"Hada kalau macam ni bilanya nak belajar? Asyik usik abi jer." Sindir Encik Hanafie apabila mulai jemu dengan usikan Eka."Ala abi, otak Hada ni dah tepu dengan ilmu, tau tak? Bagilah Hada nak relax sikit."jawab Eka diselangi dengan muka yang sengaja dicomelkan. Mata dibulatkan,pipi dikembungkan dan mulut yang dimuncungkan.
"Kamu ni ada aje alasan dia. Hada dan solat ke?" Soal Encik Hanafie.
"Hehehehe." Jawab Eka dengan senyuman panjang sebagai jawapan.
Encik Hanafie menggelengkan kepalanya, terhibur dengan telatah Eka.
"Dah pergi solat. Ish,nanti kalau abi dah tak ada. Siapa yang nak ingatkan kamu ni?" Ujar Encik Hanafie perlahan namun sempat didengar oleh Eka.
Muka Eka berubah keruh,
"Kenapa abi cakap macam tu? Tak elok la abi. Abi kan kuat,abi tak kan tinggalkan Hada kan? " tangan Encik Hanafie digenggam erat. Air mata mengalir di pipi.
"Dah, abi minta maaf. " Encik Hanafie memeluk tubuh anak gadisnya itu dengan erat.
"Hada pergi solat sekarang. Dah jam berapa ni." Kata Encik Hanafie.
"Tak nak, nanti abi tinggalkan Hada." Eka membantah arahan Encik Hanafie.
"Ok, Hada solat dekat sini jer la. Pergi ambil wudhuk, abi janji tak pergi mana-mana. " pujuk Encik Hanafie.
Eka akhirnya menganggukkan kepalanya, air mata dikesat.
"Janji tau?"
"Janji"
Eka terus masuk ke dalam tandas untuk mengambil wudhuk.
******
Sinaran mentari yang masuk melalui celah-celah tingkap bilik membuat matanya tercelik.
Jam yang ada di dinding di pandang.
Jam 5
Badan bangun meninggalkan katil dan terus mandi.
Setelah itu, baju seragam sekolah disarungkan di badan kemudian telekung yang berwarna putih pula diambil untuk menunaikan solat subuh.
Solat dilaksanakan.
"Ya Allah, Ya Tuhanku. Hari ini merupakan hari terbesar buatku dan semua insan yang bergelar pelajar tingkatan lima. Hamba mohon semoga engkau akan permudahkan kami menjawab semua soalan dengan senang .Kau ingatkan lah kembali segala yang telah kami pelajari sebelum ini. Engkau tenangkan lah hati kami. Ya Allah Hamba mohon. Engkau maha pemurah lagi maha pengasihani. Amin" tapak tangan diusap ke wajah dengan perlahan.
Seusai solat, Eka melangkah ke luar bilik. Kakinya perlahan-lahan menuri tangga.
Kelihatan umi,along dan abang bersama kak Kiarana berada di meja makan.
"Assalamualikum. " Eka memberikan salam.
"Waalaikumsalam, meh sini makan." Ujar Puan Firdahayu.
Pinggan yang penuh dengan nasi goreng, ayam goreng itu dipandang.
'Kalau abi ada,mesti abi akan bagi Hada dua ketul ayam. ' sayu sahaja hati Eka berbisik.
"Makanlah, kejap lagi kita gerak." Kata Puan Firdahayu.
Eka mengukir senyuman dan mulai.menyuap nasi ke dalam mulut.
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Novela JuvenilPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...