Bab 80

2.1K 63 0
                                    


Zai memerhati wajah kecewa milik Eka, dirinya tahu pasti wanita itu sangat terkilan kerana tiada lagi sebarang petunjuk tentang penculikan Irsyah dan Irdina.

Dia turut merasakan hal tersebut, siapa sahaja tidak sedih seandainya ahli keluarga mereka hilang daripada dakapan mereka.

Pernah sekali dirinya melihat wajah dua kembar itu. Dirinya sendiri jatuh sayang kepada kembar itu sebaik saya melihat wajah polos mereka. Apatah lagi Eka yang sudah seperti ibu kedua kembar itu.

"Sabar ya, aku tahu kau kuat. Aku rasa baik kau balik. Makan,mandi lepas tu rehat. Kau ni aku tengok dah tak bermaya dengan mata sembam,bibir kering, kulit pucat." Hazrul juga sedih melihat keadaan Eka yang seperti hilang semangat semenjak dua kembar itu diculik.

"Makan ? Rehat ? Macam mana aku nak buat benda tu kalau hati aku ni tak tenang ? Entah Irsyah tu makan ke tidak. Irdina pula? Entah-entah tengah nangis sebab tengah takut. Cuba kau bagitahu aku macam mana aku nak rehat dalam keadaan macam ni ?" Tengking Eka namun suara Eka menjadi perlahan di hujung ayatnya. Air mata keluar sedikit demi sedikit.

Hazrul terkedu,bukan kerana dijerkah oleh Eka namun kerana melihat air mata Eka.

Bukan niatnya untuk membuat wanita itu mengalirkan air mata,tapi dirinya risau dengan kesihatan wanita yang sudah dianggap kakak itu.

"Sorry la, aku tak maksudkan pun. Aku cuma takut kau jatuh sakit. Kalau kau sakit macam mana kau nak cari anak buah kau ?" Hazrul mengusap perlahan belakang Eka.

Gelengan yang dibalas oleh Eka.

"Tak,aku yang kena minta maaf. Aku.....aku jahat sebab pentingkan diri sendiri. Aku sepatutnya berterima kasih dengan kau bukan jerkah kau.Sorry tau, aku memang tak boleh nak berfikir sekarang ni. Aku rasa baik aku balik rehat." Air mata dihapus, semua buku dikemas kemudian kakinya melangkah meninggalkan mereka.

"Aku kesian la dekat si Eka tu, luaran jer nampak dia tegas tapi dalaman dia? Penuh dengan dugaan yang dia sendiri tak mampu nak pikul." Hazrul terus memandang kepergian Eka.

***


Eka mengeluh kuat, kereta miliknya yang tersadai itu dipandang.

"Masa ni juga la kau nak rosak !" Tayar depan kereta itu disepak kuat.

"Aduh!" Keluhnya apabila kakinya terasa sakit akibat perbuatan tidak bermoralnya.

"Kan dah sakit, kereta tu besi. Biar kauu pukul kuat macam mana pun,benda tu tak akan rasa sakit. Lain pula kau, manusia. Mesti rasa sakit. Jadi siapa yang rugi ?"

Satu suara menyampuk ketika Eka sibuk membebel.

Eka buat tidak tahu, dirinya terus menerus membebel kereta miliknya.

Kepalanya didongak ke langit,kelihatan awan berkumpul dengan keadaan yang sarat dengan air.

"Nak hujan pula" keluh Eka kemudian memandang lelaki  yang  dari tadi memerhati dirinya.

"Kau buat apa kat sini? Asal tak balik?" Tanyanya dengan nada mendatar.

Sebenarnya dia tidak selesa apabila berada dekat dengan lelaki itu.

Senyuman terukir pada bibir lelaki tersebut, Zai memandang Eka kemudian menggelengkan kepalanya.

'Masih degil seperti dulu'detis hati Zai.

She is Mine ✔Where stories live. Discover now