"Abi" Eka dengan tidak bermaya memandang sekujur tubuh yang sedang di rawat selepas pembedahan di dalam wad melalui cermin yang berada di sebelah pintu masuk.Air matanya tidak berhenti-henti keluar menunjukkan dirinya begitu terkesan dengan apa yang berlaku.
"Abi janganlah tinggalkan Hada, Abi kan dah janji nak ambil slip SPM Hada sama-sama dengan Umi.Abi kena kuat ok?"
Eka seperti hilang akal, bercakap dengan diri sendiri dan menangis selepas bercakap.
Fie hanya menunduk menekur ke lantai,hatinya turut diragut rasa sedih sebaik sahaja mendapat panggilan daripada pihak hospital menyatakan Abinya sedang dikejarkan ke hospital.
Puan Firdahayu pula hampir pengsan kerana terlalu terkejut.
"Awak janganlah lemah macam ni, nanti siapa yang nak beri kekuatan dekat Eka? Dekat Umi? Kalau dia nampak awak lemah,mereka mesti lagi lemah." Kirana memujuk suaminya sambil mengusap belakang suaminya dengan lembut.
Dia tahu suaminya pasti sedang sedih, dia turut berada di situ ketika suaminya mengangkat panggilan dari hospital.
Mie pula sedang bersandar di dinding dalam keadaan berdiri,matanya di pejam rapat.Mungkin masih terkejut dengan berita ini.
Krak...
Pindu bilik wad dibuka, seorang doktor lelaki keluar dari bilik wad.
Kesemuanya menerpa ke arah doktor tersebut.
"Bagai mana keadaan Abi saya?" Soal Mie dengan penuh pengharapan bahawa Abinya dalam keadaan baik sahaja.
"Abi awak sudah melewati masa kritikal, tapi beliau belum sedar. Kami juga tidak dapat jangka bila beliau akan sedar. Mungkin esok,lusa,bulan depan atau tahun depan." Terang Doktor itu dengan penuh keyakinan.
"Kenapa Abi saya boleh macam tu?" Soal Eka lalu menangis kuat di hadapan doktor tersebut.
"Tikaman di perut Abi awak terlalu dalam dan menyebabkan banyak darah yang keluar. Sekarang keadaanya sedang kekurangan darah tapi awak semua jangan risau kerana kami akan memasukkan darah dalam badan Abi kamu.Ok, saya pergi dulu." Jelas Doktor lelaki itu kemudian pergi meninggalkan mereka.
Eka tersembam ke lantai, kakinya tidak dapat menampung tubuhnya akibat terasa amat sedih dengan berita yang dikatakan oleh doktor sebentar tadi.
Fie terus memeluk tubuh adiknya itu, kepala adiknya diusap dengan lembut sebelum satu kucupan hinggap di dahi Eka.
"Hada, Hada kena kuat hadap semua ni. Hada kena kuat tau, Abi pun kalau sedar mesti tak suka nampak keadaan Hada macam ni. Dah, pergi solat lepastu pergi makan dekat bawah.Hada belum makan kan?" Pujuk Fie dangan lembut.
Eka menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak mahu.
"Hada tak boleh macam ni, Hada kena sujud depan Allah. Minta Allah berikan kesembuhan dekat abi dan angkat semula sakit abi, dan Hada kena makan. Bagi diri Hada ni semangat sikit." Pipi Eka diusap lembut. Terasa lembap kerana basah disebabkan air mata.
Eka mendongak memandang wajah abangnya,
"Abang janji terus telefon Hada kalau abi dah sedah eh."pesan Eka kepada Fie.
Senyuman tawar terbentuk di bibir Fie.
"Ok, kalau boleh Hada balik dulu. Mandi baru datang sini balik.Ni duit, duit tambang Hada." Kata Fie kemudian mengeluarkan duit sebanyak 50 ringgit.
Eka menyambutnya kemudian berjalan dengan longlai meninggalkan hospital.
Kakinya melangkah ke pondok bas, kelihatan pondok itu sunyi dan hanya dua orang perempuan dan seorang lelaki.
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Teen FictionPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...