Bab 59

1.5K 60 0
                                    


Sudah seminggu Asad bersekolah di situ.

Zai juga sudah serik makan hati apabila melihat kemesraan Eka dan Asad!

"Kau kenapa Zai?" Soal Kifli apabila melihat wajah Zai yang keruh itu.

"Tak ada apa-apa la" kata Zai lalu menyedut minuman di hadapannya.

Mereka yang lain saling memandang sesama sendiri. Tahu bahawa kawan mereka seorang itu sedang sakit hati.

×××

Eka menoleh ke kiri dan ke kanan. Sudah sehari matanya tidak melihat wajah yang dirindui olehnya.

Langkah terus mencari keberadaan jejaka tersebut.

Bibirnya mengukir senyuman,apabila melihat orang yang di cari. Sudah dekat seminggu lelaki itu seakan-akan mengelak darinya.


Langkahnya dibuka menuju ke meja yang menempatkan 7 orang lelaki itu.

Baru sahaja ingin menegur mereka, tangannya di tarik oleh seseorang.

"Eka tolong tunjukkan aku perpustakaan dekat mana? " soal atau lebih tepat muslihat Asad?!

"Erkk.."

Asad yang melihat Eka seakan-akan berat hati itu, terus memikirkan idea.

Ha!!

"Tak pa la, aku pergi sendiri nanti pandai-pandai ah aku tanya orang dekat situ." Kata Asad dengan nada mendatar.

Dan dia berjaya membuat Eka rasa bersalah.

"Iyelah-iyelah! Jom aku tunjukkan kau. " kat Eka lalu menuju ke perpustakaan sekolah.

Dari jauh Zai melihat semuanya, tangan digengam erat tanda marah.

'Tak guna!'


×××


Zai yang sedang duduk di tepi kolam sekolah itu mengeluh!

Rindu akan Eka semakin membuak, semenjak hadirnya Asad. Eka lebih luahkan masa dengan Asad berbanding dirinya.

Dia merajuk pun Eka tak ada nak datang pujuk dia ke apa? Chat pun macam biasa je!

Pfttt nak kena pujuk rupanya.

Tersentak Zai apabila bahunya di sentuh lembut, badannya di putar ke belakang.

Balqish!

"You kenapa?" Soal Balqish, tempat disebelah Zai di ambil.

"Tak ada la." Jawabnya lalu memandang ikan kecil yang berenang di dalam kolam itu.

"Kalau you rasa terbeban dan cari orang untuk luah apa yang you rasa,you boleh cari I." Kata Balqish lalu mengusap belakang lelaki itu.

Tanpa mereka sedari, Eka memerhati mereka. Kakinya yang tadi ingin menapak ke arah Zai ditukar ke arah lain.

Zai menolak tangan Balqish yang mengusap belakangnya, tidak selesa dengan perilaku gadis tu.

"Ermm,aku pergi dulu." Ujar Zai lalu berdiri dan meninggalkan Balqish seorang diri.

Balqish memandang Dia, senyum bahagia tercalit di wajah mereka. Plan mereka berjaya.


×××

Semakin hari hubungan Eka dengan Zai semakin renggang, masing-masing dengan ego mereka.

Zai juga sudah duduk kembali ke tempat asalnya, disebelah Khai.

Asad pula berpindah ke sebelah Eka.

Rakan-rakan Eka dan Zai hanya mampu melihat perubahan pasangan itu.

"Eka, kau kenapa?" Soal Asad.

"Tak ada lah, aku mengantuk. Aku tidur dulu ye, cikgu datang kau kejutkan aku ye." Arah Eka. Kepalanya direbahkan di atas meja.

"Ouhh, Ok" kata Asad kemudian dia keluar ke tandas.

Zai mengeluh sebaik sahaja melihat Eka yang tidur itu.

"Aku rindu kau Eka, aku rindu kau yang lama." Kata Zai dengan kesal, lalu kepalanya juga di rebahkan ke meja.

Sementara Eka,

Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya jatuh juga, sebenarnya alasan yang dia mau tidur tu hanya alasan semata.

Sedih apabila mengenangkan kerenggangan hubungannya dia antara Zai. Dia perasan lelaki itu sering mengelak daripada berjumpa dengannya, tambah sakit hatinya apabila melihat Balqish dengan mesranya mengusap belakang Zai.

Air mata yang jatuh bercucuran tidak dihiraukan,matanya terus menerus mengeluarkan air mata.

Kenangan dimana mereka berada di taman tempoh hari lalu kembali menerjah fikiran Eka.

"Kita nak buat apa kat sini?" Soal Eka dengan kening bertaut.

"Saja nak luangkan masa dengan kau. Iyelah aku rasa lepas ni kita dah tak ada masa nak keluar macam ni." Ujar Zai.

Mereka duduk di bangku yang disediakan, berhadapan tasik.

"Maksud kau?" Keliru Eka mendengar jawapan Zai.

"Pertandingan bola Baling antara sekolah lagi sebulan. SPM pun dah dekat." Keluh Zai lalu matanya memerhati tasik buatan dihadapannya.

"Ah'ah la kan, kita kena latihan lagi, nak buat latih tubi semua subjek lagi." Eka turut mengeluh.

"Dah tak payah nak mengeluh sangat, kau nak tak ais krim tu?" Soal Zai lalu jarinya menunjuk ke arah pakcik-pakcik yang menjual ais krim tidak jauh dari mereka.

"Nak,tapi kau jer la pergi eh. Aku malas nak pergi " sahut Eka dengan gembira.

"Iyelah, Iyelah! Nak makan tapi pemalas! "

Sempat telinga Eka mendengar apa yang Zai bebelkan.

"Aku dengar..." ujar Eka.

Zai hanya senyum-senyum apabila Eka melihat ke arahnya dengan tajam.

Eka melihat tasik dihadapannya.

Senyuman terukir dibibirnya, bahagia sahaja dirinya sepanjang sehari ini.

Kenangan tetap kenangan! Sudah berlalu dan tak mungkin akan berulang kembali.

Zainya yang duku tidak sama dengan Zai yang sekarang.

Akhirnya akibat terlalu penat menangis, Eka terlelap dengan hati yang luka, perasaan yang kucar-kacir.


________________________________


Done ✔

Vote ok!

She is Mine ✔Where stories live. Discover now