POV EKA
"Hada!"terdengar suara memanggil namaku.
"Hada!"
Umi! Tu suara Umi!
"Umi kat mana?!"Pekikku dengan kuat manakala mataku mencari kelibatan Umi.
"Hada!" kini suara Abi pula kedengaran.
"Abi dekat mana? Janganlah takutkan Hada!" Aku juga tidak tahu aku berada di mana.
Mataku hanya dapat melihat pemandangan yang dipenuhi dengan asap tebal sehingga pandangan terbatas.
Panas!
Sangat panas dan tidak terasa pun angin yang berterbangan.
Kakiku terus melangkah sehingga aku melihat sekujur tubuh yang membelakangi aku. Dari tubuhnya aku tahu itu Abi.
"Abi? Kenapa kita kat sini? Umi mana?" kataku dan mula mendekati Abi.
Namun langkahku terhenti apabila Abi memalingkan badannya.
Kelihatan mata abi merah dan tangan abi digari dengan besi yang membara. Tangan abi menjadi merah kerana terkena besi itu.
Aku berlari ke arah Abi dan ingin menyentuh abi namun gagal.
Mataku mula bergenang, hatiku tertanya-tanya kenapa dan siapa yang buat abi macam ni.
"Abi siapa buat abi macam ni?"soalku kepada Abi yang menangis namun tidak kedengaran suara tangisannya.
Mata abi yang merah itu memandang tepat kepadaku.
"Hada! Hada yang buat abi macam ni, please Hada hanya Hada yang boleh buka gari besi ni." Abi merayu kepadaku dan matanya terus mengeluarkan air mata.
Aku terpinga-pinga,
'Aku? Apa yang aku buat?' hatiku berteka teki sendiri.
"Hada? Hada tak tahu apa yang Hada buat sampai abi digari sebegini. Abi Hada minta maaf! Bukan Hada yang buat."tagisanku mengila kerana hatiku sakit bila melihat abi yang menderita disebabkan aku namun aku tidak tahu kenapa penyebabnya aku?!!
"Hada!"
Aku terkejut apabila mendengar namaku dipanggil oleh Umi.
Aku memalingkan mukaku dan mencari dari mana datangnya suara itu.
Angin kencang bertiup sehingga membuat awan yang tebal tadi hilang dan membuat mataku menangkap bayangan.
Kelihatan Umi sedang duduk dengan lulut dipeluk.
"Umi!" aku jurus berlari selepas memanggil umi.
Umi pula tiada gari pada tangannya namun kaki umi! Kaki umi dirantai dengan besi yang berbara.
Apa semua ini?!
"Umi, kenapa Umi dirantai macam ni?"soalku kepada Umi.
Umi dari tadi menangis teresak-esak dan tangannya bersusah paya membuka rantai itu.
"Semuanya sebab Hada. Hada umi merayu dekat Hada, tolonglah berubah! Umi dan abi dah tak sanggup tanggung kesalahan Hada." jawapan umi membuat aku terlopong!
'Aku? Apa sebenarnya yang umi nak sampaikan?' otakku bagai nak pecah kerana pening memikirnya kesalahn yang aku lakukan sehingga Umi dan Abi disiksa sebegitu.
Pang!!
Pang!!Terdengar suara libasan yang kuat sehingga membingitkan telingaku.
"Sakit!"
"Sakit"
Air mataku semakin laju mengalir seperti air hujan.
Umi dan Abi disebat di depan mataku.
Dan aku?
Penyebabnya!!!!
"Umi kenapa ni?? Abi??? Jawablah!" rintihku dengan kuat dan akhirnya aku terduduk di pasir yang panas.
"Kau tanya kenapa?" bukan Umi mahupun Abi tapi terdengar suara yang besar dan garau menjawb soalanku.
Aku mencari punca suara itu namun hampa! Tiada orang lain selain aku, Umi dan Abi.
"Ya kenapa? Aku tidak tahu kenapa umi dan abi yang disiksa atas kesalahanku?" soalku lagi.
"Kau lihat dirimu! Adakah sempurna menutupi aurat seorang perempuan? Solat? Adakah sempurna? ?" jawabnya dengan lantang!
Bagai ada batu besar yang menghempap badanku!
'Hanya disebabkan kesalahanku? Umi dan Abi yang kena siksa?' rintihku lagi.
Sebaik sahaja ingin melihat umi dan abi, hati menjadi takut.
Umi dan Abi melangkah meninggalkanku dengan mata yang masih menangis.
Aku cuba mengejar mereka namun kakiku tidak dapat melangkah bagai di gam dengan kuat.
"Umi! Abi! Janganlah tinggalkan Hada! Hada janji Hada akan tutup aurat Hada macam yang Umi suruh! Abi! Hada janji akan solat dan tak akan mengeluh lagi kalau Abi arah Hada solat."rintihku agar Umi dan Abi berhenti namun kata-kataku seperti angin yang lalu.
Sakali lagi angin kencang bertiupan dan membuat awan tebal kembali seperti tadi!
Umi dan Abi sudah hilang!
Umi!!!!!
Abi!!!!!!
Aku tersedar apabila bahuku digoncang kuat.
Kelopak mata ku buka dan melihat siapa yang membangunkanku daripada mimpi ngeri itu.
Iya! Semuanya mimpi!
"Kenapa ni Hada? Meracau panggil Umi dan Abi.?"soal abangku dengan muka yang cemas.
"Umi dan Abi tadi kena siksa!" jawabku dengan air mata yang mengalir deras.
"Umi dan Abi tu ada jer, dah tadi tu mimpi jer!" tubuhku ditarik masuk dalam dakapan abang.
'Aku akan berubah!'
******
"Assalamualikum warahmatullah, assalamualikum warahmatullah "
Tanganku tada dan mendongak,
"Ya Allah, Engkau sedarkanlah kedua ibubapaku. Janganlah Engkau siksa mereka atas kesalahanku,sesungguhnya mereka telah mendidiku dengan baik namun diri ini yang degil. Syukur Ya Allah, Engkau memberi hidayah kepadaku untuk menutup aurat dan mendalami agamaku semula sebelum Engkau mencabut nyawaku. Ya Allah Engkau permudahkanlah penghijrahanku ini,Engkau bantulah aku dalam menghadapi liku-liku hijrah Ya Allah. Tariklah sakit Umi dan Abiku Ya Allah, Engkau maha pemurah lagi maha penyayang,Engkau makbulkan doaku ini. Amin" air mata tidak pernah kering daripada terus mengalir di pipiku, mengenang dosa yang telah aku lakukan membuat aku rasa jijik dengan diriku sendiri.
Malu!
Malu dengan Allah sangat menebal, Di saat senang? DIA aku lupakan dan sekarang? Baru meningatnya?!
'Permudahkanlah segalanya'
____________________________________
Eka dah mula berhijrah? Anda bila lagi😂hahahahah memain jer
Keep reading🌸
Vote💋
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Teen FictionPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...