Bab 51

1.8K 78 5
                                    


"Zai janganlah macam ni!! Kau buat aku macam tak wujud tau tak!!" Adu Eka apabila sudah penat dengan karenah Zai yang tidak melayaninya.

Zai tidak melayaninya sebaliknya terus melangkah tanpa mempedulikan penderitaan Eka.

'Siapa yang merajuk ni?! Aku ke dia?' Bisik hati Eka dengan keliru.

"Ok,kita balik je la! Buat apa keluar kalau macam ni? Tadi kata nak pujuk aku la! Belikan kitkat la! Sekarang dia pula yang merajuk! " Eka sudah tidak tahan! Segalanya dia keluarkan!.

Muka Zai terus berubah!

'Baru nak merajuk kejap, dia pula yang marah sekarang!' Keluh hati Zai.

Eka yang baru saja melangkah ingin keluar dari Mall itu,

Dicapai tangannya, bahagian yang berlapik eh!!

"Give up dah? Ala baru nak rasa dipujuk!" Kata Zai lalu menarik Eka ke dalam supermarket.

Ramai pengunjung yang memerhati mereka.

"Lepas lah! Kan kita nak balik." Ujar Eka dengan nada sedingin ais.

"Kata nak kitkat? Satu kedai lagi tu!" Pujuk Zai dengan senyuman senget.

Eka mulai terpujuk.

Troli diambil,Zai yang tolak.

"Kau nak apa? Kitkat jer?" Soal Zai sambil matanya berkeliaran melihat karenah pengunjung.

"Aku nak kitkat jer." Balas Eka.

Zai terus menumpuhkan pandangannya kepada Eka,

"Merajuk lagi ke?" Soal Zai.

Eka tidak menghiraukan Zai sebaliknya terus berlari ke arah rak yang penuh dengan benda yang berwarna merah.

Zai hanya menggeleng kepala melihat perangai Eka itu.

"Semua kan?" Soal Eka dengan mata yang dibundarkan, nak Zai terpikat ler tu!!

Sebaik sahaja melihat Zai menganggukkan kepalanya, Eka terus menarik semua kitkat yang ada di rak itu.

Pengunjung yang lain ada juga melihat , ada yang terlopong dan ada juga yang terbeliak matanya melihat perbuatan Eka.

Semua ruang di rak itu sudah kosong kecuali ruang di bahagian atas.

Eka cuba juga ingin mencapai bahagian itu,terkinja-kinja dengan kakinya yang pendek itu.

Zai melihat terus menggeleng kepala lalu bergerak mendekati Eka.

Dengan mudah dia menggosongkan ruang itu.

Eka yang melihat terus tersenyum ke arah Zai.

Rak yang tadinya penuh kini kelihatan seperti rak yang tidak digunakan kerana rak itu kosong!

Tak pernah dibuatnya orang!!

"Ini jer? Makanan lain?" Soal Zai,walaupun troli yang mereka tolak sudah penuh dengan kitkat,namun tetap menyoal Eka.

Maklumla Datin Effah beri duit lebih.

"Erm..." Eka lagaknya seperti sedang memikirkan hal negara.

Jari diketuk-ketuk di dagu.

"Ermm...tak ada dah kut?" Balas Eka dengan muka yang blur.

"Ok,jom pergi kaunter bayar semua ni." Arah Zai, troli ditolak menuju kaunter pembayaran.

Sepanjang perjalanan ke kaunter ada juga mata-mata yang menjeling ke arah troli mereka.

Mana tak peliknya kalau troli penuh dengan kitkat.

She is Mine ✔Where stories live. Discover now