Bab 29

2K 84 0
                                    


"Eka tabah ye,kami tahu kau kuat. Jangan sedih tau, luah jer segalanya dekat kami dan kami sedia mendengar." Erah yang berada di sebelah Eka terus menerus menyuntikkan kata-kata semangat.

Yang lain menganggukkan kepala mereka tanda mengiyakan kata-kata Erah.

Malam itu semua orang datang ke wad, rakan-rakan Eka,Zai sekeluarga,Khai, rakan sekerja Umi dan Pegawai polis iaitu rakan Abi turut hadir.

"Ah'ah Eka,kau jangan risau aku ada!" Khai memang tak sah kalau tak buat lawak bodoh dia!

"Kau ni Khai, dia tengah sedih boleh pula kau buat lawak!" marah Aulia.

Khai tidak membalas sebaliknya menghadiahkan jelingan kepada Aulia dan bergerak menuju ke sofa yang didiami oleh Zai.

Bahu Aulia ditepuk lembut oleh Eka.

"Kau ni pun kenapalah garang sangat." ujar Eka. Bersyukur dikurniakan rakan seperti mereka.

"Eka esok awak datang sekolah tak?"soal Emi dengan lembut. Dia ni ayu sangat sampai guna awak-saya.

"Tak lagi kut,minggu depan In  Sha Allah aku datang sekolah."balasku lalu memandang dua tubuh yang sudah seminggu tidak sedarkan diri.

"Eka kita orang balik dulu ye, nanti ada masa kita orang datang lagi ye. Tabah ye."pamit Mai.

Setelah berpelukan mereka beredar meninggalkan Eka bersama rakan-rakan umi dan abinya.

"Eka sabar ye, pak cik tahu Abi kamu kuat. Kami dari balai polis doakan kesihatan Abi dan Umi kamu." kata ketua pegawai polis lalu menghulurkan sampul berwarna coklat kepada Eka.

"Terima kasih pak cik sebab datang. Ni apa pula?."soal Eka,pelik dengan pemberian Pak Cik itu.

"Ni sumbangan yang dikumpul oleh pegawai polis yang lain. Tolong terima, kami ikhlas nak beri ni." rayu lelaki itu apabila melihat Eka seakan-akan ingin menolak pemberiannya.

"Ba...baiklah, terima kasih ya."ucap Eka lalu mengambil sampul itu.

Fie tiada kerana menghadiri kelas tambahan.

"Assalamualikum, ni mesti anak bongsu Firdahayu kan?" setelah pemergian lelaki tadi datang pula seorang wanita yang seusia dengan Umi.

"Waalaikumsalam, ye. Ni kawan Umi ke?" soal Eka kembali.

Siti Sarah

Eka membaca name tag yang ada pada pada tudung wanita itu.

"Ye, mak cik harap kamu tabah ye. Kami semua warga Sekolah mendoakan Umi dan Abi kamu. Jangan lupa selalu memohon kepadaNya, doa seorang anak untuk orang tuanya in sha allah akan dimakbulkan." Puan Siti Sarah memberikan kata-kata membina sambil mengusap belakang Eka.

"Terima kasih dekat semua warga sekolah ye. In sha allah saya tak akan pernah lupa untuk berdoa kepadaNya."balas Eka manakala matanya sudah mengeluarkan air mata.

Khai dan Zai yang dari tadi memerhati turut berduka.

******

POV ZAI

"Aku kesianlah dekat si Eka tu. Nampak dari luar garang semacam je tapi dalaman menderita." ujar Khai yang berada di tepiku ini.

Aku memandang Eka yang berada di dalam pelukan mummy.

"Hmm." itu saja yang mampu aku katakan.

Klik!

"Hada, sorry tau abang lambat. Tadi ada kelas tambahan." Fie terus memeluk Eka sebaik saja masuk ke dalam wad ini.

Khai disebelah sudah terlopong!

Kalau seratus lalat masuk ni pun muat rasanya, HAHAHAHAHA

Mesti dia terkejut beruk!

"Tu..tu bu..bukan ke mamat yang kita jumpa kat Mall hari tu? Apasal pula di peluk si Eka? Tak malu langsung!" terdengar luahan tidak puas hati daripada Khai.

"Hahahahahaha." hanya ketawa yang aku mampu. Lucu gila muka mamat sorang ni!

"Kenapa kau ketawa pula ha?! " Khai memandangku dengan pandangan ' nak mati tak? '

"Tu abang dia lah bangang!" kataku lalu menunjal manja kepalanya.

"Lah yeke? Mati-mati aku ingat pakwe si Eka. Hu! Lega!" kata Khai lalu menayangkan sengihan tanda malu.

Aku hanya mengeleng-gelengkan kepala.

"Zai sejak bila mummy dengan daddy mau kenal dengan Eka? " soalan maut keluar daripada mulut Khai.

Perasaan berbelah bagi, nak bagitahu ke tak? Kalau tak nangi dia tahu kat belakang merajuk setahun budak ni tapi....

Kalau dia tahu sekarang meati dia marah aku sebab pergunakan Eka!

"Yang kau termenung kenapa? Aku tanya kau jawab jer lah!" Khai menolak-nolak bahuku menggunakan jarinya.

Sengihan aku tayangkan.

"Sebenarnya...."

Semuanya aku ceritakan.

"What!!!!"

Disebabkan mulut puaka Khai, Eka, Fie dan mummy memandang pelik ke arah kami.

Aku hanya menunjukkan muka malu lalu memandang ke arah Khai dengan jelingan

"Sorry! Sorry!" ucap Khai lalu menggenggam tanganku.

Yukss! Dah macam kunyit pun ada!

"Lepas lah! Kau ni kalau aku sumbat mulut kau diam terus tau."kataku lalu menarik kasar tanganku.

"Kau tau tak kau gunakan Eka? " soalnya demgan muka serius langsung tiada tanda dia sedang bergurau.

"Ye aku tahu,tapi Eka pun tahu. Dia yang setuju so, aku ikutkan jer." jawabku tanpa rasa bersalah. Dah tak bersalah nak buat muka bersalah buat apa kan?!

"Yelah, jom belanja aku makan kat kantin bawah? " amboii ingat aku mesin ATM .

"Tak nak aku! Kau dah kenapa?!" ujarku lalu menjelingnya.

"Kau belanja atau aku bagitahu kat semua yang kau gunakan Eka!?" ugut Khai lalu menjongket-jongketkan keningnya.

Arghhh!

"Jom ah!"

____________________________________

Done Bab 29.

Yeah!!!!!

Keep reading🌸

Dont forget to vote💋💋

She is Mine ✔Where stories live. Discover now