Bab 32

1.9K 88 0
                                    

"Wow!" Hanya itu yang keluar dari mulut mereka.

"Korang dah kenapa? " soal Eka dengan kening yang bertaut.

Naik hairan Eka apabila di pandang sebegitu.

Badan di teliti, baju sukan dan seluar sukan. Nak kata terbalik tak juga elok jer .

Bawal yang aku gunakan elok terbentuk.

Tudung!!

'La pasal tudung ke?' Bisik hati kecil Eka.

"Hello! Korang dah kenapa? Tak pernah nampak aku bertudung ke apa?" Jerkah Eka kerana sakit menunggu mereka sedar.

Kesemua lelaki tadi terus memandang lain.

'Haih, buat aku macam tak wujud pula?' Kata hatiku.

Eka bergerak mendekati Zai lalu ditepuknya bahu lelaki itu.

"Korang dah kenapa? Kata nak latihan tapi semuanya buat hal masing-masing!" Soal Eka lalu memandang tujuh orang lelaki dihadapannya.

"Erk! Tadi kami memang nak berlatih tapi tak jadi sebab tunggu kau la." Akhirnya keluar juga suara Ilman.

"Ah'ah kitaorang tunggu kau." Disokong kuat oleh Kifli.

"Habistu? Aku dah ada kat sini kan? Berlatihlah!" Ujar Eka lalu duduk di hadapan mereka semua.

Mereka semua menurut perintah, mereka berdiri dan terus memanaskan badan.

Eka pula mengeleng-gelengkan kepalanya lalu meneliti kertas-kertas di hadapannya.

Sementara.......

"Terkejut gila weih aku bila nampak si Eka tu bertudung, biasanya kalau turun petang tak pernah-pernah dia bertudung." Soal Syah.

"Iyelah, aku kirakan bidadari dari mana tadi rupanya si Eka." Sokong Khai pula.

"Ala, acah-acah jer dia tu. Kejap guna kejap tak guna baik tak payah guna terus ni rosakkan nama islam jer."ujar Hafiz dalam nada tidak puas hati.

"Ha'ah, mesti esok tudung entah ke mana rambut entah ke mana." Balas Izz pula.

Dua ekor ni memang tak pernah nak sebulu ke dengan Eka?

Apa masalah dorang dengan si Eka pun 'Aku' tak tahu.

Zai hanya memerhati mereka yang bicara tentang Eka.

Memang semenjak dua menjak ni dalam di lihat perubahan dalam diri Eka.

Kalau dulu sesuka hati dia jer nak sentuh lelaki tapi sekarang kalau boleh dia elak untuk dekat dengan lelaki.

Kalau dulu dia langsung tak solat tapi waktu aku pergi lawat Umi dan Abi dia, aku nampak dia solat walaupun nampak dia masih terkinja-kinja.

Kalau dulu dia tak kisah aurat dia namun kini dia dah tak lipat lengan baju dia, dia dah tak biarkan rambut dia di pandang oleh kaum adam dan sekarang dia mengunakan tudung.

"Dah la tu, jom berlatih!" Arah Zai

********

"Sorry sangat dekat korang semua tau sebab aku dah lama tak urus korang." Pohon Eka kepada tujuh lelaki yang berhadapan dengannya.

"Ha! Sedar pun, kirakan dah lupa." Ujar Izz tanpa rasa bersalah.

Muka Eka yang tadinya ceria bertukar kendur namun cepat-cepat dia senyum bagi menutupi kesedihannya.

"Maaf sangat-sangat ye." Hanya itu yang keluar dari mulut Eka.

Hanya Zai dan Khai sahaja yang tahu umi dan abi Eka kemalangan.

She is Mine ✔Where stories live. Discover now