Gudang ini kosong.
Hanya ada mereka berdua. Tiada sesiapa yang mencari mereka, buat masa ini.
Ris tidak tahu 'kegilaan' apakah ini.
Dia baru sahaja menyelinap masuk ke wad psikatrik dan membawa Arsya lari bersamanya. Dia tidak pasti mengapa, bagaimana dia boleh melakukan perkara ini. Dan dia..
Pisau bedah yang dicurinya tadi terlepas dari genggamannya.
Arsya mengutipnya dan mengesat darah pada pisau itu dengan hujung skirtnya. Pisau yang diguna Ris untuk menikam seorang warden wad yang ternampak mereka melarikan diri.
Tapi itu bukan salahnya, lelaki itu yang menyerangnya dulu!
Lelaki itu yang cuba menghalang mereka berdua!
Lelaki itu yang mencari nahas dan dalam pergelutan mereka, Ris tidak sengaja menikam dadanya.. tidak sengaja.. ya, tidak sengaja! Tapi dia tidak mati kan? Cuma cedera mungkin kan?
" Dia tak matikan?" tanya Ris cuba mendapatkan kepastian.
"Dia mati. "balas Arsya selamba.
Arsya menyimpan pisau itu dalam kocek seluar Ris.
Tangan Arsya juga penuh berlumuran darah. Darah warden lelaki yang sudah mati itu.
Sebentar tadi juga, Ris telah menyaksikan kegilaan Arsya.
Sebaik sahaja warden lelaki itu jatuh, Arsya mencabut pisau itu dan menikamnya bertubi-tubi sampailah Ris terpaksa menahannya. Bila Arsya akhirnya berhenti, warden itu sudah tidak bergerak lagi.
Tubuh Ris terasa dingin, pantas dia memeluk dirinya yang rupanya mengigil. Ini kali pertama dirinya mencederakan orang lain selain dirinya sendiri. Dia tidak ingin semua ini berlaku. Dia cuma ingin membawa Arsya pergi ke tempat lain, jauh dari semua orang. Tempat di mana dia dapat bersama dengan Arsya.
"Ahhh! Patung aku! Patung aku!" jerit Arsya.
Ris teringat yang anak patung kesayangan Arsya tertinggal di wad.
"Kita kena patah balik.Patung tak boleh tinggal, tak boleh tinggal." ujar Arsya tidak keruan.
Melihat tingkah laku Arsya, Ris tahu Arsya takkan meneruskan perjalanan selagi tidak mendapatkan anak patung itu. Tetapi, sekiranya mereka berpatah balik, pasti semua sedang menanti dan paling teruk polis pasti ada di situ.
" Tak boleh Arsya.Kalau patah balik nanti kita kena tangkap."
" Tapi patung Neal tidak boleh tinggal.. Neal.."
Ris mengerti. Dia tahu Arsya tidak boleh hidup tanpa patung itu. Itulah permainannya sekiranya dia tidak dapat mencederakan sesiapa. Sesuatu yang dapat menenangkannya. Jika ia tiada, tak mungkin Arsya akan tenang.
Ris juga tidak pasti samada dia dapat mengawal Arsya setelah menyaksikan sendiri kekejaman Arsya.
Namun dia tidak akan biarkan Arsya sendirian, atau lebih tepat, dia sebenarnya yang tidak dapat bersendirian tanpa Arsya.
Arsya bangun dan berjalan perlahan-lahan ke pintu gudang untuk keluar. Langkahnya seperti budak kecil yang sesat, mencari-cari sambil menangis hiba. Arsya betul-betul seperti orang gila. Sakit hati Ris melihatnya.
*Awak cemburu*
Ris tersentak.
Cemburu? Apa yang dia mahu adalah Arsya tidak lagi bergantung pada Neal, tapi pada dirinya sahaja. Walaupun itu bermaksud yang dia terpaksa korbankan segala-galanya.
Ris berlari mendapatkan Arsya, ditariknya Arsya dan dipeluknya erat-erat.
" I will play with you.I'll be your doll."
Tangisan Arsya diganti dengan senyuman.
Tubuh Ris dipeluknya erat-erat, kemudian perlahan-lahan tangannya mengambil pisau yang tersimpan di kocek seluar Ris. Dengan gembira, menikam belakang Ris, diseretnya dalam.
" Anak patung Ris." ucap Arsya bersetuju. Ris mengangguk sambil menahan sakit.
** seperti cinta awak pada saya.**
Ya, dia mencintai Arsya. Juga membencinya.
Arsya hanya mempergunakannya. Tetapi dia terus mencintai Arsya.
Walaupun sedar yang dirinya tidak mungkin memiliki Arsya, hati ini berkeras untuk menjadi miliknya.
Minda ini terus menegahnya tetapi diri tidak henti-henti mengikut rasa hatinya.
Cinta ini merosakkannya.
Dan dia tidak dapat berhenti dari semua ini.
.
.
* Sejauh mana kau sanggup korbankan demi sebuah cinta?*
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
عاطفيةApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...