Bab 19

2.4K 79 2
                                    

Sinar mentari yang masuk melalui celah langsir itu sedikit sebanyak menganggu tidur Eka.

Eka mengosok matanya, jam di dinding terus berdetak arh!!! Ehh silap.....

Jam di dinding dipandang. Jarum pendek ke arah angkah 6 manakala jarum panjang tepat di angkah 12.

Eka berdiri dan menuju ke tandas untuk membersihkan diri.

15 minit kemudian.......

Seluar tracksuit disarungkan pada kakinya. Baju tshirt berwarna putih pula di padankan. Rambut di ikat satu dan topi adidas dipakai.

Eka memulas tombol pintu biliknya dan kakinya melangkah menuruni tangga.

"Morning" ucap Eka kemudian menarik kerusi berhadapan Fie.

"Awal bangun. Kamu nak ke mana?" Soal Encik Hanafie.

"Hada nak pergi jogging kat taman depan tu. Dah lama rasanya tak pergi jogging." Jawab Eka kemudian roti yang sudah disapu jem berperisa coklat dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Sendiri?" Tanya puan Firdahayu pula.

"Iye Umi, nak ajak Abang tapi abang ni pemalas." Dalam jawapan Eka sempat dia menyelitkan sindiran untuk Fie.

"Abang ada kelas pagi ni tu yang tak dapat teman Hada. Sorry!" Fie membela dirinya.

"Iyelah dah tahu! Hada jalan dulu, bye" Eka dengan senang hati bergerak ke taman.

Sedang Eka berlari-lari anak telinganya terdengar suara.

"Itu anak Ustazah Firdahayu kan? Kenapa cara pemakaiannya macam tu? Nama jer Ustazah tapi anak sendiri tak boleh didik" terdengar suara sumbang.

Berdesing telinga Eka mendengar umpatan itu.

Laju saja kakinya melangkah ke arah bulatan mak cik-mak cik itu.

"Iyelah,aku dengar anak perempuan dia sorang tu selalu keluar dengan lelaki berdua pula tu." Terdengar lagi suara mengumpat itu.

Eka sudah berdiri berdekatan kumpulan mak cik-mak cik yang bermulut lancang itu.

Mereka tidak menyedari kehadiran Eka kerana amat fokus dalam 'acara' mereka.

"Assalamualikum, pagi-pagi dah buat dosa. Anak-anak mak cik semua dah baik sangat ke? Bertudung labuh? Tak bawa anak dara orang? Makcik kalau nak kutuk saya silakan tapi jangan sesekali nak hina Umi saya! Umi saya dah didik saya dengan baik tapi belum masanya saya nak bertudung memandangkan ilmu agama saya tak banyak mana! Tak guna bertudung kalau tak tutup dada!! Kalau bertudung tapi mulut puaka macam mak cik ni! Hidayah dari Allah tu kita tak tahu bila sampai. Jodoh,rezeki dan ajal semua itu kita tak tahu bila. Macam makcik-makcik semua ni, mana tahu tengah mengumpat ni tiba ajal makcik datang. Kita tak tahu kan?! Amin!!" Terbelik mata makcik-makcik di situ. Diserjah dengan mengejut.

Apabila Eka berkata,menagis kau mak cik!!!! Di doakan  ajal kau datang menjemput sekali!!

Puas hati Eka lepas meluahkan semuanya. Suka hati mak angkat pakcik atok kau jer umpat Umi aku.

Mak cik-mak cik itu sudah mula meninggalkan tempat mereka. Sentap dengan kata-kata Eka yang baru saja diluahkan.

Eka tersenyum puas. Dia meneruskan hajatnya yang ingin berjogging itu

💋💋💋

"10, ah!! Penatnya! Mana tak penat kalau sakali sebulan baru jogging!" Omel Eka.

Baru sepuluh round tapi dah semput.

Eka duduk di kerusi yang berdekatan. Penutup botol air mineral dipulas, air diminum sehingga paras setengah.

She is Mine ✔Where stories live. Discover now