part 88

550 12 0
                                    

Neal  membiarkan kehangatan tangan Alisya membelai wajahnya. Sudah terlalu lama dia merinduinya. Menanti saat ini. Bila semuanya berakhir. Bila mereka kembali bersama.

Kali ini, ia benar-benar terjadi.

Bukan lagi sementara, bukan mimpi, bukan palsu. 

Hari ini, saat ini, penantian dan rindu ini berakhir. 

Tangan Alisya dipegangnya erat lalu diciumnya lembut.  Dia memandang Alisya. Jernih air mata yang mengalir di pipi Alisya,  diusapnya perlahan-lahan.

"Saya rindukan awak." ucap Neal, membelai rambut Alisya.

" Saya pun." balas Alisya. Dia memejamkan matanya, merindui bisikan dan kasih sayang Neal.

" Awak ambil masa yang lama untuk kembali pada saya."

" Awak pun." balas Alisya lagi. 

"'Jangan tinggalkan saya, lagi." kata Neal.

Alisya diam memerhatikan Neal mengeluarkan seutas rantai silver berbentuk nota musik dari kocek seluarnya.  Ianya masih cantik walaupun sudah hilang sinarnya.  Rantai yang sekian lama menanti pemiliknya.

"Hadiah untuk awak." kata Neal. 

Lantas, dia sarungkan rantai itu ke leher jinjang Alisya. 

"Cantik, seperti yang saya bayangkan selama ini."  puji Neal, tersenyum manis. 

Alisya membalas senyuman Neal. 

Kebahagiaan yang sebelum ini hanya satu memori, kini ia sudah jadi kenyataan.

Neal yang dirinduinya bertahun-tahun,  kini berada di depannya. 

Dia sudah kembali pada Neal. 

Alisya memejam matanya, mengusap rantai di leher ini.   Dia mahu ingat segala rasa ini, debaran ini, kegembiraan ini. 

Adakah ini mimpi?  Air matanya menitis.

"Kenapa?" tanya Neal lembut. 

Serta-merta Alisya memeluk Neal. Mukanya  dibenam ke dada Neal yang kini basah dengan air matanya.

 " Saya ingat segalanya. Apa yang saya lakukan terhadap Arsya." kata Alisya. 

Wajah Neal serta-merta berubah, seakan tahu Alisya akan mengungkitnya. 

 " It was a self defense." balas Neal.

 " Terhadap Ris, Khairul, Alisa."

" Awak tidak tahu apa yang awak lakukan. Awak keliru! Awak adalah mangsa.Mereka akan faham, saya akan buatkan mereka semua faham." ujar Neal memujuk. 

"Tetapi diri ini yang melakukan semua itu. Saya, Alisya.."

Neal diam.

"Lepaskan saya, lupakan saya. " pinta Alisya tiba-tiba, seakan sudah membuat keputusan.

Pelukan Neal terlerai.

Dia merenung Alisya, tidak dapat menerima permintaan itu.  

 "Neal, awak tidak perlu melindungi saya lagi. "jelas Alisya. 

"Saya tidak pernah melindungi awak!  Seumur hidup ini, apa yang saya lakukan adalah kerana saya  cin..."

Alisya menahan bibir Neal dengan jarinya, menghalang dari kata-kata itu diteruskan.

"Jangan teruskan kata-kata itu,  ia akan mengubah fikiran saya ."

Neal tidak mengerti. 

Namun semuanya jelas bila tiba-tiba Alisya menolak dirinya lantas berlari ke tebing. Dan dengan keberanian yang masih tinggal, Alisya menarik nafasnya dan terjun ke bawah dengan mata yang dipejam rapat. 

Namun, dirinya bukan berseorangan. 

Tangannya dipegang seseorang dan bila dia membuka matanya

Neal berada di sisinya.  

Tubuhnya ditarik dan dipeluk Neal seerat-eratnya.

 " Bodoh.." kata Neal. 

 Kebussshhhhhhhhhhhhhhh........... 

Kedua –dua tubuh itu jatuh ke dalam aliran air terjun yang sedang menggila.

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now