"Papa!"
Serentak Irsyah dan Irdina menjerit lalu memeluk kaki lelaki yang digelar 'papa' itu.
"Hati-hati Irsyah,Irdina! Nanti jatuh! " pekik Eka yang baru keluar dari bilik itu.
"Rindu papa tak? " soal lelaki itu yang sedang melutut untuk menyamai paras tinggi dua kembar itu.
"Indu,papa ada adia tak?" Soal Irsyah dengan bersungguh-sungguh. (Rindu,papa ada hadiah tak?)
"Mestilah ada,kan papa dah janji." Jawab lelaki itu lalu mengeluarkan patung panda daripada beg sandang miliknya.
" Adik unya ana?" Soal Irdina pula,sedih apabila melihat hanya Irsyah yang diberikan patung . (Adik punya mana?)
"Alololo, ni na adik punya. Dah mari peluk papa, papa rindu la." Kata lelaki itu lalu mendepakan tangannya.
"Ami pun indu papa." Kata si kembar lalu berlari masuk ke dalam dakapan 'papa'.(kami pun rindu papa)
Eka yang melihat hanya menggeleng kepala, huh manjakan sangat budak dia orang tu.
"Awal along balik, bukannya along kata esok ke baru balik?" Soal Eka.
"Kerja along awal siap, along balik la. Malas la nak duduk lama kat sana bukannya ada apa-apa pun. " luah Mie.
"Manjakan sangat budak dua ni, nanti terbiasa habislah abang dengan kak kirana nak belikan patung terus. " ujar Eka sambil melihat Irsyah dan Irdina yang sedang bermain dengan patung panda itu.
"Ala bukan orang lain pun, anak buah along." Mie hanya menunjukkan muka tak bersalah lalu melangkah naik ke atas.
'Nak tidur la tu! Penat sangat kut pergi drive dari Johor pergi sini.' Bisik hati Eka.
Telefon milik Eka berdering menandakan ada panggilan masuk.
'Abang'
"Kakak,adik meh sini.Daddy video call ni." Eka memanggil dua kembar itu yang sedang sibuk dengan patungnya.
Punat hijau disorong,
Maka terpampang wajah Fie dan Kirana pada skrin telefon Eka.
"Daddy,mummy! " panggil Irsyah.
"Assalamualikum kakak,adik. Dah makan ke? Mama dera korang ke?" Soal Fie kepada si kembar.
"Dah akan! Ana ada mama era ami! " Irsyah berkata dengan mimik muka yang marah kerana mamanya difitnah.(Dah makan! Mana ada mama dera kami!"
"Tah abang ni. Syukur tau Hada jaga budak dua ni." Eka pula seakan-akan melenting apabila mendengar kata-kata abangnya itu.
"Amboii semua ni nak merajuk kenapa? Irdina? Kenapa diam?" Ujar Fie, risau melihat si adik hanya berdiam.
"Tsk! Adik indu daddy gan mummy." Kata Irdina diselangi dengan sedu.(Tsk! Adik rindu daddy dengan mummy.)
"Ala, adik janganlah nangis. Daddy dengan mummy pergi sini kan nak carikan kakak dengan adik duit. Nak pergi jumpa olaf kan?" Pujuk Fie kepada si kembar itu.
"Api,adik indu." Perlahan sahaja suara Irdina berkata.
"Dah, Irdina kan ada mama. Tak mau sedih-sedih." Pujuk Eka.
"Oklah Hada, abang dengan kak Kirana nak pergi makan ni. Tolong tengokkan budak dua orang tu ya. Maaf tau abang susahkan Hada. Nanti pulang Hada minta la apa pun, nanti abang bagi." Pesan Fie kapada Eka.
"Betul eh? Hada tuntut nanti tau!" Dengan riang suara Eka menjawab.
Amboi! Tak ikhlas langsung!
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Teen FictionPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...