Televisyen yang menyala di hadapannya tidak dipeduli.Si kembar yang tidur disebelahnya lena sahaja. Mana tak lenanya kalau asyik main lari-lari jer kerja dia.
Fikirannya kembali memikirkan tentang apa yang berlaku di hotel tadi.
Flashback
Eka terkaku sebaik sahaja matanya disapa dengan wajah yang amat dirindui.
Orang itu mulai mendekati Eka yang sedang terkaku itu.
"Inspektor Syazalieka?" Lelaki itu menegur Eka bersama senyum sinis.
Prak!
"Aduh! Asal kau pukul aku?" Soal Eka yang tercengang itu. Tiba-tiba jer datang terus pukul orang.
"Mana kau pergi ha? Sepuluh tahun weih kau menghilang! Kau hilang macam tu jer,langsung tak ucap selamat tinggal pun. Kau tukar nombor telefon pun tak bagitahu! Asal weih? Kitaorang semua risau weih! " lelaki itu meluahkan segalanya sebaik sahaja Eka mulai membuka mulut..
Eka masih senyap dan langsung tidak menunjukkan dirinya ingin membuka mulut untuk menjawab soalan itu.
"Eka jawab la. Sepuluh tahun aku tunggu jawapan kau." Lelaki itu seakan kecewa dengan riaksi yang ditunjukkan oleh Eka.
"Khai..aku minta maaf." Hanya itu yang terluah daripada mulut Eka.
Ya,lelaki itu ialah Khai.
"Khai aku harap kau tak paksa aku cerita semua. Aku tak nak kenang balik semua tu,aku tak nak aku... aku nangis lagi!" Kedengaran suara Eka seperti sedang menahan diri daripada mengeluarkan esakan.
"Okokok,aku minta maaf . Aku janji aku dah tak akan tanya kau lagi,ok? Please jangan nangis." Rayu Khai, rasa bersalah mulai timbul di benak.
Eka menganggkat kepalanya untuk memandang wajah lelaki itu.
Tetap kacak seperti 10 tahun yang lalu tiada yang berubah kecuali
Khai kelihatan lebih matang.
"Hey! Kenapa ni kak Long? Asal nangis ni? Lelaki ni ke yang buat kau nangis? Hey! Apa kau buat eh dekat dia?" Hazrul yang baru datang dari tandas itu terkejut apabila melihat Eka sedang mengusap air mata.
Eka terkejut sebaik sahaja mendengar suara Hazrul yang penuh kerisauan itu.
Hatinya tersentuh dengan keperihatinan Hazrul.
"Tak la, aku tak nangis la. Ni ha aku jumpa kawan lama, tu yang terharu sikit. Rindu la katakan dan sepuluh tahun tak jumpa. " tipu Eka.
"Ouh! Mati-mati aku ingat kau nangis tadi. Sorry ah bro." Sempoi sahaja Hazrul berkata kepada Khai.
Khai hanya tersenyum kepada Hazrul.
"Urmm,ha ni Hazrul kawan sepejabat aku dan ni Khai kawan aku sejak bangku sekolah menengah lagi." Eka memperkenalkan mereka antara satu sama lain.
"Khai." Ujar Khai dengan penuh karisma lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Hazrul .
Hazrul pula?
Dengan gembiranya menyambut tangan Khai.
"Hai! Aku Hazrul ka......."
"Kau dah ye! Aku dah kenalkan pun. Tak payalah kau nak perkenalkan diri kau lagi! Setakat nama dah la." Kata-kata Hazrul terbantut apabila Eka memotong ayatnya.
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Novela JuvenilPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...