*Air mata hanya mengalir untuk mereka yang kita sayangi, bukan yang dibenci. Dia menangis kerana kau, bukankah kau adalah jawapannya?*
Kenapa baru sekarang dia tersedar?
*Awak tidak akan terluka..Saya janji. *
* Jangan menangis.. saya ada di sisi awak.. sentiasa.*
Janji itu dari dulu hingga kini,
Dia tidak pernah kotakan. Apa yang dilakukannya cuma melarikan diri dari menghadapinya.
Dia fikir jika dia membohongi perasaannya, membelakangi perasaannya, dia tidak akan melukakan perasaan Alisya, dia mampu melindunginya, tetapi sebaliknya itu cuma jalan untuk melindungi dirinya sendiri. Dia sendiri tidak mahu terluka.
Dia terlalu pentingkan diri sendiri.
Neal menyentuh parut di tangannya. Memento cinta nya pada Alisya.
Mengingati semua itu, perasaan ini dia kembali teringat sebab dia menerima segala penderaan dari Arsya.
Semuanya kerana dia adalah dia.
Dia percaya untuk melindungi insan yang kita sayangi adalah dengan berada di sisi nya, walau apapun. Itulah dirinya yang sebenarnya.
Dia mencintai Alisya, dan walau apa pun ancaman, dia akan berada di sisi Alisya, melindunginya, mencintainya.
Bukannya pengecut seperti sekarang ini.
Selama ini bukan Alisya yang kehilangan memori tetapi dirinya. Dia sudah terlalu lama kehilangan identitinya.
Neal mengambil kunci kereta.
*Jadi inilah jawapan awak?*
Soalan Alisya itu dia akan berikan jawapannya , hari ini.
Tetapi sebaik sahaja dia keluar rumah, di laman, kelihatan Boy sedang menantinya.
Neal terasa tidak sedap hati.
Suasana ini..
deja vu..ini..
Tanpa menegur Boy, Neal terus masuk ke kereta dan memandu pergi.
" Kenapa Neal tu? " tanya Kenny yang muncul di muka pintu, terpinga-pinga melihat Neal yang tergesa-gesa.
" Aku baru nak beritahu dia tapi dia dah pergi dulu."rungut Boy duduk di tangga.
" Beritahu apa?"
"Alisya dan Ris nak tinggalkan kampung ini, Pak Mail kata mereka akan kembali ke L.A. hari ini."
Kenny terkejut. " Bila?"
.
.
.
.
" Kenapa tiba-tiba tergesa-gesa nak balik sekarang? "tanya Pak Mail bersalaman dengan Ris.
"Saya ada hal nak diselesaikan cepat. Tugasan kerja." jawab Ris.
Alisya bersalaman dengan Mek Jah dan Umi Mazlah-isteri Pak Mail.
Mereka berdua masuk ke kereta dan selang beberapa minit kemudian kereta meninggalkan laman rumah.
" Hati aku rasa tak sedap." kata Pak Mail.
Mek Jah hanya mendiamkan diri namun di hatinya, dia juga rasa begitu.
" Ishh.. apa cakap bukan-bukan ni. Tak eloklah. " tegur Umi Mazlah tidak suka bila suaminya asyik mengenang perkara lama.
" Aku tau, cuma teringatkan kisah dulu, masa Neal dan Alis.." belum sempat habis cakap, Pak Mail lihat kereta Neal memasuki perkarangan rumah.
" Pak Mail! Alisya, mana? Alisya?" tanya Neal sebaik bersemuka dengan Pak Mail.
" Mereka sudah pergi."
" Bila?"
" Baru lah juga, mungkin sempat lagi."
Tanpa lengah, Neal kembali ke kereta dan meluncur pergi.
" Ya, Allah.. kali ini, biarkanlah mereka bersama."
.
.
.
Ris memandu tenang, sesekali melihat Alisya yang diam membisu jauh mengelamun ke luar tingkap. Dia tahu Alisya berat hati untuk bertolak awal. Jelas keraguan terlukis di wajah Alisya.
Namun itu tidak menarik perhatiannya. Sebaliknya apa yang dilihatnya di cermin pandang belakang lebih menarik perhatiannya.
Ris senyum tipis.
" Perlukah saya kena pergi? " tiba-tiba Alisya bersuara.
" Pihak hospital cuma perlu awak tandatangan dan baca beberapa dokumen sebelum memindahkan Arsya ke tempat lain. Kita hanya singgah sekejap tanpa perlu berjumpa Arsya. Tapi semua itu terpulang pada awak."
" emm.."
"Parents saya pun ada di KL sekarang ni, bila berjumpa mereka nanti saya pasti awak ingat tentang kita. "
Alisya kembali termenung.
Melihat tiada reaksi dari Alisya, Ris membuka radio.
Ris memandang cermin pandang belakang lagi. Kelihatan kereta Neal semakin jauh. Sejak dari tadi Ris sudah perasan. Tetapi sengaja dia tidak memperlahan pemanduannya.
Ris menguatkan volume radio.
" Seperti saya cakapkan, di KL nanti, awak fikirlah balik dan buat keputusan samada ingin pulang ke L.A bersama saya atau tidak. Apapun keputusan awak, saya akan terima. Walaupun saya berkemungkinan balik sendirian. "
Alisya masih jauh termenung langsung tidak menyedari yang Neal ada di belakang mereka.
Ris rasa selesa.
Pedal minyak ditekan laju dan kereta bergerak semakin jauh meninggalkan Neal. Dia yakin sampai di jalan besar, dengan kereta yang banyak, dia dapat menghilangkan diri dari Neal.
Ris menahan tawa yang ingin tersembur .
Diam- diam bibirnya melebar tersenyum menyeringai.
* Jika awak ingin tahu, bolehkah awak berjanji untuk kembali pada saya dan melupakan Neal?*
Semalam, Alisya tidak memberi jawapan untuk soalannya, tetapi dia sedikitpun tidak kisah.
Kerana dia tidak perlukan jawapan Alisya... ataupun Alisya.

YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomanceApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...