Keluhan demi keluhan yang keluar dari mulut Eka. Sudah habis akal dibuatnya memikirkan kes penculikan anak buahnya.Sudah tiga hari berlalu, namun tiada satupun petunjuk yang mereka terima. Yang lebih menyulitkan mereka ialah apabila tadika tersebut mempunyai CCTV namun rakaman pada hari kejadian tersebut hilang begitu sahaja.
"Asal rakaman pada hari tu sahaja yang hilang? " Hazrul pula mulai berteka teki.
"Sebab dorang lupa kut nak rakam "
Eka memandang Hazrul dengan 'baik kau diam'.
Hazrul hanya menayangkan sengihan tidak bersalah kemudian melabuhkan kepalanya di atas meja.
"Macam mana kita nak kesan penculik tu"
"Baik kau diam Hazrul, kepala aku dah cukup pening ni nak fikirkan masalah ni" Akhirnya Hazrul mendiamkan diri, takut apabila Eka mulai bersuara.
'kau tak pernah berubah Eka' detik hati Zai yang dari tadi memerhati perilaku Eka. Matanya bagai tidak mahu lari daripada memerhati wajah cantik itu.
"Jaga mata tu"Izz menyiku bahu Zai yang sedang leka itu.
Eka yang menyedari hal tersebut segera bangun dari kerusinya lalu meninggalkan tiga jejaka terlajak laris itu.
Bangku yang berada di koridor menjadi pilihannya, hujan yang turun menimpa bumi diperhatikan. Entah bila mulai hujan pun, dirinya sendiri tidak sedar.
"Hujan pula hari ni, tadi panas terik" Eka terus memerhati setiap titis air hujan itu.
"Tak baik mengeluh, sepatutnya bersyukur sebab allah masih beri nikmat hujan" Satu suara garau menegurnya.
Walaupun sudah bertahun-tahun lamanya, dirinya masih mengenali pemilik suara itu. Namun suara itu langsung tidak diambil peduli, hatinya masih sakit takala memikirkan apa yang telah lelaki itu lakukan padanya.
"Eka kau masih marah dekat aku? " Soal Zai yang duduk bersebelahan dengan Eka.
Eka mengesot ke tepi sedikit apabila Zai mulai mendekatinya. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang apatah lagi membalas persoalan Zai. Memang tidak.
Zai menyisir rambutnya kebelakang,
'Besar sangat ka rasa benci dalam diri kau Eka' Hanya mampu terluah di hati. Bibirnya tidak mampu mengeluarkan soalan itu.
"Kenapa kau kena muncul bila aku dah mula lupakan kau? Kenapa? Perlukan kau buat aku ingat semula tentang semuanya dalam satu saat sedangkan untuk melupakan kau,aku perlukan masa bertahun-tahun? Perlukah?!" Soalan yang telah lama terpendam akhirnya terluah.
Dirinya lemah,tidak sekuat yang disangkakan. Sebentar sahaja pipi gebunya basah disebabkan air mata.
Setelah beberapa tahun tidak menangis disebabkan seorang lelaki,kini dirinya menangis disebabkan seorang lelaki yang sama yang telah membuatnya nangis dulu.
"A..aku kembali bukan nak buat kau nangis tapi aku datang nak jelaskan semuanya. Aku tak boleh nak lupakan kau,aku tak mampu." Sakit hatinya apabila melihat air mata wanita yang dicintai mengalir disebabkan dirinya.
"Sudah Zai, tiada apa lagi yang perlu kau jelaskan. Tiada apa yang akan berubah,hubungan kita tidak akan kembali seperti dulu." Eka mengusap pipinya, wajah Zai dipandang seketika.
"Kita tidak akan kembali seperti dulu"
Seusai sahaja ayat itu dilontarkan,Eka berdiri dan meninggalkan Zai seorang diri.
*****
"Assalamualaikum, ni Inspektor Syazalieka?" Soal satu suara di dalam talian."Waalaikumsalam, ya saya. Tapi ni siapa ? " Berkerut kening Eka apabila nombor yang tidak dikenali tertera pada skrin telefonnya.
"Ni Cikgu Suraya, cikgu kepada Irsyah dan Irdina."
"Ada apa Cikgu telefon saya ni?" Eka mengharapkan bahawa berita baik yang akan di sampaikan oleh Cikgu Suraya.
"Boleh tak kita jumpa dekat restoran berdekatan tempat kerja Inspektor? Ada maklumat tentang penculikan Irsyah dan Irdina"
Hampir terjatuh telefon daripada genggaman Eka, air matanya mula bertakung.
"Baikla, sekejap lagi saya sampai" Dengan bergegas Ek menuju ke restoran yang dikatakan.
Dengan tergesa-gesa Eka menuju ke restoran, orang disekeliling yang memandang ke arahnya tidak dipedulikan.
Nombor telefon sebentar tadi didail kembali.
"Assalamualaikum, cikgu dekat meja berapa?"
"Saya ada dekat meja 10"
"Okok, saya dah nampak"
Laju Eka menuju ke meja tersebut,kelihatan seorang wanita dalam usia 40an sedang menunggunya.
"Cikgu Suraya?" Soal Eka kepada wanita tersebut. Takut tersalah orang.
"Ya saya"
Nafas lega dilepaskan,punggungnya dilabuhkan pada kerusi .
"Sebenarnya saya ada pasang dashcam pada kereta saya. Tepat pada hari kejadian penculikan berlaku,kereta saya parking berhadapan dengan tadika. Setelah saya periksa, dashcam pada kereta saya dapat merakam kejadian tersebut." Terang Cikgu Suraya.
Eka yang mendengar merasakan seperti beban berat yang ditanggung akhirnya lepas.
"Ni cip memory dashcam tersebut." Sebuah cip memory diberikan kepada Eka.
"Terima kasih ya cikgu sebab banyak membantu." Tangan dihulur dengan senyuman lebar.
"Sama-sama. Saya juga risau bila anak murid saya diculik, dan ini bukan yang pertama kali Inspektor. Dah dekat lima kali kejadian ini tapi pada akhirnya kes ini ditutup begitu sahaja. Sedih saya melihat ibubapa yang anak mereka hilang hingga sekarang."
Penjelasan Cikgu tersebut membuat Eka bungkam.
'Lima kali? Kes pula ditutup begitu sahaja? Ada yang tidak kena ni!' Hati Eka mulai mencurigai perkara tersebut.
"Sekali lagi terima kasih banyak cikgu" Eka membongkokkan sedikit badannya.
Pemergian cikgu Suraya hanya dihantar dengan pandangan.
'Ada yang tidak kena ni'
______________________________________
Vote😬
Comment❤👇
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Fiksi RemajaPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...