"Hada, abang rasa gementar la!!" adu Fie sambil mengelap peluhnya.Eka yang sedang membetulkan samping abangnye terus mengangkat kepala.
"Ala nak gementar apanya? Abang ulang jer la apa yang tok kadi tu cakap." ujar Eka dengan tenang lalu menyambung kerjanya yang tergendala.
"Ala, Hada senangla cakap sebab bukan Hada kat tempat abang ni ha!" marah Fie.
Ehh! manusia ni marah-marah pulak!
"Kau ni Fie asal la emo sangat? Kau zikir la kalau gementar sangat!" Mie yang berada di situ turut membuka mulut.
"Kan along! Kita ni yang menolong dimarah pula!" Eka tururt menyokong kata-kata Mie.
"Iyelah! Menang la korang!" Fie akhirnya mengalah dengan mereka berdua.Iyelah satu lawan dua? Mana yang menang? Hang fikir la sendiri!!
"Hada kenapa tak siap lagi ni?" Soal Puan Firdahayu yang sudah siap bermake-up dan berbaju warna Rose Gold.
"Ala nantilah Umi, majlis nikah pun ada sejam lagi kan?" jawab Eka dengan malas.
"Hada satu jam tu sekejap tau! Hada nak salin baju lagi, nak mandi lagi, nak make-up la----"
"What? Make-up? No! Hada tak nak!" Bangkang Eka sebaik sahaja mendengar perkataan make-up.
"La asal pula Hada tak nak make-up? Bukan ke make-up dengan perempuan berpisahkan tidak?" soal Mie dengan bingung.
"Kenapa Hada tak suka? Satu sebab Hada tak minat! Dua sebab Hada tak ada pun benda tu! Tiga sebab Hada tak reti nak guna dan terakhir Hada tak suka sebab rimas! Tau tak rimas?" Terang Eka dengan semangat sampai tangannya turut bergerak di udara.
"Amboii! Alasan bukan main banyak! Tak kira, Hada kena juga guna make-up! Tak ada alasan!" Dengan tegas Puan Firdahayu beri arahan.
"Hahahahah!!" Fie dan Mie sudah mentertawakan Eka.Iyelah budak depan dorang ni anti sangat dengan make-up tapi kena paksa juga guna!
"Tapi umi---"
"Tak ada tapi -- tapi!" potong Puan Firdahayu , tahu sangat dengan anak daranya sorang ni! Nak dengar cakap dia jer!
"HAHAHAHAHAHA" Fie dan Mie sudah ketawa terkekeh-kekeh.
"Diamlah!!" Ujar Eka kemudia keluar dari bilik Fie .
Fie dan Mie saling berpandangan!
"HAHAHAHAHAHAHAHA"
Bukan nak memujuk tapi mentertawakan adalah!
~~~~~~
"Kak jangan tebal sangat eh, asal ada sudah la." Pinta Eka yang sedang di make-up oleh jurusolek yang telah disewa.
"Muka adik ni tak perlu nak make-up tebal-tebal pun. Dah semula jadi cantik, kak buat nipis-nipis jer ni. Jangan risau eh." Lembut sahaja jurusolek yang bernama Kak Maya itu.
Eka yang mendengar dirinya dipuji sudah tersipu malu.
"Ok dik dah siap."Kata kak Maya.
Eka terus membuka matanya, matanya dihidangkan dengan pantulan wajahnya.
Terbeliak mata Eka.
"Saya ka ni Kak? Asal cantik sangat? Pandailah kak bagi cantik muka saya!" Kata Eka dengan teruja.Mana tak terujanya kalau nampak muka sendiri cantik!!
"Ala kak buat sikit jer tu, adik dah memang cantik dan make-up tolong sikit-sikit jer." dengan rendah hati kak Maya berkata.
"Oklah dik akak turun dulu ye." Pamit Kak Maya.
Eka hanya mengangguk lalu mengunakan tudung bawal yang berwarna abu-abu itu.
Tok-tok.
Belum sempat Eka menjawab,pintu sudah terbuka.
"Wow!"
Serentak enam orang yang berdiri di pintu itu berkata.
"Eka ke ni?" soal Erah yang cantik mengenakan baju yang sama warna dengan Eka iaitu rose gold.
