part 18

595 20 1
                                    

Alisya memandang Neal tajam. Apa yang Neal cakapkan itu tidak benar.!

" Bagi saya, setiap saat masa yang dah berlalu itu mepengaruhi diri kita di masa depan.. macam mana saya nak melangkah ke depan, tanpa kenangan untuk memimpin?Lagipun, saya tak terima kritikan orang berhati dingin macam awak yang tak tahu menghargai masa lalu.. ahh, mungkin kalau saya dapat cari memori lama saya, saya juga akan dapat tahu kenapa awak nie berhati BATU macam sekarang nie… well, you know past create you! Jadi kisah silam awak mesti sedingin dan sebeku awak sekarang ini.  "

 Alisya tahu dia sudah melampau, tetapi mulutnya tidak mahu berhenti. 

" Saya tak peduli apa yang awak cuba sembunyikan. Tapi yang saya tahu saya bukannya PENGECUT macam awak yang cuba mengelak dari mengingati masa lalu. Saya tak sama dengan awak  OK.. Saya tak takut untuk mengetahui kisah silam saya tak kira sama ada ia baik atau tidak! "

 Neal  memandang Alisya. Wajahnya tampak sedang menahan marah…

 " You  talk too much, Alisya.." kedengaran suara Kenny menegur kelakuan Alisya. 

 " Kenapa? Betul lah kan? Siapa yang tergigit cili, dialah yang terasa pedas! " A

Alisya masih terus menyindir. 

" Awak sangat bagus dalam menyakitkan hati saya…Sangat bagus… " Neal yang dari tadi hanya membisu, merenung Alisya. Renungannya begitu tajam, menimbulkan kegerunan pada diri Alisya.+alamak? aku dah melampau ker? Mampus….

Neal berjalan perlahan mendekati Alisya. Kenny yang dari tadi hanya sebagai pemerhati, mula rasa gusar. Wajah Neal jelas dia dalam keadaan marah . Neal nak tumbuk Alisya ke? 

 " Neal…" kata Kenny cuba menahan tindakan Neal selanjutnya namun Neal langsung tidak mempedulikannya. Dan dia  terus mencium Alisya. Kenny tergamam. Apatah lagi Alisya yang kaku tak bergerak disebabkan terlalu terkejut dengan tindakan Neal.

 Suasana sunyi seketika..

 "Saya dah cium awak.. jadi ia dah jadi perkara yang lepas. Mahukah awak mengingati kenangan yang macam nie. ?" Kata-kata Neal itu tidak dijawabnya.

 "Sebab itu ada kenangan yang lebih baik dilupakan.. faham?! " tegas Neal.  Dia kembali ke tempatnya dan terus menatap komputer ribapnya.Dia meneruskan kerjanya. Seolah-olah takde apa-apa yang berlaku…

 Alisya mengesat bibirnya.. jahat… jahat… jahat….teruk!

" Ahhhhhhhhhhhhh…" jerit Alisya sekuat hati sehingga bingit telinga Neal dan Kenny. Alisya berlari ke luar. Tak lama kemudian kedengaran bunyi kuat yang dari luar. Bunyi seolah-olah besi berat jatuh.

Mereka berdua menjenguk ke luar.Sebuah motor terbaring di tanah.. Side mirrornya pecah dan di sisinya Alisya sedang memijak motor tu.. Sengaja membenarkan kelakuannya diperhatikan,  dia memandang ke  arah Kenny dan Neal lalu  menjelir lidah pada Neal..

 "Ish.,.. budak nie….!!"

Neal bergegas keluar mengejar Alisya tapi  Alisya lebih pantas melarikan diri, jauh dari Neal.

 "Siaplah, kalau saya dapat awak!!" hoi! Berenti!" jerit Neal sambil mengejar Alisya. Geram sebab itulah satu-satunya transportnya untuk ke pekan. Dan perangai Alisya yang terlalu kebudak-budakan, buatkan dia rasa macam nak belasah jer budak ni.

 "Wekkk… padan muka!"

"benti!! Siapler … jangan lari.. budak ni.. ishhhhh…!!."

 Kenny selaku pemerhati dari tadi tidak berbuat apa-apa. Dia lebih leka memerhatikan Neal yang kelakuannya jauh berbeza dari Neal yang selama ini dikenalinya. Di sini, dia dapat lihat Neal lebih... ter'buka'. Semua perasaan Neal dapat dilihatnya dan ditafsirnya;  bukan lagi jadi satu rahsia yang tersembunyi di sebalik senyuman kepura-puraannya.  Mungkin di sini, Kenny akan dapat mengenali diri Neal sebenar.

Pak Mail dan isterinya bergegas keluar dari rumah mereka yang hanya bertentangan dengan rumah Neal. Suara riuh rendah itu membuatkan mereka terkejut. Namun bila melihat ia datang dari Neal dan Alisya yang sedang berkejaran itu, mereka tersenyum..

 " Macam dulu-dulu kan bang.." 

" A'ah. Masa lalu memang berbaloi untuk diingati…"

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now