"Kenapa berdiri kat luar ni?"suara itu mengejutkan Zai yang sedang berdiri itu.
"Tak de Mak Mun, gembira saya dengan perubahan mummy sekarang."jelas Zai kepada Mak Mun namun matanya tidak lari daripada menatap wajah wanita yang amat dicintai.
"Kalau macam tu,Mak Mun turun dulu nak masak."pamit Mak Mun lalu melangkah meninggalkan Zai sendiri.
Pemergian Mak Mun hanya dihantar dengan pandangan,kemudian kaki melangkah ke biliknya.
Zai mengambil keputusan untuk menyegarkan dirinya yang melekit dengan peluh itu.
Seusai menunaikan solat Asar,Zai merebahkan diri di katil empuknya.
'Milda,Emer rindu dekat Milda.'
Setelah mengungkapkan ayat itu,mata Zai mulai layu dan akhirnya memasuki alam mimpi.
******
Eka yang sudah siap berpakaian itu terus melihat pantulan dirinya pada cermin.
Baju lenggan panjang berwarna biru dipadankan dengan skirt labuh berwarna PINK!!
Baju ni mummy yang bagi,katanya baju Milda. Kata mummy,setiap kali keluar membeli baju untuk Lis kekadang dirinya akan membeli sepasang dua baju untuk Milda walaupun Milda sudah tiada.
'Kalau aku ada baju lain dah lama aku ganti,tapi??? Tak ada!!' rengek hati Eka dengan perasaan tidak puas hati.
Rambutnya diikat kemas dan akhirnya mengambil keputusan untuk keluar,malu juga mengingati dirinya menumpang tetapi seperti ma'am besar pula.
Ting!
Lif terbuka...
Baru saja ingin melangkah memasuki lif, Datin Effah yang berada di dalam lif itu terkejut melihat Eka.
"Nak ke mana Milda?"soal Datin Effah.
"Nak turun bawa nak bantu apa yang patut."jawab Eka lalu tersengih panjang.
"Dah tak perlu, mari kita pergi surau solat sama-sama."ajak Datin Effah lalu memaut lenggan Eka.
'Adui dah lama aku tak solat ni.'keluh hati Eka.
Pintu berwarna hijau muda itu di buka,kelihatan Zai dan Dato Othman sudah duduk di atas sejadah dan mengalunkan surat cinta dari Allah iaitu Al-quran.
Sungguh merdu alunan suara Zai, sehingga membuat hati Eka pilu kerana malu dengan pencipta.
"Milda kenapa tercengat kat situ? Meh kita ambil Wudhu."panggil Datin Effah yang sudah melangkah ingin memasuku ruang wudhu.
Panggilan Datin Effah itu membuatkan Zai berpaling memandang Eka.
Bagai terpukau melihat Eka dengan berpakaian sopan begitu,benar Eka kelihatan ayu berbanding sebelum ini.
Kerana perasaan malu diperhatikan,Eka melangkah mengambil Wudhu.
"Usolli............"
******
"Amin."
Solat yang diimamkan oleh Zai itu membuat hati Eka tersentuh.
Bacaan Zai amat baik dengan tajwid yang benar membuat Eka malu.
Dia mengenal huruf-huruf al-quran namun tidak mengenal tajwid dengan baik.
Eka mengucup tangan Datin Effah dengan penuh perasaan.
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Teen FictionPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...