Eka yan mendengar terus menjulingkan matanya.
"Wow! Cantiknya kau Eka!" Puji Emi yang mengenakan tudung shawl sewarna dengan Eka.
Mereka semua mengenakan baju setema. Sehati sejiwa katakan!
"Korang ni dah kenapa? Ni aku la! Syazalieka!" ujar Eka lalu membetulkan tudung bawalnya.
"Tak adelah, kau nampak lain sikit pagi ni."jawab Liyah lalu duduk di bucu tilam Eka.
"Apanye yang lain? Sebab make-up ni?" Soal Eka .
Keenam-enam menganggukkan kepala.
"Hada! Majlis dah nak mula!" Panggil Puan Firdahayu .
"Dah-dah jom turun, karang Umi aku berubah jadi singa mati kita." Dengan tergesa-gesa Eka bergerak ke bilik Fie.
Setibanya di bilik Fie, kaki Eka berhenti melangkah.
'Indahnya ciptaanMu.' puji hati Eka.
Kelihatan Zai segak mengunakan baju melayu berwarna Abu-abu sama dengan tudung Eka dan bersamping rose gold.
Zai yang terlihat Eka turut terkaku.
Matanya tidak lepas dari memerhati bidadari di hadapannya.
'Bidadariku, Cantiknya Engkau!' hati Zai turut memuji kecantikan Eka.
"Oii! Korang di kenapa? Nak bersweet-sweet nanti ehh! Turun cepat kita dah nak gerak ke masjid ni." Fie menyergah Eka dan Zai yang saling bertatap itu.
Eka dan Zai yang baru tersedar itu terus mengalihkan pandangan. Habis merah muka kedua-duanya.
"Cia..cia...cia! Dulu kata benci sekarang bukan main!" usik Kifli yang tampan berbaju melayu setema dengan Zai.
"Apa korang merepek ni? Dah jom abang kita gerak." balas Eka lalu menarik Fie .
Yang lain sudah ketawa kerana terhibur dengan gelagat Eka.
~~~~~~~~
"Hada ikut Zai la, kereta dah penuh ni." kata Puan Firdahayu.
Kereta mereka sudah penuh dengan sanak saudara.
"Ala tak nak la Umi, along la ikut Zai.Hada nak ikut umi." rengek Eka.
Mie yang sedang menghidupan enjin tersentak.
"Kalau along pergi dengan Zai siapa yang nak pandu kereta ni? Ala, Hada pergi jer la dengan macam tak biasa pula." balas Mie sambil mengusik Eka.
Semua yang berada di dalam kereta mentertawakan Eka .
"Apesal hari ni semua orang ketawakan aku eh? Ke hari ni Hari Ketawakan Eka sedunia?" Eka mulai mengarut apabila tidak puas hati apabila diusir oleh uminya.
"Kau buat apa lagi tercengat kat situ? Jom la gerak, kang lambat kita sampai kat masjid." tegur Zai yang berdiri di samping kereta audi miliknya.
Eka terus masuk ke dalam kereta tanpa berkata.
Zai melihat terus menggelengkan kepalanya, perempuan memang tak boleh nak difahamkan!
Zai mulai memandu dengan tenang.
Sepanjang perjalanan tiada yang bersuara dan memilih untuk berdiam diri.
"Eka kau kenapa? Diam jer?" soal Zai dengan lembut. Takut nanti ada yang melenting!
"Tak ada ler." pendek sahaja balasan Eka.
Sebenarnya malu menguasai diri Eka tu yang di diam jer.
Miss Evil malu! ;)
"Cantik kau hari ni."
Eka yang tadinya memandang ke luar tingkap memusingkan kepalanya memandang Zai.
Tanpa sedar kedua-duanya mengukir senyuman bahagia.♥
____________________________________
Alhamdulillah siap juga bab ni
:))Jangan lupa untuk vote yee♥♡
YOU ARE READING
She is Mine ✔
Novela JuvenilPada mulanya mereka saling membenci, namun siapa sangka disebabkan satu peristiwa menyebabkan mereka menjadi rapat?! "Excuse me, He is mine" ujar Eka dengan tenang. "And she is mine!" Kata Zai bersama senyuman yang manis. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Za...