Beberapa orang anggota polis yang berjaga diluar mulai berlari masuk ke dalam gudang itu sebaik sahaja mendengar perkataan S.O.S yang membawa maksud kecemasan.Eka dan Hazrul tetap berada diluar kerana menurut plan yang mereka telah atur.
Eka dan Hazrul perlu bersedia jika ada pihak lawan dari luar.
"Kamu siapa?" Soal seorang lelaki yang mengenakan baju tanpa lengan yang menayangkan otot-otot miliknya.
Izz melangkah mendekati lelaki itu, sehingga membuat lelaki itu mengundurkan diri.
Izz menghulurkan tangannya,
"Aku Izz dan tu kawan aku Zai"
Zai menepuk dahinya,geram dengan telatah Izz yang langsung tak kena dengan tempat dan keadaan.
Wajah lelaki itu berkerut, tidak menyangka Izz akan melakukan hal tersebut.
Bukan ke sepatutnya Izz akan berkata
dirinya polis yang ingin menangkap penjahat itu."Asal muka kau macam tu? Nama kau apa? Aku pun nak tahu" Tangannya masih tidak dijatuhkan,masih menanti tangan penyangak itu menyambut tangannya.
Lelaki itu pun menyambut tangan Izz,kemudian digoncang ke atas dan ke bawah.
"Aku abang long,ketua dekat........auch!"
Dengan tangkas Izz memutar tangan lelaki yang bernama Abang long itu kebelakangan kemudian menumbuk perut lelaki itu.
Zai pula terlopong,tidak menyangka Izz bijak orangnya.
"Apa yang kau nampak?! Sinilah gari tangan ABANG LONG yang tak seberapa long ni!" Marah Izz kepada Zai yang hanya memerhatinya dari tadi.
Zia dengan terkial-kial mengari tangan lelaki itu kemudian di dudukkan pada kerusi kosong di tepi dinding. Kaki lelaki itu diikat untuk mengelakkan lelaki itu melarikan diri.
Bang!
Bang!
Bang!
Bunyi tembakan itu membuat mereka terkejut,kanak-kanak yang berada di situ turut berteriak akibat takut.
Izz dan Zai saling menatap,dari mata jatuh ke hati .
Eh!
Mereka melihat dari mana datangnya bunyi tembakan itu.
Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat berlakunya perperangan di luar bilik tersebut .
Anggota polis sedaya-upaya menumbangkan penyangak-penyangak yang terjaga dari tidur mereka.
Bilangan mereka sama dan perlawanan tersebut amat sengit.
"Kita nampak jer ke? Tak bantu?" Setelah sekian lama Izz bertanya kepada Zai,keliru kerana mereka hanya melihat pergaduhan itu.
Zai memandang Izz.
"Ah'ha kan! Asal kita tak bantu?"
Zai dan Izz mengetuk kepala masing-masing.
"Hello! Eka dengar tak?" Zai cuba menghubungi Eka.
"Ya,aku dengar. Sejak tadi lagi" balas Eka dengan nada menyampah.
"Kami sediakan van, Izz akan hantar budak-budak ni keluar dari belakang . Aku akan bantu polis lain. Bila semua budak-budak dah masuk,korang jalan dulu. Dekat sini biar aku yang settlekan." Zai memberi arahan kepada Eka.
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Teen FictionPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...