku kepada Abinya.

"Ada orang yang masukkan racun dalam badan abi menggunakan suntik ketika Along tengah nak solat." Jawab Mie dengan perlahan. Muka ditekup dengan tapak tangan tanda dirinya rasa bersalah dan punca hal ini berlaku.

Eka terkejut sebaik sahaja mendengar apa yang dikatakan oleh Mie.

"Ke..kenapa mereka ra..racun abi?" Soal Eka tergagap-gagap. Otaknya tidak dapat mencernah segalanya yang baru berlaku itu. Dirinya baru sahaja bebas daripada spm namun dikejutkan dengan khabar yang tidak bagus ini.

"Hada tahu tak....."

Prak!

Kata-kata Mie terputus apabila melihat pintu wad Encik Hanafie dibuka.

"Macam mana keadaan abi saya?" Eka dengan pantas bertanya kepada doktor yang keluar dari wad Abinya

"Maafkan saya, kami dah berusaha semaksima mungkin. Sekarang beliau   dalam keadaan nazak. Rasanya bolehlah kalian semua masuk dan melihat beliau. "

Kata-kata doktor itu membuat semuanya terpaku, tidak menyangka perkara ini kan berlaku.

Eka,Fie dan Mie bergegas masuk ke dalam wad,kelihatan seorang insan yang amat mereka sayangi sedang berperang dengan rasa sakit sakaratulmaut.

Air mata tidak berhenti mengalir di pipi.

Eka terus menerpa ke arah Encik Hanafie, bahu Abinya digoncang- goncang.

"Abi bangun ! Tsk! Tsk! Abi bangunlah! Hada dah habis jawab kertas spm ni. Abi..........." akhirnya Eka kalah dengan rasa hibanya. Bibir sudah tidak mampu mengungkapkan kata-kata , hanya air mata menjadi bukti kesakitan yang dirasainya sekarang.

Mie bergerak ke sebelah kanan Encik Hanafie, air mata dikesat.

"Assalamualikum abi, ni along. Abi, along harap abi maafkan semua dosa kitaorang dekat abi ya. " kata-kata Mie terhenti kerana tidak mampu untuk menyambungnya.

Namun dirinya digahkan juga.

"Abi mengucap,ingat Allah abi. Mengucap abi." Mie berbisik perlahan di telinga Encik Hanafie. Dia tahu ketika itu pasti sudah ramai syaitan yang berada di sebelah Abinya untuk menyesatkan abinya, disebabkan itulah dia terus- menerus membisikkan kalimah Allah di telinga Abinya.

Puan Firdahayu menangis teresak-esak dalam pelukan menantunya,Kirana. Sayu hatinya melihat insan yang dicintainya akan meninggalkan  dia dulu sebelum dirinya.

"A...Allah" perlahan sahaja kedengaran suara Emcik Hanafie menyebut nama Allah.

"Abi,ikut apa along ucap ya." Mie terkejut apabila mendengar suara Abinya, dan kesempatan itu diambil untuk membuat Abinya mengucap sebelum pergi meninggalkannya.

"Lailahaillallah " bisik Mie di telinga Encik Hanafie.

Namun hampa, Encik Hanafie tidak membalasnya.

Mie tidak berputus asa.

"Lailaha..." Mie cuba membimbing Abinya .

"La...ila..ha" sayup-sayup kedengaran suara Encik Hanafie menyambut kalimat tersebut.

Senyuman mulai terukir dibibir Mie,

"illallah" sambung Mie lagi.

"ill..allah "

She is Mine ✔Where stories live. Discover now